Followers

Showing posts with label cerita kasih sayang ♥. Show all posts
Showing posts with label cerita kasih sayang ♥. Show all posts

22 February 2011

Kerana Cinta, Kenal Pencipta

1 komen
Ampuni dosa-dosa anakmu, ibunda.
Terima kasih tidak bertepi...

DIA
"Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa"

Peliharalah dia, Wahai Tuhan yang Menciptakan... 
Terima kasih, Ya Allah...
(SENYUM SELALU ^^)

p/s: Seinfiniti ingatan buat ibu yang dicintai, Al-Fatihah.

11 November 2010

Kekuatan Sebenar

0 komen
Subhanallah. Maha Suci Allah. Syukurillah.


Masih menghidupkanku saat ini, alhamdulillah.


23 Nov-4 Dis 2010: Peperiksaan Akhir Sem 3


Persediaan untuk peperiksaan?
Ishk, malu saya nak bercerita. Kalaulah buku tu boleh bercakap, tentunya buku-buku saya terpekik terlolong minta dibaca.
Tentunya juga ramai tak percaya bila saya bilang, saya belajar main-main, tapi keputusan OK-OK.
Bukan mahu berlagak bagus, tapi ada cerita disebalik tiap kejayaan saya.


:: Saya akan bilang awal-awal pada ibu, jangan letakkan harapan dan impian yg terlalu tinggi kepada saya. Takut akan kecewa nanti bila tak kesampaian. Oleh itu, saya tidak berasa tertekan dan terbeban dengan harapan orang.


:: Saya juga akan ikhlaskan hati ketika menelaah. Jika berasa tertekan lantaran terlalu byk perkara yang perlu dicover, saya serahkan semuanya kepada Allah, dan berdoa agar ilmu sedikit yang telah saya baca dpt dimanfaatkan sebaiknya. Insya-Allah...

Dan inilah Kekuatan Sebenar saya:
Ketika sedang berada dalam dewan peperiksaan, ibu akan membacakan surah Yaasin di rumah agar saya senang menghadapi kertas soalan. Contohnya, jika waktu peperiksaan bermula jam 8 dan berakhir jam 9, maka sepanjang waktu itulah ibu akan membacakan Yaasin. Ibu akan melakukan rutin ini untuk setiap subjek, tidak kira pagi atau petang, sehingga berakhirnya peperiksaan.


Abah juga turut melakukan perkara yang sama. Jika sedang berada di tempat kerja, abah akan meluangkan masa untuk beri'tikaf sebentar, bersolat hajat, menyalurkan kekuatan buat saya.


Allah, Maha Suci Engkau. Syukur ke atas-Mu.
Mengurniakan dua insan ini buatku. Sentiasa berusaha mencukupi keperluan dan kemahuanku.
Malah setia mengalirkan energi dan tonik untukku ketika berhadapan dengan ujian dan peperiksaan...


Moga kekuatan yang mengecas di tubuhku membenihkan bahagia buat dua insan ini, di dunia dan akhirat.


:: Semoga ilham yang sama akan adikku Muhammad Nurhadi peroleh ketika mendepani lembaran peperiksaan nanti. Allah, permudahkanlah dia. Amiin ya Rabbal alamiin.


Jadual SPM adik~
:: Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Kejayaan dan Kegagalan, kedua-duanya tetap UJIAN ALLAH untuk kita. Untuk kita syukuri atau tangisi, bergantung kepada kita.

Apa pun, saya sedang meningkatkan motivasi diri untuk menelaah pelajaran kali ini. Kajian Manuskrip, Morfologi, Fonetik & Fonologi, Teori Kesusasteraan, Wacana Akademik BM, Pembelajaran & Perkembangan Pelajar. Ahhh, semuanya menuntut pemahaman yang tinggi, bukan sekadar hafalan!

Ok ok, jangan mengeluh, ikhlaskan hati. Masih belum terlewat, Nora!

Andai keputusan nanti tidak seperti diharapkan, bersyukurlah. Allah masih sayang padamu, kerana Pemberi Tonik Semangat (mummy daddy) masih setia menemani!

BI TAUFIQ WAL AFAKIN NAJAH FIL IMTIHAN!

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sahabat Semua!
Ingat, Allah selalu bersama kita!

KEKUATAN SEBENAR: KITA YANG MENENTUKANNYA

20 October 2010

Ceritera Rindu

0 komen
Rindu ini melimpahi ruang hati


Ku rindu saat kau senyum
Ku rindu saat kau tertawa gembira


bila kau nyatakan citamu
bila kau luahkan cintamu
ku rasa ikatan kita erat
tak goyah


bila kini kau sedih
aku resah
bila kini semangatmu hilang
aku hiba


Oh Tuhan
sampaikan cintaku di hatinya
Betapa aku dan mereka sayang padanya


Oh Tuhan
tunjukkan dia jalan
penuhi ruang jiwanya dengan cinta-Mu
agar dia tenang bahagia


Oh Tuhan
katakan padanya
silap itu bukan harus ditangisi selamanya
pandanglah ke depan
perjalananmu masih jauh
rintislah dengan iman, dan taqwa


                   Sungguh. Adik, aku sayang engkau...............

29 August 2010

Hitung Jari Menanti Ketika

2 komen
Menghitung hari
Detik demi detik
Masa ku nanti apa kan ada?
Jalan cerita
Kisah yang panjang
Menghitung hari...

23 August 2010

Bukan Retorik

2 komen
Awal Subuh 14 Ramadan, abang kandung yang saya rindui menghantar mesej yang agak pelik. Bertanya itu ini, mahu akan kepastian. Hihi, sejak bila saya ada abang? Buat-buat macam ada lah ya!


Kemudian dia meminta saya untuk 'go on menyayanginya'. nya itu merujuk kepada seseorang yang dot dot dot ;)


Katanya, manfaatkanlah kasih sayang yang diberi Tuhan. Adam perlukan Hawa untuk bikin hidup ceria, katanya lagi. 'Hawa' itu aku kah?


::: Perjalanan masih jauh, bro. Doakan kami baik-baik sahaja. Dugaan mencabar menunggu di sana sini. Moga bahagia itu ada, biar tak ditakdir bersama. Cewah...! :') Semoga abang kandung saya juga cepat bertemu jodohnya, tak sabar menyambut kakak ipar!
Uzair Nazir Mohd Khidzir: betul ke ejaan ni? :")
p/s: Pantas benar masa berlalu, tak terkejar rasanya. 

16 August 2010

Cantik Rupa dan Hati

5 komen
Semalam, 6 Ramadan. Sedikit rasa 'kegundah gulanaan'.
Kiriman mesej bunda menceriakan hati.


Dipayungi imanmu...
Bocah sing ayu rupane, bocah sing ayu atine.
Ngapuro salahe.
Anteng, kenceng & kentelne atine. AMIN.


Ibu bagai tahu rasa jiwaku. T_T
Rindu.


Translasi:
Dipayungi imanmu...
Anak yang ayu rupanya, anak yang ayu hatinya.
Diampuni kesilapannya.
Diringankan, dikuatkan & ditabahkan hatinya. AMIN.


p/s: Terima Kasih sahabat dan teman yg sentiasa setia menemani.


15 August 2010

3 Lelaki Ku Rindu Selalu

3 komen
Saat ku pinta kamu say I LOVE U.
Kamu malu- malu.
Kamu mahu privasi, jauh dari orang-orang.


Bila tiada orang di kiri kanan, barulah kamu say I LOVE U.
Perlahan-lahan. Bak bunyi angin nyaman.


Oh Bahagianya.
Bila ku dengar suara kamu malu-malu.


Sekarang kamu sudah berubah.
Malu mahu say I LOVE U.
Malu mahu mengucup daku di hujung talian telefon.


Tapi tak mengapa. Ku tahu malumu itu kenapa.
Ku faham sayang.
Tak mengapa. Asal ku selalu di hatimu.
Dan kamu di hatiku.
Rindu dan sayang gila pada si comel yang mengambil gambar ini~
Lelaki yang kusayangi lagi seorang juga begitu.
Sudah pandai malu-malu.
Dalam mesej ku tanya,
"Tak rindu aku?"
Jawabnya,
"Buat pe ryndu ko, tak untung pepon. Cme slalo ingt jew."


Ahh, ku tahu kamu juga rindu aku. Cuma kamu malu mahu ucapkan itu.
Tak mengapa, ku bisa menanggapi dasar rasa jiwamu sayang.


Tunggu daku pulang ya lelaki2 ku sayang. Ku mahu pinta kamu say I LOVE U pada hari pertama Syawal nanti. Sabar ya =)


p/s: Kakak tak berani minta abah say I LOVE U. Malu (blushing blushing ^^)

12 August 2010

Permata Ilahi

0 komen
Sedikit coretan pada 2 Ramadan.

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran,
buat Tuhan pencipta sekalian alam.
Menganugerahkan permata buat Mohd Azhar-pakcik yg saya sayangi
serta buat isterinya Salina dan anak bujang tunggal mereka, Mohd Syazwan.

Setelah menunggu 15 tahun, ini ganjaran atas kesabaran mereka.

NUR KHALISAH
Selamat mengenal duniamu sayang.
Membesar menjadi gadis istimewa di hati ayah bonda.
Menyubur kegembiraan di hati kami.

Subhanallah walhamdulillah, TERIMA KASIH ALLAH.

p/s: Gadis Biasa's Mode: Terharu. Sayang. Cinta Allah.

07 June 2010

My Adamaya

0 komen
 
Inilah ADAMAYA saya!
Kedua-duanya berusia 4 tahun...
Sangat comel, sangat pemalu...
Kakak Sayang Kamu
Nur Iman SuMAYYAh dan ADAM Harith...

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau menutup pintu hatiku
Tanpa ku sedari hingga ku izinkan

Kau yg bernama CINTA
Kau yg memberi rasa
Kau yg ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa
INDAH

13 May 2010

Saya Mohon Belas Kasihan dari Kalian

2 komen
Assalamualaikum. Lama tak menjengah di laman blog ini. Bukan berasa rindu, cuma mahu berkongsi kisah duka seorang ibu yang tabah. Ku dedikasikan ucapan SELAMAT HARI IBU buat ibu ini. Juga buat ibuku yang sentiasa berada di carta teratas hati ini. I love u ibu. Sekeras kerikil pun hati ini, bila berbicara berkenaan kasih ibu dan anak, pasti ia akan lembut jua.


Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza  Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis emel ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doktor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
            Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
            2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak. Tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya. Terus-terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
            Di kesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan emel ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu. Emelkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat   Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad    sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

 Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

           Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin. 


Semoga Allah membalas ketabahan Pn. Rohaizah dengan ganjaran yang baik buatnya.
Ketabahan seorang ibu tidak mungkin akan pernah kita tandingi. Kasih ibu membawa ke Syurga. Maafkan kakak ibu kerana telah banyak menyusahkan hatimu.
Moga Allah kurniakan kesihatan buat ibu, sejahtera hidupnya dunia dan akhirat, amiin ya Rabbal Alamiin.


KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA~

08 April 2010

Janganlah risau, saya ok jah ♥

0 komen

PIALA PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID
4 MAC 2010
Ya, ini bukan noktah untuk semua yang telah kita harungi bersama.
Bukan ini titik noktahnya.
Masih jauh perjalanan kita.

DEBAT PERDANA INTEGRITI IIM-UMS
12-16 MAC 2010
Kita tinggalkan semua yang pahit,
telan dan hapus biar hancur,
dan jangan pernah biarkan,
yang manis itu terus terkubur.

PIDATO PENITI UPM
21 Mac 2010
Azli dan Ramdan, ini langkah permulaan buat kalian berdua.
dan bukan langkah pengakhiran buat abang Kamaruddin.
Bangga dengan kalian, UPSI tetap yang terunggul. 

AIN FATHIHAH MRH
3 APRIL 2010
Kamu Srikandi Putri yang ku kagumi
Bijak Kecil dan Comel
Moga 20 tahun yag berlalu dalam hidup kamu
disinari dengan reda Tuhan-Mu
dan hari mendatang
dilalui dengan matang biarpun jalannya berliku



6 APRIL 2010
Menikmati keindahan ciptaan Rabbul Izzati bersama MEREKA...
Abg Bob-Abg Baihaqi-Abg Ryzal-Abg Adnan-Adik Amir
Kak Minie-Kak Ziela-Kak Nad-Kak Fara
Mengharungi perjalanan berbatu 
dari Tg.Malim-Rawang-Bukit Bintang-Cheras-Genting.
Selama 11 jam.
Dengan hanya berbekalkan RM25 di dalam poket.
Mengajar aku akan erti kegilaan dan persahabatan.
Terima Kasih untuk pengalaman ngeri dan indah ini.


S.A.H.A.B.A.T
Mereka bersamaku sejak mula
Tidak lelah memberi semangat
Moga kejujuran, kesetiaan, bantu-membantu, hormat dan menghormati.
Terus menjadi
Nadi persahabatan kita.
Terima kasih untuk semuanya.

Rintislah perjalanan ini dengan iman dan taqwa.


03 February 2010

Nilai Kekeluargaan

4 komen
Ayah, ibu dan anak perempuannya sedang berYM dengan seseorang selepas selesai solat isya'.
Oh bahagianya...

Keluarga ini.

P/S:  Rindu berjemaah dgn keluarga di kampung =)

30 January 2010

Ter'influence' sudah...

8 komen
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita sangat terpengaruh dengan orang lain.
Mahu berpenampilan seperti dia,
Mahu berbicara seperti dia,
Mahu berfikir seperti dia,
Semuanya seperti dia.

Namun ada kalanya, kita pula yg sgt memberi pengaruh dlm hidup org lain.

Seperti Kak Aini..

Kak Aini akan melihat kelebihan semua orang daripada pelbagai sudut.
Gabungkannya menjadi satu.
Katanya supaya menjadi lebih baik.

Rakan-rakan yg tidak begitu rapat dengannya juga merasai apa yg sy rasakan...
Bait kata Kak Aini pun mereka ingat. Antaranya...

Ishk tak payahlah tgk sekuel filem Lu Fikirlah Sendiri. Kata Kak Aini membazir jek, dahlah kena bayar, kena fikir sendiri pulak tu!

Sewaktu jalan beramai-ramai: Eh Kak Aini kata jalan mengikut ketinggian!
Eh Kak Aini, eh kak aini, eh kak aini... Kak Aini sokmo...

TERIMA KASIH KERANA MEMBAWA PELANGI INDAH DLM PERSAHABATAN KAMI.

WE KAK AINI

P/S: Cikgu kaunseling kannnn.....?

22 January 2010

Bijak =)

6 komen
Mahu membayar hutang RM2.20 kepada Zurin kerana telah berhutang dengannya kelmarin.

Jus Tembikai Susu RM1.00
Roti Gardenia        RM1.20
                             RM 2.20

Berlaku adegan tolak menolak.

N: Ambiklah...
Z: Eh, x apa lahhh...
N: Ambiklah please...
Z: Eh x apa...
N: Ambik! kalau x aku x nak kawan ko....
Z: Taknak laaaaaaaa, kalau ko nak bayar jgk aku x nak kawan ngan ko...

Dayah ambil RM2.20 tersebut.
Bahagi kepada 2.
Zurin RM1.10.
Nora RM1.10.

Selesai masalah.
Terima Kasih Dayah, dari dulu kawe tau demo meme bijok.

                   

13 January 2010

Pasti An-Nur di ♥ku

4 komen
Ibu dan abah,
hantar kakak bersekolah di sini.
Supaya membesar dengan iman dan Islam.

Di sekolah ini cikgu tidak sediakan makanan macam tadika yg lain.
Kata ibu, "sekolah kakak bukan sekolah makan2, tp sekolah utk belajar."

Di sekolah, kakak tak pernah dapat nombor 1. Kakak pelik dengan budak yg asyik dpt nombor 1!
Pandainya dia.......

Dulu kakak selalu nangis sebab kena buli sampai tak mahu pergi sekolah walaupun sekolah dekat depan rumah aja. Kakak selalu dibuli sbb baru berusia 5 tahun tatkala yg lain semuanya berusia 6 tahun. Sampai hari ini kakak masih igt muka budak yg suka tolak2 dan cubit2 kakak. Dia membesar sebagai gadis yg cantik, makanya skrg dia sudah bertunang.

Semasa 6 tahun, barulah kakak ada ramai kawan.
Inilah kawan-kawan kakak sampai sekarang:

Julia yg gemar mengukur tanah dan jalan,
Izzati yg bakal menjadi perawat hati dan jiwa insan,
manakala Azhar dan Farhan pula bakal jd doktor manusia...

Kedua-dua adik kakak turut sama menimba ilmu di sini,
Dengan ustazah yg sama, bangunan papan yg sama dan juga pelajaran yg sama.

Kala semuanya sudah habis pengajian di Pasti dan mengejar hala tuju masing2, ustazah masih setia di sini.
Suara lantang ustazah mengajar nasyid, doa, ilmu sosial, pendidikan jasmani dan akhlak masih kedengaran sehingga ke hari ini.
Kakak kagum dengan ustazah, kerana masih bertahan walaupun bayaran atas tugasnya tidak seberapa cuma.

Kakak mahu menjadi cikgu seperti ustazah,
yang punya anak ramai,
keluarga yg bahagia,
jiran yg baik,
serta tilmiz dan tilmizah yg cergas dan cerdas.

Semoga ustazah terus bersemangat mengisi dada mujahidin dgn ilmu di dada.

PASTI AN-NUR di hati selamanya.

P/S: Nasib baik abah boleh bertolak ansur dalam hal menyekolahkan anak2. Tidak semestinya ideologi sebagai pro-kerajaan menidakkan kita utk mendapatkan pendidikan yg dirasakan terbaik untuk anak2.

10 January 2010

Siapakah Aku?

4 komen
Percaya atau tidak.
Hari ini sudah 10 Januari 2010.
Hari ini jg baru sy sedari, sy sudah berusia 21 tahun.
(20 tahun 3 bulan 21 hari)
Ohhh... tuanya...

Malangnya dalam tempoh yg lama itu,
sy belum menemui diri sy yg sebenar.
Jika anda utarakan soalan,
'apakah ciri2 diri anda?'
pasti sy memerlukan masa yg panjang utk memberikan jawapan.

Namun apa jua jawapan yg bakal sy berikan,
sy mahu anda tahu bahawa,
saya tidak gemar hipokrito.
saya bkn seorang yg feminin.
sy seorang yg agak kasar luaran.
dalaman? huuu tak tahu!



dan,
sy juga bermula sebagai...

seorang kanak2 perempuan yg AGAK comel, hiiiii :)


maaf ya memuji diri sendiri...
hehe tp ini bukan motifnya..

motif sebenar,
sy mahu membentuk diri sy sendiri,
walaupun tidak mahu tidak,
saya kadangkala dipengaruhi oleh orang lain (biasalah kan)..
yang penting,
saya ialah saya.
aku ialah aku.
cahaya mataku ialah cahaya mataku.
yang mendamba cinta & mardhatillah.
yg mengharapkan hidayah Allah bkn hanya utk diri ini tp jg utk seluruh umat Islam.
Amiin~

-pen off!-

P/S: bila abg johan nak masukkan gambo betul dia masa kecik2? Tak mainlah gambo amek dr internet... :P


08 January 2010

Epilog Sesalan Hamba

0 komen
Kitab Allah yang kuratib ini,
bagai menyentap hati yang lama kaku,
ku tarik lidah kerasku,
ku lentur pangkal lelangitku,
biar lembut lagu tajwid-Mu,
biar menusuk makna takrif-Mu,
Menerjah ke ulu hatiku,
yang lama rindu sinar iman-Mu.

Gerbang ku buka,
ibu ayat kubaca,
Bismillahirrahmanirrahim...

Air mata mengalir laju,
tak dapatku empang lagi,
ku titi bait ayat-Mu,
bagai Dia telah memanggilku,
Ke pangkuan taqwa dan iman.

Kan ku lontar jauh,
Cengkaman duri dosa,
Jauh di gaung dalam,
jadi titik tolak keinsafan,
subhanahu wa taala, penggal dan ketuklah hatiku,
yang bagai kerikil keras,
biarku gilap jadi batu permata cahaya,
ku raba-raba,
hingga ku capai kerlip sinarnya.

-19/12/2009-
+saya sayang, rindu & kasihi ibu saya+

03 January 2010

Hidup adik baru bermula...

3 komen
Pagi2 adik kakak kejutkan kakak dari tidur...
Adik: Kakak, dah bangun belum? (adik lupa bagi salam)
Kakak: Belum lagi. kenapa adik bangun awal sangat?
Adik: Adik bangun awal. Adik dah mandi tau kakak. Adik dah pakai baju sekolah. Hari ni adik pegi sekolah Aisyah (merujuk kepada sepupu yg bersekolah di sekolah yang sama). Hari ni ibu bagi adik duit banyak.
Kakak: Ok, adik belajar rajin2. Dengar cakap cikgu.
Adik: Hehe ok je, mestilah adik dengar cakap cikgu. Kan adik dah baca buku yang cikgu bagi (lakonan semula bacaan buku teks)
Kakak: Ok lah, ok lah. Nanti kalau ada kerja sekolah jangan lupa buat. Faham tak?
Adik: Hehe ok. Assalamualaikum!
Rindunya aku pada adik comel yg seorang ini. Baru nak masuk darjah 1. Semoga Allah permudahkan dia untuk mendapat pelajaran yg berguna dalam hidup.
Adik kakak yg lagi satu, pastikan kamu buktikan kebolehan kamu dalam SPM tahun ini. Adik lebih pandai daripada kakak, jgn sia-siakan otak dan kepandaian yg kamu ada. Kamu bakal menggalas bebanan yg besar sebagai anak lelaki pertama keluarga ini.
Hidup Kalian Baru Bermula..
KAKAK DOAKAN KALIAN MENJADI AR-RiJAL YG SENTIASA DI JALAN ALLAH...
P/S: adik ain fathihah dan 3 anak saudara kak aini pun masuk darjah 1 jugak. Adik Amir pun nak amik SPM tahun ni :)

29 December 2009

Terima Kasih, sahabat!

2 komen

Sesegar hijau daunan begitulah kita diibaratkan, tiada siapa yg bisa memisahkan kita, antara kita semua.

Ah.... selalu sgt dengar lagu ni! Lagu ni mmg malar hijau. Dari sekolah rendah sampai ke zaman ni, nescaya sesiapa yg lahir hampir2 sama tahun dgn aku, masih ingat dan boleh nyanyikan lagu ni. Kalau ye pun tak suka dan jarang sangat dengar lagu Melayu, tipulah kalau tak tahu lagu ni (mesti ada yg terasa, aku tahu siapa kamu, haha).. kan kan kan?

Niat asal di hati bukan nak bercerita pasal lagu Brothers ni. Mungkin cuma ada sedikit kaitan dan kesinambungan.

Kita selalu dengar ungkapan, sahabat menangis dan ketawa. Kalau dulu, dengar cuma sekadar dengar, tak terkesan di hati (sebab dulu tak pernah ada masalah kot!). Sekarang baru aku rasai dan sedari kebenarannya. BENAR. Bukan sekadar betul sahaja. Kerana betul itu tidak semestinya benar.

Terima kasih buat sahabat yang sedia menadah telinga mendengar celoteh berkenaan kegembiraan dan kesedihan aku. Langsung tidak berniat untuk menceritakan keburukan orang lain mahupun membuat cerita, namun ini hakikat dan semuanya telah berlaku. Bukan spekulasi semata2. Semua pasti pernah mendengar pepatah ini. Qulil haq lau kana murran. Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit. Sebab musababnya, kita sendiri tahu. Ketidakbenaran hanya membawa binasa dan bencana. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, sahabatku.

CUKUP!

Aku dah bosan dengan semua sandiwara watak2 manusia yg gemar mengadu-domba dan membuat nista! CUKUP! Selepas ini aku tak akan layan lagi semua lakonan kamu! Siapa yang benar dan salah, biarlah hisab dan siratul mustaqim yg tentukan di hari pengakhiran nanti!

Pesanan aku buat sesiapa yang pernah menjadi sahabatku, aku mohon maaf andai ada kejahatan dan kekhilafan sepanjang persahabatan kita. Ada sebabnya aku lakukan semua ini, aku tidak akan sesekali membenarkan maruahku dan keluargaku diinjak sewenang-wenangnya! Aku punya adik2. Aku punya ibu yang ku sayang. Ku punya abah yang ku cinta. Biar mereka tahu, kawan bisa jadi lawan! Dan lawan juga bisa jadi kawan!

Akan aku simpan kemas rahsia kalian dalam simpanan memori aku. Biar aku simpan sebagai peringatan dan pengajaran diri sendiri.

Terima kasih buat sesiapa sahaja yang pernah hadir dan kemudiannya mewarnai hidup aku. Biarpun selepas kamu mewarnai hidup aku, kamu conteng pula kanvas hati aku dengan cat yang berwarna hitam dan berceloreng, aku maafkan. Jika kita berjumpa lagi selepas ini, jangan pernah lagi kamu ungkit masa lalu yang pahit, aku ingin lupakan! Jangan timbulkan lagi amarahku kepada kamu. Aku tahu kebenarannya. Kamu turut tahu kebenarannya. Aku juga ada silap dalam episod hitam ini. Air mata dah kering. Cukuplah... aku dah penat.

Buat sahabat yang baru, terima kasih memilih aku yang hina ini sebagai sahabat. Semoga Allah cantumkan hati kita dengan kasih sayang. Akan kita harungi suka dan duka bersama, insyaAllah!

Semoga Allah sentiasa bersama kita dan berikan kita hidayah. Janganlah Dia pesongkan kita setelah Dia berikan kita petunjuk.

Akhir kalam, terima kasih semuanya! Inilah namanya pengalaman hidup.

p/s: Hidup cuma sementara. Jangan biarkan hidup yang sementara ini dicemari dengan perkara yang sia2. Hayatilah kehidupan sebagaimana Nur Hayati Kassim mahupun Lilhayati Mat Isa menghayati kehidupan mereka :”) wink!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...