Followers

04 January 2011

Biar takdir bawaku pergi

Ku lihat dia
Dia lihat aku
Hati jadi rindu
Tapi rasa sembilu


Kakiku berlari
Mataku berlari
dari kamu
Tapi hatiku?


Mungkin aku bukan sahabat terpilih untuk menemani hari-harimu. Aku tak mampu membangunkan saat kau jatuh! Aku tak mampu meriangkan saat kau sedih! Aku tak mampu melapangkan saat kau sempit... Aku tahu, aku tiada kapasiti untuk itu... Aku sedang memujuk hatiku. Kau juga pujuklah hatimu. Ku yakin, ada seseorang yg terbaik untukmu-mungkin kau tidak tahu, tapi aku tahu. Aku mengerti itu... Percayalah, hari ini mungkin kau sedih. Esok pasti pelangi datang memayungi. 


 Andai kau hantar sang merpati untuk menemani siang dan malamku, ya silakan. Namun kalau sekadar merpati diutus untuk menyampaikan bahawa aku sudah punya teman lain, kau silap. Itu tidak benar. Aku mahu lari, aku sudah putus asa... Aku tidak mahu menyakiti, sebagaimana aku tidak mahu disakiti. Semoga kau mengerti. Doa dan fatihahku tetap buatmu, sahabat.


p/s: Aku perlu begini kerana aku perlu menyayangi diri dan menjaga hatiku sendiri. Sakit. 


Membenci kamu, S.A.K.I.T. Menyayangi kamu, L.E.B.I.H sakit.

3 comments:

din36 said...

berminit-minit untuk jatuh cinta..
berjam-jam untuk mengenali..
berhari-hari untuk memahami..
bertahun-tahun untuk melupakan...

petikan kata-kata dari seorang sahabat..

F.Aminurrashidd said...

Minta buat 2 sajak untuk saya boleh? subjek keterampilan penulis. eh. :P


biar takdir bawaku pergi, nice one. huhuhu.

Nuraini Munawar said...

abg fawiz: boleh ja, tp kalu x dpt A jgn salahkan saya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...