Followers

Showing posts with label saya budak baik kan?. Show all posts
Showing posts with label saya budak baik kan?. Show all posts

08 December 2011

Saya Pemalu. Anda?

2 komen
Salam Jumaat, sahabat blogger semua. Saya doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Sedang bersedih? Oh, senyumlah sedikit! Tuhan sedang menjentik sikit saja bahagian hati anda. Tak salah bersedih, cuma jangan terlalu, nanti melarat jadi penyakit pula. Jadi, senyum lebar-lebar ya! Untung nasib, kuranglah sikit rasa sedih :)

Sebelum itu, mohon kiriman al-Fatihah buat ibu kepada sahabat saya (Nurul Shifa) yang kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allah menempatkan allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, insya-Allah, amiin. Kuatkan hati, Shifa sahabatku! Setiap yang hidup pasti menemui kematian dan masa kita akan sampai jua suatu hari nanti.

Baiklah. Hari ini saya nak cakap tentang malu. Semua orang punyai rasa malu. Sampai ada satu tahap, seorang sahabat saya pernah confess di depan rakan-rakan "AKU LELAKI PEMALU". Walaupun masih meragui tahap pemalu sahabat saya tu (kalau betul pemalu, kenapa tak malu pula nak cakap kat depan orang yg awak tu pemalu, poodah), tapi perlu juga diakui, dia pasti ada juga rasa malu itu!

Bagi saya, malu setiap orang itu boleh berlaku dalam dua perkara. Pertama, malu yang semula jadi. Sejak lahir lagi memang si polan dilahirkan dengan perasaan malu yg lebih daripada orang lain. Misalnya malu nak bercakap di depan orang, malu nak tenung mata orang, atau bila berjalan ramai-ramai, si polan akan berjalan di belakang sekali sebab malu.

Kedua ialah malu yang responsif. Maksud saya, malu yang hadir disebabkan telah terjadinya perkara-perkara tertentu. Contohnya, si polan tak sengaja pakai baju terbalik, tertumpahkan makanan dalam majlis, dan malu yg responsif ini juga boleh berlaku kalau seseorang itu telah melakukan kesalahan.

Bagi saya, tak salah menjadi orang pemalu. Cuma syaratnya, perlu MALU BERTEMPAT. Bukankan Islam sendiri menganjurkan kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yg betul. Jadi, kalau nak malu tu, biarlah pada tempat dan situasi yang sesuai.

Tapi................. Tak dinafikan juga kadangkala saya juga malu tak bertempat. Contohnya, sewaktu di sekolah dulu, kalau nak jumpa rakan bukan sekelas, dan ada cikgu dalam kelas rakan tu, saya TAKKAN sekali-kali masuk dan minta kebenaran cikgu untuk jumpa dgn rakan tu. Entah kenapa, saya rasa semua budak dalam kelas tu akan tengok muka saya dan saya akan rasa kebas kat muka. Ohoooi... Malu! Walhal sekolah saya semua perempuan je, adoi pun... Jadi, saya akan tunggu sampai cikgu tu keluar, atau saya paksa rakan lain untuk minta kebenaran dgn cikgu tu. See, malu tak bertempat.

Saya juga seolah-olah mengharamkan diri saya untuk menyanyi, berlakon atau berpuisi di hadapan orang ramai. Bagi saya, mempersembahkan sesuatu yang memerlukan luahan perasaan itu memerlukan keberanian yg sangat tinggi. Oh, malang sekali saya tiada kapasiti untuk itu! Sebab itu, saya prefer untuk menyanyi dalam kumpulan saja seperti koir atau nasyid, mudah bukan? Sebab saya takkan jadi perhatian! See, malu tak bertempat lagi!

Walaupun sejak kecil, banyak kali saya menceburi bidang pengucapan awam, tapi malu untuk berdepan khalayak masih tak berjaya saya kawal dengan baik. Akibatnya, bila lecturer minta bercakap di depan kawan-kawan sekali pun, saya masih rasa menggeletar, muka kebas, dan seram sejuk. Akibatnya (lagi), walaupun banyak idea dalam fikiran, semuanya akan hilang begitu saja, ucapan dan pendapat pula menjadi pendek dan tidak bernas sama sekali. Ini sangat tidak bagus!

Setelah dianalisis dan dikira-kira, perangai buruk saya ini disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah dan rasa tidak yakin itu pula datang daripada satu perkara, iaitu KURANG ILMU! Andai padat ilmu di dada dan penuh idea di minda, pastinya rasa malu akan berkurang dan kalau malu sekali pun, MALU YANG BERTEMPAT.

Oh, baru-baru ini saya ada menyertai sayembara puisi tradisional: saya jadi berani (dan tak malu) sebab terpaksa. Dan berlakon drama pula, juga sebab terpaksa. Pernah suatu ketika, saya sangat berharap saya menjadi orang yang sporting untuk buat apa saja, sebab malu itu kadang-kadang menghalang saya menjadi outstanding.

Pernah abah nasihatkan kepada saya "kalau malu biarlah bertempat". Jadi selepas ini, saya akan pastikan, MALU SAYA BERTEMPAT. Bukankah malu itu pakaian diri?

p/s: Malu buat dosa :)

12 January 2011

Belajar untuk mengajar

1 komen
Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban,
mereka akan belajar bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dalam sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dalam kesaksamaan,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika kanak-kanak hidup dalam kesejahteraan,
mereka akan belajar untuk setia.
Jika kanak-kanak hidup dalam persahabatan,
mereka akan belajar untuk berkasih sayang....

p/s: mencuba menjadi da'i dan murabbi yg sewajarnya.

29 December 2010

Asah skill

2 komen
Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Masa yang sedikit usai Debat Diraja ini, selain menyiapkan kerja-kerja rumah, saya luangkan dengan hobi 'touch-up' gambar. Kali ini gambar ketika debat tempohari menjadi mangsa. Silalah jamu sebahagian gambar yang telah diedit ya. Selebihnya boleh diakses di sini





semoga keluarga ini sentiasa di bawah lindungan Yang Esa.
Sekian, SENYUM SELALU (^^)

24 December 2010

Realistik

10 komen
Assalamualaikum dan salam ceria semua!


Berada dalam mood cuti benar-benar memberi rasa seronok. Tiada tugasan. Tiada kuliah. Cuti yang tinggal beberapa kerat hari lagi ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya agar tidak  homesick di Tg. Malim nanti. Pernah  seorang kawan berkata kepada saya (saya lupa siapa), 'buat apa lah balik rumah', 'tiada apa yg boleh dibuat di rumah tu', 'bosan', 'lebih baik duk online memanjang di kolej' (ayatnya lebih kurang beginilah). Saya tidak mampu membalas semula kata-kata kawan itu. Kerana bagi saya, sebosan atau seburuk mana pun rumah saya di kampung, ianya tetap syurga buat saya. Saya mahu bilang kepada kawan yg berkata tu, kalau anda rasa bosan duduk di rumah pun, sekurang-kurangnya anda beroleh pahala menatap muka ibu dan ayah, membantu mereka apa yang boleh dan perlu dibuat. Sementara mereka masih ada di dunia, dan sementara kita masih ada masa membantu mereka di rumah, bantulah mereka semampunya. Jadi, waktu cuti inilah waktu yang saya tunggu-tunggu! Now, I am home! Oh, saya perlu REALISTIK, tak semua orang menganggap rumah mereka itu syurga mereka. Boleh jadi syurga mereka di luar-di masjid mungkin, siapa tahu?


Seperkara lagi! Keputusan peperiksaan akhir telah pun keluar! Wah.... nampaknya azam saya untuk tidak melihat keputusan peperiksaan telah pun digagalkan oleh pasangan Zaini dan Aini!!! Sebelum saya melihat keputusan peperiksaan, mereka telah meraikannya buat saya! Abang dan kakak ni memang nak kena tau! Apa pun, saya bersujud syukur kepada Allah, mengurniakan kejayaan ini buat saya. Dia Tuhan Maha Esa. Dua kejayaan berturut-turut telah dia takdirkan ke atas saya. Semoga saya tidak hanyut dengan kejayaan ini, dan menjadikannya asas untuk kejayaan yang lebih baik pd masa akan datang. Berapa pointer saya? Huhu, rahsia..... Ok ok, saya bagi klu ok. Result saya naik +0.02 berbanding sem 1, dan naik +0.11 berbanding sem 2. Dan yang paling penting, PNGS saya kali ini sama dengan dua insan kesayangan saya, Kak Aini dan Dayah! How could this happen? Semuanya takdir Allah! Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah tanpa sedikitpun curiga, dan Allah kurniakan ini. Terima kasih, ya Allah. Saya juga perlu REALISTIK, kejayaan ini tidak kekal selamanya. Dugaan pasti menunggu di hadapan, bersedialah!


Saya juga perlu REALISTIK akan adat kehidupan. Waktu kita popular dan berada di atas, ramai orang mahu datang mendekat. Ramai yang mahu memberi bantuan bila nampak kita ada potensi. Ramai yang melihat dan mengangkat kedudukan kita. Tapi bila kita di bawah, gagal, tak bergaya, dan tiada berdaya, tidak ada siapa pun peduli. Pandang kita pun sebelah mata saja. Rupanya manusia lebih suka pada insan bergaya fashionista berbanding insan yg punyai otak berguna. Ya, saya perlu REALISTIK bahawa manusia memang begitu. Ohooi, manusia... manusia...


Ehem, sudah-sudahlah tu Nur. Duduk melanguk depan laptop ni pun tiada berguna. Baik saya belajar memasak daripada bunda sebelum cuti merangkak pergi. Tata semua, Nur sayang kamu! Muah3x! ^^


SENYUM SELALU! (^^)


p/s: Saya seorang gadis yang berdikari [dan masih biasa seperti selalu!]

15 December 2010

Bubur Asyura

0 komen
… bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila’/ kacang ful, kacang adas, ba’ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.
Ahlan Wasahlan 10 Muharram. Pastinya ramai yang berpuasa sunat hari ini. Tentunya ramai juga yang menyambung puasa semalam, 9 Muharram. Seronoknya kalau dapat berbuka dengan bubur asyura. Macam kisah di atas, bubur asyura diriwayatkan dalam Nihayatuz Zain (kena baca ni), bermula ketika berlabuhnya bahtera Nabi Nuh. 


Kalau di rumah, bubur asyura bukan sahaja dimasak ketika 10 Muharram. Bila-bila rasa tekak mahu menikmati bubur yang enak, bubur asyura akan menjadi hidangan (terutamanya ketika Ramadan). Tambah jagung dan daging, rasanya pasti kick!


Apa pun, niatlah menjamu keluarga dan jiran-jiran dengan bubur asyura sebagai tanda mengeratkan hubungan silaturrahim dan bersedekah, menyucikan harta yang diberi. Memetik kata-kata sahabat blogger inimembuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.


p/s: Mohon maaf kepada semua. Rasa rendah diri kerana terlalu miskin akan ilmu T_T
Ampuni hamba-Mu ini ya Allah... 
S.E.S.A.L.AN.K.U
[kejap, cuba untuk senyum ^_^]

13 December 2010

Encik Pusat Kesihatan

3 komen
EncikPegawai: Batuk ada keluar kahak?
Saya: Ada.
EncikPegawai: Warna kuning kan?
Saya: Tak. Hijau (Bangga).


p/s: Sekadar coretan picisan ^^ Seronok pergi ke PK hari ni. Semoga tiada yg sakit-sakit dalam tournament nanti.

30 November 2010

Salah Istilah

0 komen

Assalamualaikum dan salam ceria semua.


Sebelum bercerita lebih lanjut, berikut merupakan tatacara penggunaan Kata Ganti Diri (KGD) Pertama , AKU dan KITA.

Aku: digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
Kita: digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Maknanya, apabila saya (Nuraini Munawar) bercakap dengan teman serumah, teman sekelas dan teman biasa, saya perlu menggunakan KGD 'aku' bagi memaknai diri saya seorang. Namun disebabkan kebiasaan sejak kecil, saya memilih untuk menggunakan KGD 'kita' bagi mewakili diri saya apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali. Ada sesetengah orang berpendapat, Johorean memang suka menggunakan KGD 'kita' walaupun sebenarnya penggunaan itu salah (sopan kononnya). Contoh:

Yang selalu saya gunakan         : Enie, kite tutup suis lampu sekarang, boleh?  (SALAH)
Yang sepatutnya saya gunakan : Enie, aku tutup suis lampu sekarang, boleh?  (BETUL)

Dalam konteks di atas, KGD 'kita' tidak boleh digunakan kerana saya ingin mewakili diri saya sendiri sahaja. Jika saya menggunakan KGD 'kita' juga, seolah-olah saya dan Enie bersama-sama memetik suis untuk mematikan lampu (cuba bayangkan). Faham kan?

>> Situasinya sekarang, oleh sebab saya menggelarkan diri sebagai 'kita' di rumah KHAR, maka sekarang semua orang di rumah 1-9-8 mula tersasul-sasul menggelarkan diri mereka sebagai 'kita' apabila bercakap dengan saya. Kejap saya-aku-kita. Nampak riak serba salah mereka apabila 'ter'guna KGD 'aku' apabila bercakap dengan saya. Ishk! Kesian mereka! Untuk teman serumah: Tak apa la kalau nak guna 'aku' pun, kita tak kisah!


Hm, begitulah kisahnya. Jadi, walaupun saya pantang apabila ada sesetengah orang yang menggunakan penggunaan istilah atau tatabahasa yang salah, saya tak boleh marah, sebab,


KITE PUN SALAH JUGEK!


p/s: jangan lupa tengok sidebar blog ini: SAYA, AKU, atau KITA. Semuanya insan yang sama. Tiada beza.
SENYUM SELALU! (^_^)

29 November 2010

Smart Derr

7 komen
Assalamualaikum dan salam ceria semua.


Perkhabaran, sekarang saya sudah jumpa blog baru (favorita).


Smart. Cool.


Siyes! Best gaban.


Fadhli Hamdan. Entri paling best: Kerana Friskies, Laptop Binasa
(Siri Kucing The Cat dia terbaik wok)
Ini semua Nizamsani punya pasal, ekeke. *tibe-tibe (^^)


p/s: terasa macam promoter.

28 November 2010

Jangan Jadi Hamba Teknologi

5 komen
Assalamualaikum. Doa saya agar semua sahabat berada dalam rahmat dan lindungan Allah, juga ceria-ceria selalu.

Setiap kali melayari internet, pasti kita semua akan menggunakan enjin carian seperti Yahoo, Bing, AOL, Ask, Google, dan sebagainya. Enjin-enjin carian tersebut akan menyenaraikan seberapa banyak result daripada keyword yang telah kita taip. Teknologi yang dihidangkan benar-benar memberi kemudahan dan kesenangan kepada kita! Syaratnya, kita memanfaatkannya sebaik mungkin dan elakkan diri daripada melakukan penyalahgunaan teknologi! 

Anda semua harus ketahui, teknologi yang dicipta untuk memudahkan manusia sebenarnya telah membenihkan kebimbangan yang serius kepada saya. Kenapa? Lihat ni!

Tempohari, saya cuba menggunakan Google untuk melakukan carian terhadap keyword Fonem Suprasegmental (untuk exam Fonetik). Di sebelah kiri (yang berhigh light hijau), itu ialah result yang keluar, terima kasih Google. Malangnya, lihatlah result yang turut tertera di sebelah kanan (high light merah). Antara iklan tambahan yang ada:

:: Cara menggugurkan kandungan ... (bla bla bla)
:: Cara melihat password facebook orang lain

What the ...?!

Bukan setakat itu, pernah juga saya terbuka laman internet yang menawarkan khidmat seks (soo stupid!), juga mendapat kiriman e-mel daripada kawan-kawan yang menawarkan penjualan kondom, ubat-ubatan yang pelik dan sebagainya. Kalau nak buka You Tube ada bahayanya, bimbang-bimbang terbuka video 18SX. Choinyaa! Sekarang ni, buka facebook pun kena tengok kanan kiri, bimbang tiba-tiba terkeluar gambar perempuan yang mengghairahkan! (malu nak taip perkataan tu, huh)

Mujurlah 'kesucian' saya masih terpelihara dan tidak terbuka nafsu untuk meng'exlpore' perkara-perkara sedemikian (jauhkanlah). Tapi bagaimana dengan insan-insan lain? Adik-adik yang baru nak mengenal teknologi pula? Ah, saya memang cukup-cukup risau, kalau-kalau kita jadi HAMBA TEKNOLOGI. Sedangkan sepatutnya, teknologi menjadi hamba manusia!

Duduk-duduk di depan laptop begini pun, boleh membuatkan kita mendapat dosa besar! Aduh, dunia semakin lama semakin sukar! Jaga diri tau kawan-kawan semua :') 

p/s: Bukan saja-saja berlagak suci, tapi dalam dunia hari ini kita perlu berhati-hati. Sifat terbuka ada batasnya. Nak pegang tangan saya? Silakan! dan anda akan makan penumbuk sulung saya. Mahu?

JOM, MUHASABAH CINTA DIRI
SENYUM SELALU! (^_^)

09 November 2010

Menyeru sesuatu yang abstrak iaitu S.E.M.A.N.G.A.T

3 komen
Saat ini, jam 7.30 pagi, saya masih berkelubung di atas katil.
Semalaman menunggu wall MYSIS namun gagal menerobos masuk!


Adik sudah ke sekolah, abah sudah ke tempat kerja.
Berpagi-pagi meluaskan pintu rezeki.
Amiin, semoga Allah menjaga dua insan kesayanganku ini.


Berbalik pada diri.
Oh... Kenapalah semangat menelaah belum datang.


Buku diteliti, diulit dan dikendong ke sana sini.
Tapi kenapa otak lambat menyerap kandungan buku?
Kotorkan hatiku?
Hitamkah jiwaku?
Sampaikan ilmu-Mu tidak menembusi dadaku?


Allah, ampunilah aku.
Moga semester ini aku tidak mengecewakan ibu dan abah, juga diriku sendiri.


Allah, Tuhanku Maha Pemunya Ilmu
Kurniakanlah daku kefahaman para Nabi,
Hafalan para Rasul,
Ingatan orang-orang yang arif,
dan ilham malaikat yang paling hampir dengan-Mu...

Sucikanlah ruang hatiku Ya Allah,
Agar nur ilmu-Mu memenuhi dadaku,
Mengisi kekosongan hati ini...


:: Keputusan peperiksaan bukanlah apa-apa, tapi sekurang-kurangnya ini salah satu cara menggembirakan hati ibu dan abah kerana aku tak mampu menggembirakan mereka dengan lembaran wang dan harta.

30 October 2010

Hadoo jela~

3 komen


Aiyoh.
Hadoo jelaa~

p/s: hati girang.
________________________________________________

::: Muhasabah diri~
Saya betul-betul mahu jadi orang yang baik, nak bantu saya?

07 October 2010

Penyakit

0 komen
Kebelakangan ini saya kerap terserempak dengan sahabat seuniversiti.
Di lif, di kafe, di pondok bas, di dalam bas, etc.
Saling menyapa senyum, berbalas salam dan 'hai-hai'.

MUKA MACAM KENAL.
.
MACAM PERNAH JUMPA DAN KENAL MESRA.
.
TAPI SIAPA DAN KENAL DI MANA YA?
.
NAK TANYA, TAPI MALUUUU.


Kalau dah lebih lima orang yang saya rasakan begitu? Penyakit lupa kah namanya? Atau disorderkah itu? Tolong berikan jawapan.


p/s: Sedang mengalami sakit dan perihnya bergelar kakak kepada adik-adik lelaki yang kacak. Moga tabah selalu kakak comel-'sayalah tu'.

08 August 2010

Perangai Buruk

4 komen
Ishk, kenapa ya?


Setiap kali duduk di kerusi, 5 minit yang pertama saya akan duduk seperti biasa. Kaki melunjur ke bawah.


          Tapi selepas itu, mula lah rasa tidak selesa, gerak ke sana ke mari. Mahu duduk bersila pula. Aduh. Kalau duduk bersila di meja belajar sahaja tak mengapalah. Masalahnya, di Dewan Kuliah, di Kedai Makan, di Khutub Khanah, di Bilik Persatuan, pun saya duduk bersila! Bayangkanlah, ketika berbaju kurung pun saya duduk bersila atas kerusi, ganas kan?! Mesti org fikir "ishk, anak dara ni, tak sopan betul".


Oh, sukarnya nak buang perangai ni....!!!
Hm, kadang-kadang tu, saya bersila je walaupun berada di tempat awam. Lantak la org nk fikir apa pun, weee~


p/s: Sekarang saya sedang berada di Hot Spot Area Perpustakaan Tuanku Bainun, berbaju kurung, duduk di kerusi, sambil bersila. Tak berdosa kan, jadi nak kisah apa? (^_^) Wink~

05 August 2010

Pelajaran Paling Bernilai

2 komen
        Menjelang tarikh ini (6 Ogos 2010), genap 2 bulan saya tidak pulang menjenguk kampung halaman. Oleh sebab kekangan waktu, dan cubaan melatih diri untuk tidak selalu homesick. Tambahan pula, pada waktu minggu kuliah begini, masa tidak mengizinkan saya untuk melunaskan rasa rindu ini. Ya lah, hari Sabtu saya perlu menghadiri kokurikulum silat. Kalau nak balik ke rumah pun, hari Ahad sahaja yang boleh sebab Isnin ada kuliah semula jam 9 pagi. Bagi saya, tak berbaloi balik ke rumah sehari saja (sebab rumah saya jauh), tak tahulah anda bagaimana. Kalau balik kampung dalam masa sehari, pasti homesick lebih menjadi-jadi sebab tak puas duduk di rumah, betul tak?

        Dulu bila kakak senior beri cadangan untuk memohon menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), saya menolak dengan alasan takut tak boleh balik rumah. Hurm... hampeh. Akhirnya, JMK yang lebih banyak balik ke rumah berbanding saya. Reda saja lah, Saya yang memilih jalan ini, maka saya tidak boleh mengeluh, dan rela atas semua risiko.

Ini aktiviti saya sepanjang cuti semester yang lalu 
(selepas saya tamat semester 2):
20-24 Mei 2010          Pertandingan Debat Terbuka Arau (UiTM Arau)
28 Mei 2010              PETAH-Pesta Intelek dan Hujah-Debat 111 jam (PWTC)
29 Mei-6 Jun 2010      Di desa tercinta
8-11 Jun 2010           ARISE-Program BHKA (UPSI)
12-15 Jun 2010         Jubli Berlian SK Temoh (Temoh, Perak)
20 Jun-3 Julai 2010     Bengkel Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 2010/2011
4-8 Julai 2010            Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 2010/2011

        Sepanjang menyertai semua aktiviti di atas ini, terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Suka untuk saya senaraikan pelajaran yang tak mungkin saya dapati dalam dewan kuliah:
- Kekukuhan ukhwah yang menjadi tunggak sesebuah organisasi.
- Kerjasama erat yang memungkinkan sebuah kejayaan.
- Kegembiraan bersama keluarga angkat yang tak mungkin dilupakan.
- Menjadi kakak yang merangsang semangat belajar adik-adik (sewaktu di Temoh).
- Belajar untuk sentiasa merendah diri, buat kerja di belakang (tidak expose kerja yang dibuat).
- Menerima arahan ketua dengan hati terbuka.
- Kerja sehabis baik.
- Yang paling penting, keyakinan diri mulai bertambah. Saya menyedari perubahan ini ketika pembentangan subjek Fonetik dan Fonologi tempohari.

        Ini cuma sebahagian perkara yang saya perolehi sepanjang cuti yang lalu, banyak lagi, yang tak mampu saya huraikan kesemuanya. Melihat ragam orang yang pelbagai, menyedarkan betapa saya perlu bersyukur, kerana dikurniakan nilai-nilai yang telah sedia ada dalam diri. Sebab apa? Memang lumrah dan hasil didikan di rumah. Masya-Allah, moga tidak banyak amarah dalam diri saya. Saya takut hati jadi hitam dan kotor. Kufur dengan nikmat, nauzubillahi min zalik.

       Memandangkan 1 Ramadan ditakdirkan pada hari Rabu, tiada ruang dan peluang untuk balik, maka saya berniat untuk mengqada'kan saja tarikh pulang ke kampung kepada 3 September 2010 (Jumaat). Alhamdulillah, sempat juga saya beli tiket sebelum tiket tersebut habis keesokan harinya.

        Hmm.. Layan duduk di kolej lama-lama macam ni, membuatkan saya rasa bersyukur sebab pelajar Sabah & Sarawak pasti merasa lebih hebatnya rindu berbanding saya. Maha Suci Allah, titipkan rindu dan al-fatihah buat keluargaku di kampung. Semoga sejahtera mereka di bawah lindungan rahmat-Mu Ya Rabbi.

p/s: Buat sahabat tersayang, ingatkan dan tegurlah saya jika anda lihat saya mulai leka dan alpa. Moga saya lidak hanyut dibuai keasyikan tika melayari mayapada ini, insya-Allah!

16 June 2010

Hari Ungu buat Nora

2 komen
Hari UNGU buatku...
Hadiah daripada keluarga angkat di Temoh!
Miss our bonda (Dr. Badriyah), Kak Saida, and 3 cute muskeeters~Salwa Haneem, Aiman Syahmi and Fahmi! Loves this very much!

And this is from ibu... Ishk terharunya.... Tiba2 rasa over admire pulak kat PURPLE ni.
Haha BLUE dun worry, ku takkan curang padamu. Wink~

p/s: Biru dan ungu kan daripada keluarga warna yg sama :)

25 April 2010

Laskar Pelangi

8 komen


Berbicara berkenaan benda yang diidamkan tp belum tercapai,
ini jawapanku kpd Abg Fawiz -->

1) Novel Laskar Pelangi (tak sempat nak beli. 
Bila ada masa nak beli, habis pulak, hampeh!)
2) Tak mengidam benda, cuma mengidam makanan. 


Atas keperihatinan seorang sahabat, 
akhirnya impianku tertunai. 
Laskar Pelangi. Ohhh, thanks Amir.
Kejarlah pelangimu hingga ke hujung dunia, katanya. 
Bersama-samalah kita ya.


Maka, selepas berakhirnya peperiksaan akhir nanti, beberapa buah buku menunggu untuk diulit olehku, sabar ya sayang!
Beberapa darinya akan diteliti menurut Teori Balaghah Melayu, insya-Allah..
Walaupun karya Andrea Hirata dan Riri Riza ini telah dikupas oleh Dr. Abu Hassan (juri Pilih Kasih),
biarlah kali ini dikupas oleh org yg baru belajar pula, okay?
Sebelum tu, tumpu pada dua kursus terakhir untuk ditawan, daa~ wassalam.


P/S: Abah bilang jodohku sudah hampir sampai sebab selalu masak masin-masin. 
Sorry bah, lori garam selalu kemalangan :)

27 March 2010

_Biarkan Begitu_

5 komen
Tiada hati berkongsi cerita.
Tiada jiwa bertukar berita.
Tiada cita berkongsi rasa...

Biarkan ia bersawang.
Biar terus begitu,
biarkan....

Tidak perlu ziarah, tidak perlu dijenguk.
Biarkan saja, biarkan ia begitu.
Biarkan..............

P/S: Rasa kekurangan sesuatu. Benar, tak tipu. 
Mustahil sebab dah tiada tugasan (dah siap okay :p). 
Hm, mungkin sebab dah lama tak bersama dgn KDBM. 
Atau mungkin juga, HATI dan jiwa sudah berada di rumah. 
Mungkin... Ahh, abaikan. 
Moga ALLAH sentiasa di hati dan Islam berada di tempat pertama dalam setiap tindak tandukku. 
Allahumma inni a'uzubika min qalbi la yakhsya', amiin ya Allah... Allahuakbar...
(T_T)


Apa pun yang berlaku, SENYUM itu perlu!
Simpan saja rasa dalam dada dan jiwa.
Sesak?
Hah memang sesak dada!
Tapi tak mengapa, senyuman kan pengubat lara. InsyaAllah!
IBTISAM DAIMAN!

03 February 2010

DARAH O?

4 komen
Kempen Derma Darah
4 dan 5 Februari 2010
Kolej Ungku Omar UPSI

Nak pegi! Nak pegi!


Hari kejadian, Khamis 4/02/10.

Nora dan Nieyna sahaja.  (Dayah tak cukup berat).

Kaunter berat, lepas.
Tekanan darah, lepas.
Paras gula, lepas.

Jenis darah.
Doktor tampal sticker, DARAH O.

O?! Darah O?! Doc salah tampalkah?
Selama ini sy fikir sy darah B, sbb ibu dan abah berdarah B!

Setelah 21 tahun,  baru hari ini ku tahu aku berdarah O sebenarnya.
Ibu, kakak darah O lah...

Doc: Adik, awak x boleh menderma.
Tapi kenapa?
HB (hemoglobin) awak rendah.
Tgk ni, 11.2 je, patutnya 12.5

Ohhh sedihnya...

Nah, awak makan ni.
Ferrous Fumarate, Ascorbic Acid, Folic Acid, Vit. B Complex.

Banyaknya....!

Untung awak tau sy bagi ni, slalu sy bagi kat ibu mengandung je (sambil senyum kambing)

 Hisy, sampai hati dia berkata begitu...

Kalau nak derma lain kali, jgn lupa makan ubat ni tau. Faham?

Okay, saya faham....... (sedih woooo)

P/S: Congrates Nieyna, 300ml darah kamoo telah dicurik oleh Hospital Slim River, nge nge ngee~~
Semoga ada manfaatnya. Amiin..

 
Masih ideal =)

28 January 2010

Bangkitkan Potensi!

3 komen
Pernah menonton filem Taare Zameen Par?
Tentang kanak2 disleksia, Ishaan Awasthi.
 

Ishaan Awasthi kanak-kanak 8 tahun, imaginasinya membatasi segala yg biasa namun tidak ada seorang pun yg menghargai. Ishan tidak pernah betul dalam kelas.
Membaca, mengira, menulis: semuanya gagal!
Ishaan dihantar ke asrama oleh ayahnya dan dia mengalami trauma akibat perpisahan dengan keluarga. Gurunya Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan yg ganteng bangat!) melihat sesuatu yg istimewa dalam diri Ishan. Ram meruntuhkan segala kekolotan guru dalam pengajaran dengan mengajak murid berangan-angan dan berimaginasi. Kerana bukankah sebenarnya imaginasi menguasai dunia?! Ram mengesan masalah yg dihadapi oleh Ishan sama sepertinya sewaktu kecil. Kesungguhan Ram membangkitkan potensi Ishan benar-benar menyentuh hati (Oh aku menitiskan air mata ketika menonton, malunya!). Hasilnya, Ishaan berjaya mengalahkan kawan-kawan waima gurunya sendiri dalam pertandingan melukis. Hebat! Aku fikir semua pendidik harus menonton filem ini. Plot penceritaan yang klimaksnya di hujung memungkinkan kita untuk menanti pengakhiran cerita ini. Babak-babak kecindan benar-benar menjadi dan bisa mencetuskan tawa dan hingar. Memang benar pendidiklah yang melihat potensi dalam diri pelajar dan seharusnya membangkitkan potensi mereka.

Pengajarannya EVERY CHILD IS SPECIAL: Potensi setiap orang adalah berbeza, maka harusnya kita cungkil keluar potensi mereka!

Setelah menonton filem ini, barulah aku sedar kenapa ibu sering membiarkan adik menyepahkan ruang rumah dengan kertas, warna, mainan dan sebagainya. Rupanya ketika itulah minda mereka sedang bergerak dan terbina (tapi jgn lupa juga ajar mereka untuk mengemas!). Memang psikologi.

Bila adik lambat belajar membaca, ibu sering nasihatkan aku supaya bersabar. Ibu kata jangan samakan adik dengan kanak-kanak lain, juga jgn selalu membezakan potensi antara mereka.

Abah juga sanggup belikan adik satu bundle kertas A4 untuk biarkan adik melukis semahunya. Abah bilang pada adik supaya hadkan penggunaan kertas tersebut, hanya 8 helai satu hari. Abah akan terus belikan kertas dengan syarat adik tetap mengaji dan belajar rajin-rajin. Abah gunakan teknik bersyarat agar adik faham akan peraturan. Oh, sekali lagi psikologi!

Abah akan puji lukisan adik (walaupun hodoh) dan ibu kumpul semua lukisan telah yang disepahkan ke dalam fail. Kata mereka, supaya adik rasa dihargai.

Abah dan ibu tidak belajar tinggi tapi mereka ada method untuk mendidik anak-anak.
Oh, rindunya aku pada mereka.
 
Mereka guna cara yg sama seperti mereka membangkitkan potensi aku dan Hadi.
Mereka keluarkan potensi aku supaya menyalurkan mulut murai ke perkara yg betul.
Mereka juga lihat potensi Hadi dalam sukan untuk membina identiti dan keyakinan diri.

Kini mereka lihat Zikri dalam karya lukisannya pula.

Baru kini aku lihat betapa ibu bapa pula pencetus dalam membangunkan potensi seseorang.

Aku belum belajar psikologi mahupun pedagogi, tapi aku telah melihat betapa cara pengajaran ibu bapa dan gurulah yang mencorakkan hidup seseorang. Teringat kata-kata Encik Ariff, gurunya ketika di sekolah menengahlah yang menjadi pencetus minatnya dalam bidang penulisan. Lihatlah kini Encik Ariff telah menjadi seorang penulis dan pengkarya. Beliau kaya dengan karya-karya yg hebat. Benar kan kata-kata aku?

Sebagai seorang kakak kepada adik kecil dan juga bakal pendidik (amiin), aku sangat berharap agar  rakan-rakan di UPSI memanfaatkan sepenuhnya masa di sini. Biarpun kita tidak ada jaminan untuk terus bergelar pendidik nanti, sekurang-kurangnya kita ada kemahiran yg orang lain tidak ada. Guna ilmu yg ada untuk membangunkan jiwa dan hati keluarga kita. Marilah kita semua keluar dari kepompong 5K: KOLEJ, KAMPUS, KAFE, KEDAI MAKAN, dan KULIAH. Bukalah mata dan minda kita, keluar sedikit pun tidak mengapa asalkan view kita lebih luas drpd selalunya. Bangkitkan potensi diri, tentu ada sesuatu yg istimewa tentang diri kita!

Pastikan Hari ini lebih baik daripada Semalam,
dan pastikan Hari esok lebih baik daripada hari ini...

Ganbatte!!!

Ohhh sakitnya jiwa, aku sedang rindu dia...

Malas nak pakai baju lepas mandi ya!
Kakak tunjuk garang baru tahu takut...!


Hasil karya Muhammad Nurzikri yang diiktiraf dengan markah A oleh ustazah.
Teruskan usahamu adikku sayang...

 
Kata cikgu kalau nak pergi sekolah kena solat Zuhur dulu!
Alhamdulillah, semoga dia kekal istiqamah dgn yang lima waktu...
** Lilit songkok tanda berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar...


Hodohnya dia melakarkan gambar aku!!!!
Gambar ini membuatkan aku sering tertawa tatkala teringatkan dia...
**Lukisan sewaktu 5 tahun.


Bersama Pikachu yang boleh bertukar.
Kerap bercakap sorang-sorang waktu bermain dengan bermain benda alah ini, urrrrgh tensionnya!


Ooo kamu orang pi godeh lappy kakak tanpa kebenaran ya!
Kantoi jumpa gambar kamu org dlm cyberlink you cam!
**Aqil sepupu paling kecil..


Hensem hensem................ :")


Hari lahir ke-5


Nuraini dan Nurzikri

Semoga aku berjaya Membangkitkan Potensi diri dan orang di sekeliling!
Sama-samalah kita berubah!

P/S: Filem Taare Zameen Par ini aku tonton dalam kelas Pembangunan Sahsiah ketika semester 1. Syok sangat datang kuliah sebab asyik dok tgk movie :") Bila belajar teori Sigmund Freud,  teori-teori personaliti dan mekanisme bela diri pulak, semua sibuk nak cepat balik... Memang buat perangai budak-budak UPSI ni. Termasuklah aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...