Followers

24 December 2010

Realistik

Assalamualaikum dan salam ceria semua!


Berada dalam mood cuti benar-benar memberi rasa seronok. Tiada tugasan. Tiada kuliah. Cuti yang tinggal beberapa kerat hari lagi ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya agar tidak  homesick di Tg. Malim nanti. Pernah  seorang kawan berkata kepada saya (saya lupa siapa), 'buat apa lah balik rumah', 'tiada apa yg boleh dibuat di rumah tu', 'bosan', 'lebih baik duk online memanjang di kolej' (ayatnya lebih kurang beginilah). Saya tidak mampu membalas semula kata-kata kawan itu. Kerana bagi saya, sebosan atau seburuk mana pun rumah saya di kampung, ianya tetap syurga buat saya. Saya mahu bilang kepada kawan yg berkata tu, kalau anda rasa bosan duduk di rumah pun, sekurang-kurangnya anda beroleh pahala menatap muka ibu dan ayah, membantu mereka apa yang boleh dan perlu dibuat. Sementara mereka masih ada di dunia, dan sementara kita masih ada masa membantu mereka di rumah, bantulah mereka semampunya. Jadi, waktu cuti inilah waktu yang saya tunggu-tunggu! Now, I am home! Oh, saya perlu REALISTIK, tak semua orang menganggap rumah mereka itu syurga mereka. Boleh jadi syurga mereka di luar-di masjid mungkin, siapa tahu?


Seperkara lagi! Keputusan peperiksaan akhir telah pun keluar! Wah.... nampaknya azam saya untuk tidak melihat keputusan peperiksaan telah pun digagalkan oleh pasangan Zaini dan Aini!!! Sebelum saya melihat keputusan peperiksaan, mereka telah meraikannya buat saya! Abang dan kakak ni memang nak kena tau! Apa pun, saya bersujud syukur kepada Allah, mengurniakan kejayaan ini buat saya. Dia Tuhan Maha Esa. Dua kejayaan berturut-turut telah dia takdirkan ke atas saya. Semoga saya tidak hanyut dengan kejayaan ini, dan menjadikannya asas untuk kejayaan yang lebih baik pd masa akan datang. Berapa pointer saya? Huhu, rahsia..... Ok ok, saya bagi klu ok. Result saya naik +0.02 berbanding sem 1, dan naik +0.11 berbanding sem 2. Dan yang paling penting, PNGS saya kali ini sama dengan dua insan kesayangan saya, Kak Aini dan Dayah! How could this happen? Semuanya takdir Allah! Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah tanpa sedikitpun curiga, dan Allah kurniakan ini. Terima kasih, ya Allah. Saya juga perlu REALISTIK, kejayaan ini tidak kekal selamanya. Dugaan pasti menunggu di hadapan, bersedialah!


Saya juga perlu REALISTIK akan adat kehidupan. Waktu kita popular dan berada di atas, ramai orang mahu datang mendekat. Ramai yang mahu memberi bantuan bila nampak kita ada potensi. Ramai yang melihat dan mengangkat kedudukan kita. Tapi bila kita di bawah, gagal, tak bergaya, dan tiada berdaya, tidak ada siapa pun peduli. Pandang kita pun sebelah mata saja. Rupanya manusia lebih suka pada insan bergaya fashionista berbanding insan yg punyai otak berguna. Ya, saya perlu REALISTIK bahawa manusia memang begitu. Ohooi, manusia... manusia...


Ehem, sudah-sudahlah tu Nur. Duduk melanguk depan laptop ni pun tiada berguna. Baik saya belajar memasak daripada bunda sebelum cuti merangkak pergi. Tata semua, Nur sayang kamu! Muah3x! ^^


SENYUM SELALU! (^^)


p/s: Saya seorang gadis yang berdikari [dan masih biasa seperti selalu!]

10 comments:

Fiezajamari said...

setuju dengan nora! macam mana lah orang boleh rasa bosan duduk di rumah? aku..sikit pun tak rasa bosan! seronok..tengok mak,abah,adik.ok..sekarang tengah berperang dengan perasaan tak nak balik ke tg malim..huhuhu.

tahniah utk result!! xtau pun berapa..tapi pastinya sangat cemerlang bukan?hihihi..semoga kejayaan terus mengiringi kamu sayang. ^^

F.Aminurrashidd said...

saya tak balik rumah lagi nieh.. haish.


Tahniah coz dpt result yg cemerlang gila-gila.. hahaha..

Nuraini Munawar said...

lama lagi la cuti cik fiza oi.... tahniah juga untuk kamu syg! semoga kajayaan sentiasa bersama kita berdua. syg kamu!

Nuraini Munawar said...

FB: TAHNIAH JUGA! result yg gempak hasil daripada pembelajaran yg main-main bukan petanda kepada kepandaian kita. ini satu ujian, beware!

keep it up, FB!

Anonymous said...

Tahniah kakak ! :)

Nuraini Munawar said...

tahniah buat mus juga! jumpa naik sem nanti, rndu ibu pengiring!

. said...

tahniah.

Cikgu Akim said...

Tahniah nora!semoga kejayaan demi kejayaan hadir dlm hdupmu!

Cikgu Akim said...

pss:yg pntng silat gayung A!hahhahah

Nuraini Munawar said...

en. nizam: terima kasih...
loqman: semoga kejayaan bersamamu jua... Nasib baik ambil silat kan, keperitan kita akhirnya berbalas dengan A!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...