Usai Debat Piala Pengetua KHAR, aku rasa kepenatan yang teramat sangat. Kepala pusing. Mcm nak muntah. Lepas balik, tidur sebentar, kemas bilik dan buku2 setelah ditinggalkan selama 2 hari tanpa disentuh. Tugasan pula melambak. Huh! Esok ada kelas jam 8!
Malamnya sebelum isya', barulah aku teringat. Ya Allah ada usrah (Rakan Penggerak Ad-Din) malam ini! Berkira2 untuk pergi atau tidak. Lalu mengambil keputusan untuk pergi sbb minggu lepas terpaksa keluar halaqah lebih awal (ada meeting). Lagipun, ada kemusykilan yg harus aku tanyakan kpd naqibahku Kak Husni, sbb skrg aku dlm dilema.
Pengisian minggu ini, Kak Husni mulakan semula dgn ta'aruf sbb masih ada ukhti yg baru. Yang aku ingat, Ajoy, Adik Eni, Adik Miza, Ain, Azreen, Fiqa dan Dalila (maaf kalau ada yg tertinggal). Minggu ini Awin tak datang sebab balik kampung. Sebelum Kak Husni mula dgn muzakarah, dia minta kami lakarkan sesuatu di atas kertas.
Hah, nampak jelas tujuan sebenar hidup aku. JIHAD. Jihad sughra mahupun kubra, kedua-duanya pun Jihad. Ke arah mencapai jihad itu, harusnya aku aulakan ibadah, ilmu, muamalah dan harta. Namun sekarang, baik dari segi ibadah, ilmu, muamalah mahupun harta, aku serba-sebi kekurangan. Senang cerita, AKU MEMANG MISKIN.
Sepanjang usia 21 tahun,
Berapakah masa yang aku peruntukkan untuk beribadah?
Cukupkah aku dgn ilmu?
Sempurnakah muamalahku dgn Allah, rasul, dan semua makhluk-Nya?
Sudah cukupkah harta yang aku punya sekarang?
Terima kasih Kak Husni sbb ingatkan kami ttg tujuan sebenar hidup ini. Saya akan tampal peringatan ini di bilik untuk menjadi muhasabah diri serta mengisi kekuatan jiwa dan rohani.
Sekarang ini belum ada masa untuk membelek APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM. Insya-Allah, ada kelapangan nanti akan aku baca dan kelek buku itu ke sana ke mari. Seingat aku Kak Husni bercerita tentang erti sebenar hidup kita sebagai muslim. Adakah Islam yg kita anuti ini hanya kerana kita dilahirkan secara automatik terus menjadi Islam, atau kerana kita benar-benar berpegang pada agama Allah? Sebaik-baik umat Islam ialah yang melestarikan agama Allah yang diwarisi dari kedua ibu bapanya. Bukan hanya Islam atas nama warisan.
Hari ini umat Islam menjalani kehidupan berlandaskan sistem sekularisme. Selalunya kita akan memisahkan antara kehidupan seharian dengan kehidupan beragama. Lihat sahaja sistem pendidikan dan ekonomi kita, semuanya berasaskan sekular. Memang benar kita beribadah, cukup solat, tunai zakat, berpuasa dan lain2, tp adakah itu semua mampu membantu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran? Sedangkan Allah ada menyebut Inna solata tanha anil fahsya'i wal munkar (Surah Al-Ankabut: 45). Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Jika solat pun tak mampu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran, apakah ertinya solat dan ibadah yang kita lakukan???
Masya-Allah.........
Adik Eni pula bercerita ttg
kisah Mohammed Fadzil @ Fatine yang takut nak balik ke Malaysia sebab melakukan pembedahan tukar jantina dan berkahwin dengan lelaki Britain. Dia takut mak ayahnya tak dapat terima dan memikirkan keselamatannya jika rakyat Malaysia menyelar tindakannya. Inilah padahnya kalau umat Islam sendiri yang memisahkan hidup dengan agama.
Menerima kebenaran agama tapi tidak mengaplikasikannya dalam hidup. Kita doakanlah agar dia mendapat hidayah Allah dan kembali menjadi seorang Islam yang benar.
SEMOGA KITA TIDAK MENJADI ISLAM UMAT YANG TOLOL DAN BUTA HATI.
Alhamdulillah keraguan dan kemusykilanku sudah dirungkai oleh Kak Husni. Thanks kak.
Minggu depan kena present tentang aurat dan pemakaian, semoga aku dapat beri input yg berguna kpd ukhti yg lain agar mereka dapat hasilkan output yang bagus. Maklumlah, sekarang umat Islam (An-nisa terutamanya) pakai baju tak cukup kain. Kalau nak keluar rumah seharusnya kita titik beratkan sama ada pakaian itu cukup menutup aurat atau tidak, bukannya cukup cantik atau tidak.
Ahhh, aku tak layak cakap lebih2 pasal aurat sebab aku sendiri tidak berjilbab labuh (pernah berbuat begitu tapi tidak istiqamah) dan selalu juga pakai t-shirt sederhana labuh aja.
Semoga Allah terangkan hati2 kita, berikan kita semua hidayah dan jauhkan kita dari kebatilan.
Amiin Ya Rabb.
Ok lah, esok2 sambung lagi. Back to tugasan yang berlambaks-lambaks.
P/S: Kak Nad bilang sekarang aku makin lahar, aduh tak perasan! Rasanya aku cuma mahu bergurau saja.... Maaflah kalau ada sesiapa yg tersinggung dgn kelaharanku, maklumlah kerana mulut badan binasa kan.
Astaghfirullahalazim....