Followers

28 February 2010

Gosip=Belum tahu kebenarannya, Fitnah=Sudah Tentu Salah!

 
Ketika berada di Tingkat 2 (1st floor) Perpustakaan Tuanku Bainun,
mencari materi berkaitan sastera Melayu,
Untuk tugasan BML 1073,
Tiba-tiba terpandang buku ini,
Nampak menarik.

FOLKLOR INDONESIA
Ilmu Gosip, Dongeng dan lain-lain

Oh Gosip juga ada ilmunya,
Mungkin saya kena baca buku ini,
Kerana gosip bagi takrifan James Danandjaja pemikir Indonesia ini, mungkin luas skopnya.


Kalau memang gosip itu takrifannya fitnah,
maka jauhilah diri daripada menyebar gosip,
mahupun terlibat dalam gosip.

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

p/s: Untuk tahu kebenaran, kita perlu mendengar dari semua pihak.


1 comment:

KAZA said...

Ada soalan nie. 'Apakah persamaan antara gosip dan fitnha?'.. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...