Dalam hembus dingin resah
Aku mencari jalan reda
Mengharap ampuh rasa
Ampuh dalam ruh dan jiwa
Dalam keliru hayat dunia
Aku teruskan jua
Meski hati berharap
Masa pantas beredar
Berlalu dan pergi
Dalam memunggah amanah
Sesekali aku pongah
dan gelisah
Kebimbangan tak sudah
Hadir tiupan kekuatan
Menawar gundah
Dalam sukar dan sakit
Aku menghitung diri
Menghitung tiap sumbang dan amal
Mencongak tiap tindak dan tutur
Tidak aku menghitung kamu
Tidak pernah sekali aku meletak
Aku salah dan kau betul
Tidak sekali
Konklusi jiwa ku catit
Wahyu Tuhan ku ratib
Moga rasa tenang
Dan Allah bersamaku
Sayang semua! Senyum selalu! (^^)
** Memang tajuk tak berkaitan dengan entri, tapi saya memang sedang lapar.
Followers
Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts
01 September 2012
01 January 2012
Izinkanku Pergi
Maafkanku D
Ini bukan salahmu
Mungkin jua salahku
Ku tak kuat hadapi tentangan berulang
Ku tak kuat hadapi ujian berterusan
Maafkanku D
Sukar ku katakan, payahnya melupakanmu
Tahukah kau peritnya rasa
Melepaskan yang dicintai tanpa rela
Dan aku, terpaksa!
Sakitnya aku, D
Betapa kau bermakna buatku
Telah aku rancang masa depan kita bersama
Dalam lembaran yang kini
Telah aku simpan kejap
Bangun lenaku teringat kamu
Sepanjang hariku buat kamu
Serasa tak lelap kerna kamu!
Oh, D! Ku kenal hidup lewat kamu
Ku kenal erti payah & sukar dari kamu
Kenangan manisku terbina dari kamu
Usia dewasaku bersama kamu
8 tahun, D
8 Tahun!
Kau telah berdaging di tubuhku
Berkebun di hatiku
Peritnya membuangmu, D
Dan atas semua keperitan ini
Aku cuba untuk realistik
Dan rasional
Mungkin jodoh kita sampai di sini saja
Telah ku simpan kamu di suatu tempat
Yang tak bisa digantikan dengan apa pun
Tahun baru ini
Hariku bermula tanpa kamu
Dan sepanjang tahun ini pastinya hidupku tanpa kisahmu
Tuhan, kuatkan aku...
Tahun baru ini
Mulakanlah dengan gagah, D
Sesungguhnya doaku tak pernah lepas buatmu
Jua buat mereka yang berkongsi cintamu denganku
Teruslah cemerlang, D!
Teruslah mewarnai jiwa mereka yang berjuang
Jiwa mereka yang setia!
Ini kenangan sampai mati
Entah bisakan tidak berulang kembali
Kisah kita
Aku dan D
** D bukan seorang wanita mahupun lelaki. Juga bukan golongan LGBT. Pendek cerita, D bukan manusia.
Ini bukan salahmu
Mungkin jua salahku
Ku tak kuat hadapi tentangan berulang
Ku tak kuat hadapi ujian berterusan
Maafkanku D
Sukar ku katakan, payahnya melupakanmu
Tahukah kau peritnya rasa
Melepaskan yang dicintai tanpa rela
Dan aku, terpaksa!
Sakitnya aku, D
Betapa kau bermakna buatku
Telah aku rancang masa depan kita bersama
Dalam lembaran yang kini
Telah aku simpan kejap
Bangun lenaku teringat kamu
Sepanjang hariku buat kamu
Serasa tak lelap kerna kamu!
Oh, D! Ku kenal hidup lewat kamu
Ku kenal erti payah & sukar dari kamu
Kenangan manisku terbina dari kamu
Usia dewasaku bersama kamu
8 tahun, D
8 Tahun!
Kau telah berdaging di tubuhku
Berkebun di hatiku
Peritnya membuangmu, D
Dan atas semua keperitan ini
Aku cuba untuk realistik
Dan rasional
Mungkin jodoh kita sampai di sini saja
Telah ku simpan kamu di suatu tempat
Yang tak bisa digantikan dengan apa pun
Tahun baru ini
Hariku bermula tanpa kamu
Dan sepanjang tahun ini pastinya hidupku tanpa kisahmu
Tuhan, kuatkan aku...
Tahun baru ini
Mulakanlah dengan gagah, D
Sesungguhnya doaku tak pernah lepas buatmu
Jua buat mereka yang berkongsi cintamu denganku
Teruslah cemerlang, D!
Teruslah mewarnai jiwa mereka yang berjuang
Jiwa mereka yang setia!
Ini kenangan sampai mati
Entah bisakan tidak berulang kembali
Kisah kita
Aku dan D
** D bukan seorang wanita mahupun lelaki. Juga bukan golongan LGBT. Pendek cerita, D bukan manusia.
26 December 2011
Maaf, Saya Sudah Ada Pilihan
Sakit bermula mati bersebab
Rezeki, jodoh, maut di tangan Tuhan
Yang lelaki serukan tuahnya
Yang perempuan nantikan tuahnya
Kok untung melambung
Kok malang menimpa
Kami di sini
Menerimalah tanda nan dikembalikan
Diharap dengan ini taklah berkecil hati
Pada nan ada di sini semua
Minta sampaikan pada seadat seresam di sana
Kok salah silap kami di sini
Kok terlanjur kata dan bahasa
Kok termakan terminum
Minta ampun maaf sahaja
Mungkin hari ini tak ada jodoh
** Modifikasi teromba Alif Mokhtar, Sungai Lui, Negeri Sembilan.
Rezeki, jodoh, maut di tangan Tuhan
Yang lelaki serukan tuahnya
Yang perempuan nantikan tuahnya
Kok untung melambung
Kok malang menimpa
Kami di sini
Menerimalah tanda nan dikembalikan
Diharap dengan ini taklah berkecil hati
Pada nan ada di sini semua
Minta sampaikan pada seadat seresam di sana
Kok salah silap kami di sini
Kok terlanjur kata dan bahasa
Kok termakan terminum
Minta ampun maaf sahaja
Mungkin hari ini tak ada jodoh
** Modifikasi teromba Alif Mokhtar, Sungai Lui, Negeri Sembilan.
22 December 2011
Ikhlas Buat 'I'
Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta kepada Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Aminah Qutb
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta kepada Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Aminah Qutb
14 September 2011
Hidup Perlu Diteruskan
Put all trust in Allah Azza Wajalla.
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui setiap yang terlubuk dalam sanubari insani.
Senyum dan terus berdoa...
Setiap pengorbanan pasti dibalas dengan hadiah kejayaan, insya-Allah :)
Terangkan hati kami dengan hidayah-Mu, jauhkan kami dari terus hanyut Ya Allah....
Hanya pada-Mu tempat kami merintih dan berharap...
13 July 2011
Saya Mahu Kuat !
Saya pinjam laptop kawan. Tiba-tiba saya terjumpa sesuatu...
.
.
sesuatu...
.
.
dan sesuatu.......
dan saya menangis tanpa sedar.
'Sesuatu' itu sangat menyakitkan...
Teramat menyakitkan.
'Sesuatu' itu sangat menyakitkan...
Teramat menyakitkan.
Saya mahu kata, saya tidak mahu membenci kamu, saya mahu memaafkan kamu.
Tapi kini saya seolah tak mampu, dan saya tak kuat.
Maaf, saya cengeng, dan mudah menangis. Maaf.
p/s: Kuatkanlah hatiku Ya Allah. Mahuku berteduh dalam kasih-Mu :(
14 May 2011
Hujan 14 Mei 2011
Dalam kelam tangis awan
Paya air mata kutampan
Entah kenapa
Sukma jadi tak keruan
Bila laku tak seiring perasaan
Hujan di bumi muallim
14 Mei 2011
Terima kasih Mikail. Allahumma sayyiban naafi'an~
Paya air mata kutampan
Entah kenapa
Sukma jadi tak keruan
Bila laku tak seiring perasaan
Hujan di bumi muallim
14 Mei 2011
Terima kasih Mikail. Allahumma sayyiban naafi'an~
21 February 2011
Assalamualaikum & salam ceria semua.
Saya tidak mahu kata apa-apa. Tidak juga mahu berkongsi rahsia. Cuma mahu memuat naik sekeping gambar. Mungkin, gambar ini sedang memaparkan perasaan saya. Itu sahaja.
Terima kasih, Tuhanku. Terima kasih, Tuhanku.
![]() |
Tabah dan redalah selalu, duhai sukmaku. |
"Semalam telah berlalu Pergi dan hilang Membawa bersama cereka Duka dan ketawa Dan kini ku mencari Kalau masih ada kesan Yang terus tersisa di dada Pantai permainan" |
(SENYUM SELALU! ^^)
I Love Everyone
Hidup perlu diteruskan!
Wassalam.
19 February 2011
Selagi Ada.
Selagi ada hati, nakku dekati.
Selagi ada rasa, nakku bicara.
Selagi ada budi, nakku taburi.
Selagi ada kenangan, nakku ingatkan.
Selagi ada kesalahan, nakku maafkan.
Selagi ada waktu, nakku ucap syukur.
Selagi ada harapan, nakku sandarkan.Selagi ada kemahuan, nakku ikut jalan.
Selagi ada kesedaran, nakku sempurnakan...
KEMAAFAN,
KEREDAAN,
dan KETAQWAAN
:: Ingin jadi kekasih Allah...
Tuhanku,
dalam termangu aku masih menyebut nama-Mu.
Biar susah sungguh,
mengingat Kau penuh seluruh.
Cahaya-Mu panas suci,
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Biar susah sungguh,
mengingat Kau penuh seluruh.
Cahaya-Mu panas suci,
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
(Doa by Chairil Anwar).
05 February 2011
Bila Resah
Saat mutiara jernih melihatkan wajah
Panas rasa wajahku memerah
Jantungku berderam bagai nak pecah
Oh Tuhan tempatku menyerah
Mahuku bukan bahu untuk direbah
Mahuku tangisan pada sajadah
Astaghfirullah... LaTahzan. Allah kan ada!
11 January 2011
Ujian
Assalamualaikum dan salam ceria semua!
Dua minggu terasa lama, seperti sudah dua bulan dijalani. Banyak sungguh perkara yang dilalui sepanjang dua minggu ini. Pastinya rasa gembira itu ada, bila dikelilingi sahabat yang tak pernah berhenti menasihati, bila melihat semangat dan wajah ceria sahabat-sahabat yang dicintai. Oh bahagia.
Sedih, juga ada. Bila kita tersedar, segala yang kita punyai rupanya cuma sementara, harta dunia. Bila ada insan yang cuba menoktah perjuangan. Bila ada insan yang cuba meragut kebebasan. Ah, kesal!
UJIAN ini, Allah turunkan buat kami (aku dan sahabat-sahabat yang kucintai) untuk menguji kesatupaduan dan kekuatan hati kami. Semoga ujian ini bukan penghalang untuk kami terus merasai bahagianya berada dalam dunia ini. Biarpun ada MEREKA yang cuba meragut kebebasan kami. Kami akan terus kuat, bertahan, dan terus bertahan!
Yakinlah, Allah bersama kita! Hayya ilal Jihad, fi sabilillah, ya Allah.
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut; 2)
p/s: aku masih setia... (Saya tidak takut)
04 January 2011
Biar takdir bawaku pergi
Ku lihat dia
Dia lihat aku
Hati jadi rindu
Tapi rasa sembilu
Kakiku berlari
Mataku berlari
dari kamu
Tapi hatiku?
Mungkin aku bukan sahabat terpilih untuk menemani hari-harimu. Aku tak mampu membangunkan saat kau jatuh! Aku tak mampu meriangkan saat kau sedih! Aku tak mampu melapangkan saat kau sempit... Aku tahu, aku tiada kapasiti untuk itu... Aku sedang memujuk hatiku. Kau juga pujuklah hatimu. Ku yakin, ada seseorang yg terbaik untukmu-mungkin kau tidak tahu, tapi aku tahu. Aku mengerti itu... Percayalah, hari ini mungkin kau sedih. Esok pasti pelangi datang memayungi.
Andai kau hantar sang merpati untuk menemani siang dan malamku, ya silakan. Namun kalau sekadar merpati diutus untuk menyampaikan bahawa aku sudah punya teman lain, kau silap. Itu tidak benar. Aku mahu lari, aku sudah putus asa... Aku tidak mahu menyakiti, sebagaimana aku tidak mahu disakiti. Semoga kau mengerti. Doa dan fatihahku tetap buatmu, sahabat.
p/s: Aku perlu begini kerana aku perlu menyayangi diri dan menjaga hatiku sendiri. Sakit.
Dia lihat aku
Hati jadi rindu
Tapi rasa sembilu
Kakiku berlari
Mataku berlari
dari kamu
Tapi hatiku?
Mungkin aku bukan sahabat terpilih untuk menemani hari-harimu. Aku tak mampu membangunkan saat kau jatuh! Aku tak mampu meriangkan saat kau sedih! Aku tak mampu melapangkan saat kau sempit... Aku tahu, aku tiada kapasiti untuk itu... Aku sedang memujuk hatiku. Kau juga pujuklah hatimu. Ku yakin, ada seseorang yg terbaik untukmu-mungkin kau tidak tahu, tapi aku tahu. Aku mengerti itu... Percayalah, hari ini mungkin kau sedih. Esok pasti pelangi datang memayungi.
Andai kau hantar sang merpati untuk menemani siang dan malamku, ya silakan. Namun kalau sekadar merpati diutus untuk menyampaikan bahawa aku sudah punya teman lain, kau silap. Itu tidak benar. Aku mahu lari, aku sudah putus asa... Aku tidak mahu menyakiti, sebagaimana aku tidak mahu disakiti. Semoga kau mengerti. Doa dan fatihahku tetap buatmu, sahabat.
p/s: Aku perlu begini kerana aku perlu menyayangi diri dan menjaga hatiku sendiri. Sakit.
Membenci kamu, S.A.K.I.T. Menyayangi kamu, L.E.B.I.H sakit.
24 November 2010
Don't Let Me Go Astray
Mutiara jernih telah lama berbutir.
Berderai saat jiwa cuba tuk menahannya.
Kemampuan emosi rupanya terbatas. Ah, rapuh dan goyah!
Kekecewaan dan kesedihan, terubat akhirnya. Bila rupanya kita tahu, Allah tidak pernah jauh... Dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Allah Maha Penguasa Sekalian Alam... Ampuni daku tatkala tidak pandai membesarkan-Mu.
:: Terima kasih, Maher Zain. Mengingatkan kembali bahawa Allah sentiasa ada buatku.
Berderai saat jiwa cuba tuk menahannya.
Kemampuan emosi rupanya terbatas. Ah, rapuh dan goyah!
Kekecewaan dan kesedihan, terubat akhirnya. Bila rupanya kita tahu, Allah tidak pernah jauh... Dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Allah Maha Penguasa Sekalian Alam... Ampuni daku tatkala tidak pandai membesarkan-Mu.
:: Terima kasih, Maher Zain. Mengingatkan kembali bahawa Allah sentiasa ada buatku.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You're so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah, you’ll find your way
[sebak lagu ni... tak tahan...........]
p/s: Turn to Allah, He's never far away. Thank you, Allah.
I wanna keep smiling. Ibtisam daiman!
(^_^)
I wanna keep smiling. Ibtisam daiman!
(^_^)
01 November 2010
Ku tahu saatnya...
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita...
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi...
Ku tahu saat Allah mencintaiku~
Thank You Allah...
[saya mahu selalu tersenyum]
:')
27 October 2010
Sayang de sayang: Cerminan Diri dan Peribadi
Life is not about
finding yourself.
Life is about
creating yourself.
p/s: Kita bisa menjadi yg terbaik, jika kita mahu, jika kita berusaha.
15 October 2010
(~.~)
Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku
30 September 2010
Ya Allah
janganlah Kau uji diriku
melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah
bila memang Kau ingin menguji
aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah
lindungilah diriku
dari yang menjahati dan menzalimiku
Ya Allah
Engkaulah Maha segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
.:: Cinta-Mu ku harap terus menjadi penenang hatiku yang resah gundah.
janganlah Kau uji diriku
melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah
bila memang Kau ingin menguji
aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah
lindungilah diriku
dari yang menjahati dan menzalimiku
Ya Allah
Engkaulah Maha segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
.:: Cinta-Mu ku harap terus menjadi penenang hatiku yang resah gundah.
29 September 2010
Dia yang Mempunyai
Hidayah itu milik-Mu Ya Rahman,
Muhammad kekasih-Mu pun tak mampu mengurniakannya buat hamba-hamba-Mu.
Hadiahkannya buatku dan jangan Kau palingkan aku dari jalan-Mu.
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Ampunilah aku kerana tak terdaya menahan godaan hebat duniawi
Muhammad kekasih-Mu pun tak mampu mengurniakannya buat hamba-hamba-Mu.
Hadiahkannya buatku dan jangan Kau palingkan aku dari jalan-Mu.
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Ampunilah aku kerana tak terdaya menahan godaan hebat duniawi
sedangkan ukhrawi ku cari.
Moga hati ini sentiasa milik-Mu, diterangi nur kasih dan hidayah-Mu.
Amiin, amiin ya Rabbal alamiin...
KU MAHU SELALU BERTEDUH DI BAWAH REDUPNYA PEPOHON CINTAMU~
-Nuraini Munawar itu seorang Gadis Biasa -
Moga hati ini sentiasa milik-Mu, diterangi nur kasih dan hidayah-Mu.
Amiin, amiin ya Rabbal alamiin...
KU MAHU SELALU BERTEDUH DI BAWAH REDUPNYA PEPOHON CINTAMU~
-Nuraini Munawar itu seorang Gadis Biasa -
23 September 2010
Entri 100: Tak special pun
Jumaat 15 Syawal 2010
Entri saya yang ke 100 tidak istimewa seperti orang lain.
Dengan rasa rendah hati, saya mohon ampun dan maaf kepada semua sahabat yang pernah bekerjasama dgn saya dalam apa-apa jua kerja, sama ada tugasan hakiki kuliah mahupun bukan. Maaf jika kerja2 yang saya lakukan tidak memuaskan hati dan menepati kehendak anda. Juga maaf kerana kadangkala agak emosi bila melakukan tugas yang sama berulang kali akibat kesilapan sesetengah pihak di mana-mana. Sesungguhnya saya menyedari anda tidak boleh menjadi sempurna, sama juga seperti saya yang serba kekurangan. Lantaran itu, saya maafkan semua dan saya doakan agar semua perkara yang berlaku hujung minggu ini berjalan dengan baik dan lancar.
Semoga berjaya kepada sahabat2 sem 3 yang akan menjayakan Malam Interaksi pada 25 Sept ini. Buat sehabis baik. Kepada yang terlibat sebagai 'orang besar', jgn lupa bahawa tugas yang diberikan kepada anda itu hukumnya fardu ain. Janganlah membebankan kawan anda dengan tugas anda, lebih2 lagi jika anda seorang lelaki, jgn bebankannya kepada perempuan. Bukan tak boleh minta tolong, tapi berpada-padalah.
Itu lah sahaja, dengan rasa diri yg sangat kerdil ini, maaf sekali lagi. Saya tidak sempurna, saya cuma cuba melakukan yang terbaik. Gadis Biasa Tak Punya Apa-apa.
p/s: Doakan agar perkhemahan Bengkel Fasilitator Muda siri III di Sg. Syiling berjalan lancar dan selamat. Sekejap lagi kami akan bertolak.
Pesanan untuk Sayang saya: Doakan kami baik-baik saja. Awak jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal tau. May Allah watch over you. Buat yang terbaik mlm ini, semoga berjaya. Gonna miss u ^__^
Its abOut Life @ TwenTy One
-21-
Tidak lagi manis,
kerana bukan lagi 17.
-21-
Tidak lagi dengan kek dan belon,
kerana sudah saban tahun begitu.
Biarkannya berlalu sebagai yang indah.
-21-
Tidak lagi dengan hadiah-hadiah,
kerana tidak mengharapkan itu.
-21-
Cuma tinggal ini.
Menginsafi kekurangan,
dan Menyesali kekhilafan.
Syukur ya Allah
Syukur ya Allah
Syukur ya Allah
p/s: Ajal kian hampir.
Syukur dan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan dan kejayaan sempena hari lahir sy. Juga terima kasih atas ucapan dan hadiah yang sangat bermakna. Moga Allah berkati usia kalian dengan hidayah dan nikmat yang tidak putus-putus. Amiin ya Rabbal alamiin...
![]() |
19.09.89 |
Subscribe to:
Posts (Atom)