Followers

01 September 2012

Perut Bernyanyi Minta Diisi (i)

3 komen
Dalam hembus dingin resah
Aku mencari jalan reda
Mengharap ampuh rasa
Ampuh dalam ruh dan jiwa

Dalam keliru hayat dunia
Aku teruskan jua
Meski hati berharap
Masa pantas beredar
Berlalu dan pergi

Dalam memunggah amanah
Sesekali aku pongah
dan gelisah
Kebimbangan tak sudah
Hadir tiupan kekuatan
Menawar gundah

Dalam sukar dan sakit
Aku menghitung diri
Menghitung tiap sumbang dan amal
Mencongak tiap tindak dan tutur

Tidak aku menghitung kamu
Tidak pernah sekali aku meletak
Aku salah dan kau betul
Tidak sekali

Konklusi jiwa ku catit
Wahyu Tuhan ku ratib
Moga rasa tenang
Dan Allah bersamaku

Sayang semua! Senyum selalu! (^^)


** Memang tajuk tak berkaitan dengan entri, tapi saya memang sedang lapar.

01 August 2012

Semester 5

4 komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua!

Bagi yang akan menduduki peperiksaan akhir hari ini, saya doakan kalian dimudahkan menjawab soalan ya.

Untuk saya, ada 1 kertas lagi yang perlu diduduki untuk peperiksaan akhir. Menghadami buku Estetika Dramatik & Spektakuler Teater bagi saya lebih mudah berbanding buku Semantik dan Teromba. Mungkin terbayang muka comel Pak Mana Sikana yang menulis buku ni, lalu hati mudah nak menelaah, hehe (Pak Mana memang comel pun).

Bagi semester ini, cuma 3 kertas yang perlu saya duduki memandangkan 3 subjek lain yang sama ambil, penilaiannya 100% berdasarkan tugasan. Walaupun agak lapang dan rileks menjawab peperiksaan kali ini, saya lebih berdebar untuk menghadapi peperiksaan semester hadapan. Mungkin lebih mencabar berbanding semester ini.

Untuk tahun 2012 ini, perancangan perlu saya buat dengan lebih rapi.

Sekadar Coretan Kasar
Jan - Februari 
Memanfaatkan sebaiknya cuti semester dengan ilmu suri rumah tangga :) (Itu pun kalau jadi balik)
Februari - Jun
Memanfaatkan sepenuhnya Semester 6 sebagai persediaan bagi menghadapi praktikum.
Jun - Oktober
Menjalani praktikum. Oh, sure this will be hard time for me! Praktikum mungkin tidak sesukar membawa nama universiti.
Julai
My engagement day. Eh, bukan! Bukan hari saya, hari orang lain lah, hehehe. Semoga sahabat saya dikurniakan ketetapan hati.
Ogos
Ok, sure Ogos memang Aidilfitri, tapi semoga Ogos kali ini membawa lebih sinaran buat saya dan semua. Amiin Ya Rabbal Alamiin... (saya memang misteri)

dan saya juga berazam untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik! :) 

Semester 5 ini juga pelbagai perkara telah saya lalui, daripada yang sangat membahagiakan hinggalah saat yang sangat menyedihkan. Betullah hidup mengajar kita pelbagai perkara. Dalam menghadapi beberapa siri peristiwa, saya akui ada beberapa silap yang telah saya lakukan. Banyak yang telah saya timbang-timbang dan fikirkan... Akhirnya setiap kali berfikir, jawapan yang saya temui ialah, that was for good. Alhamdulillah, saya telah temui hikmahnya. Saya perlu korbankan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik.

Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin pernah saya kasari, tanpa sengaja - tidak pernah ada yang sengaja. Sebagai mana saya mengharapkan maaf anda, telah saya maafi sesiapa sahaja dengan lapang dada, menyungguh melunaskan maaf agar tiada yang runsing sampai tak tidur malam, hehehe. Janganlah sampai masalah membelenggu jiwa ya. Bertenang dan jangan gopoh. Semoga Allah tunjuk jalan selamat.

Selamat Hari Lahir juga buat yang tersayang dalam hidup saya.

Lia (0301)
Selamat Hari Lahir sayang. Saya doakan awak selalu tersenyum, macam senyum yg selalu awak hadiahkan buat kami. Manis dan menyenangkan. Berbahagialah selalu, tak mau sedih-sedih ya :)

Hudha (0601)
Sampai hati awak tak cam suara kita dalam telefon! Heee apa pun selamat menjalani semester terakhir pemgajianmu. Doakan awak berjaya menempuh hidup sebaiknya. Cuti sem ni saya nak jumpa awak. Rindu sangat-sangattt!

Adik Hadi (0601)
Untuk adik, dah 19 tahun dah sekarang. Banyak dah benda yg dipelajari selama ni kan. Adik pernah berjaya, pernah juga gagal. Belajarlah dari setiap kejayaan dan kegagalan ya. Kakak selalu sayang adiknya yg seorang ni, sampai akhirat cintaku! Kumpul ilmu banyak-banyak utk jadi suami soleh, ok?

Hmm, ok lah, nak sambung menelaah ni. Doakan saya dapat jawab yang terbaik untuk kertas terakhir ya. Saya rindu semua orang! Jaga diri, lebiu sangat-sangat!

Nur Gadisku,
Janganlah cintamu berlebihan,
Jangan pula marahmu merosakkan.

Terima kasih untuk nota ini. Akanku ingat selalu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

p/s: Semalam saya ada buat kek batik untuk Cik Faezah, dikirim melalui Polynia. Tapi dengar kata Cik Faezah dah balik Sabah. Alamak, kalau gitu, lain masa ya Cik Faezah! :)

01 March 2012

Pedih

9 komen
Bila rasa sakit macam ni, mulalah fikiran menerawang yang bukan-bukan...
astaghfirullah.

Hmm... esok peperiksaan akhir. Kertas pertama pula tu.
SEMANTIK PRAGMATIK, semoga dipermudahkan menaklukinya.

Doakan saya dan sahabat-sahabat lain dipermudahkan menjawab soalan esok. Ampunkan salah laku dan bicara saya ya.

** Bergolek-golek tak boleh tidur, update blog pula. Thanks Ain & Zurin, menawarkan itu ini buat mengubati.

Selamat malam, selamat beribadah!

01 January 2012

Izinkanku Pergi

2 komen
Maafkanku D
Ini bukan salahmu
Mungkin jua salahku
Ku tak kuat hadapi tentangan berulang
Ku tak kuat hadapi ujian berterusan

Maafkanku D
Sukar ku katakan, payahnya melupakanmu
Tahukah kau peritnya rasa
Melepaskan yang dicintai tanpa rela
Dan aku, terpaksa!

Sakitnya aku, D
Betapa kau bermakna buatku
Telah aku rancang masa depan kita bersama
Dalam lembaran yang kini
Telah aku simpan kejap
Bangun lenaku teringat kamu
Sepanjang hariku buat kamu
Serasa tak lelap kerna kamu!

Oh, D! Ku kenal hidup lewat kamu
Ku kenal erti payah & sukar dari kamu
Kenangan manisku terbina dari kamu

Usia dewasaku bersama kamu
8 tahun, D
8 Tahun!
Kau telah berdaging di tubuhku
Berkebun di hatiku
Peritnya membuangmu, D

Dan atas semua keperitan ini
Aku cuba untuk realistik
Dan rasional
Mungkin jodoh kita sampai di sini saja
Telah ku simpan kamu di suatu tempat
Yang tak bisa digantikan dengan apa pun

Tahun baru ini
Hariku bermula tanpa kamu
Dan sepanjang tahun ini pastinya hidupku tanpa kisahmu
Tuhan, kuatkan aku...

Tahun baru ini
Mulakanlah dengan gagah, D
Sesungguhnya doaku tak pernah lepas buatmu
Jua buat mereka yang berkongsi cintamu denganku
Teruslah cemerlang, D!
Teruslah mewarnai jiwa mereka yang berjuang
Jiwa mereka yang setia!

Ini kenangan sampai mati
Entah bisakan tidak berulang kembali
Kisah kita
Aku dan D

** D bukan seorang wanita mahupun lelaki. Juga bukan golongan LGBT. Pendek cerita, D bukan manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...