Followers

09 November 2010

Menyeru sesuatu yang abstrak iaitu S.E.M.A.N.G.A.T

Saat ini, jam 7.30 pagi, saya masih berkelubung di atas katil.
Semalaman menunggu wall MYSIS namun gagal menerobos masuk!


Adik sudah ke sekolah, abah sudah ke tempat kerja.
Berpagi-pagi meluaskan pintu rezeki.
Amiin, semoga Allah menjaga dua insan kesayanganku ini.


Berbalik pada diri.
Oh... Kenapalah semangat menelaah belum datang.


Buku diteliti, diulit dan dikendong ke sana sini.
Tapi kenapa otak lambat menyerap kandungan buku?
Kotorkan hatiku?
Hitamkah jiwaku?
Sampaikan ilmu-Mu tidak menembusi dadaku?


Allah, ampunilah aku.
Moga semester ini aku tidak mengecewakan ibu dan abah, juga diriku sendiri.


Allah, Tuhanku Maha Pemunya Ilmu
Kurniakanlah daku kefahaman para Nabi,
Hafalan para Rasul,
Ingatan orang-orang yang arif,
dan ilham malaikat yang paling hampir dengan-Mu...

Sucikanlah ruang hatiku Ya Allah,
Agar nur ilmu-Mu memenuhi dadaku,
Mengisi kekosongan hati ini...


:: Keputusan peperiksaan bukanlah apa-apa, tapi sekurang-kurangnya ini salah satu cara menggembirakan hati ibu dan abah kerana aku tak mampu menggembirakan mereka dengan lembaran wang dan harta.

3 comments:

SyamDY De Sabahan said...

salam.. moga saudari sentiasa bersabar..
http://syamdy.blogspot.com/2010/11/membuah-sabar.html

Cahaya Mataku said...

insya-Allah.
kesabaran sentiasa menemani tatkala berdepan dgn dugaan.

salam mujahadah membuah sabar!

Cahaya Murabbiyah Islam said...

amin..moga dipermudahkan wahai sahabatku..ingatlah! segala usaha dan doa yang kita lakukan atas redha dan berkat dari-Nya pasti akan memberikan satu hasil yg baik..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...