Followers

11 November 2010

Kekuatan Sebenar

Subhanallah. Maha Suci Allah. Syukurillah.


Masih menghidupkanku saat ini, alhamdulillah.


23 Nov-4 Dis 2010: Peperiksaan Akhir Sem 3


Persediaan untuk peperiksaan?
Ishk, malu saya nak bercerita. Kalaulah buku tu boleh bercakap, tentunya buku-buku saya terpekik terlolong minta dibaca.
Tentunya juga ramai tak percaya bila saya bilang, saya belajar main-main, tapi keputusan OK-OK.
Bukan mahu berlagak bagus, tapi ada cerita disebalik tiap kejayaan saya.


:: Saya akan bilang awal-awal pada ibu, jangan letakkan harapan dan impian yg terlalu tinggi kepada saya. Takut akan kecewa nanti bila tak kesampaian. Oleh itu, saya tidak berasa tertekan dan terbeban dengan harapan orang.


:: Saya juga akan ikhlaskan hati ketika menelaah. Jika berasa tertekan lantaran terlalu byk perkara yang perlu dicover, saya serahkan semuanya kepada Allah, dan berdoa agar ilmu sedikit yang telah saya baca dpt dimanfaatkan sebaiknya. Insya-Allah...

Dan inilah Kekuatan Sebenar saya:
Ketika sedang berada dalam dewan peperiksaan, ibu akan membacakan surah Yaasin di rumah agar saya senang menghadapi kertas soalan. Contohnya, jika waktu peperiksaan bermula jam 8 dan berakhir jam 9, maka sepanjang waktu itulah ibu akan membacakan Yaasin. Ibu akan melakukan rutin ini untuk setiap subjek, tidak kira pagi atau petang, sehingga berakhirnya peperiksaan.


Abah juga turut melakukan perkara yang sama. Jika sedang berada di tempat kerja, abah akan meluangkan masa untuk beri'tikaf sebentar, bersolat hajat, menyalurkan kekuatan buat saya.


Allah, Maha Suci Engkau. Syukur ke atas-Mu.
Mengurniakan dua insan ini buatku. Sentiasa berusaha mencukupi keperluan dan kemahuanku.
Malah setia mengalirkan energi dan tonik untukku ketika berhadapan dengan ujian dan peperiksaan...


Moga kekuatan yang mengecas di tubuhku membenihkan bahagia buat dua insan ini, di dunia dan akhirat.


:: Semoga ilham yang sama akan adikku Muhammad Nurhadi peroleh ketika mendepani lembaran peperiksaan nanti. Allah, permudahkanlah dia. Amiin ya Rabbal alamiin.


Jadual SPM adik~
:: Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Kejayaan dan Kegagalan, kedua-duanya tetap UJIAN ALLAH untuk kita. Untuk kita syukuri atau tangisi, bergantung kepada kita.

Apa pun, saya sedang meningkatkan motivasi diri untuk menelaah pelajaran kali ini. Kajian Manuskrip, Morfologi, Fonetik & Fonologi, Teori Kesusasteraan, Wacana Akademik BM, Pembelajaran & Perkembangan Pelajar. Ahhh, semuanya menuntut pemahaman yang tinggi, bukan sekadar hafalan!

Ok ok, jangan mengeluh, ikhlaskan hati. Masih belum terlewat, Nora!

Andai keputusan nanti tidak seperti diharapkan, bersyukurlah. Allah masih sayang padamu, kerana Pemberi Tonik Semangat (mummy daddy) masih setia menemani!

BI TAUFIQ WAL AFAKIN NAJAH FIL IMTIHAN!

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sahabat Semua!
Ingat, Allah selalu bersama kita!

KEKUATAN SEBENAR: KITA YANG MENENTUKANNYA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...