Followers

13 January 2010

Pasti An-Nur di ♥ku

Ibu dan abah,
hantar kakak bersekolah di sini.
Supaya membesar dengan iman dan Islam.

Di sekolah ini cikgu tidak sediakan makanan macam tadika yg lain.
Kata ibu, "sekolah kakak bukan sekolah makan2, tp sekolah utk belajar."

Di sekolah, kakak tak pernah dapat nombor 1. Kakak pelik dengan budak yg asyik dpt nombor 1!
Pandainya dia.......

Dulu kakak selalu nangis sebab kena buli sampai tak mahu pergi sekolah walaupun sekolah dekat depan rumah aja. Kakak selalu dibuli sbb baru berusia 5 tahun tatkala yg lain semuanya berusia 6 tahun. Sampai hari ini kakak masih igt muka budak yg suka tolak2 dan cubit2 kakak. Dia membesar sebagai gadis yg cantik, makanya skrg dia sudah bertunang.

Semasa 6 tahun, barulah kakak ada ramai kawan.
Inilah kawan-kawan kakak sampai sekarang:

Julia yg gemar mengukur tanah dan jalan,
Izzati yg bakal menjadi perawat hati dan jiwa insan,
manakala Azhar dan Farhan pula bakal jd doktor manusia...

Kedua-dua adik kakak turut sama menimba ilmu di sini,
Dengan ustazah yg sama, bangunan papan yg sama dan juga pelajaran yg sama.

Kala semuanya sudah habis pengajian di Pasti dan mengejar hala tuju masing2, ustazah masih setia di sini.
Suara lantang ustazah mengajar nasyid, doa, ilmu sosial, pendidikan jasmani dan akhlak masih kedengaran sehingga ke hari ini.
Kakak kagum dengan ustazah, kerana masih bertahan walaupun bayaran atas tugasnya tidak seberapa cuma.

Kakak mahu menjadi cikgu seperti ustazah,
yang punya anak ramai,
keluarga yg bahagia,
jiran yg baik,
serta tilmiz dan tilmizah yg cergas dan cerdas.

Semoga ustazah terus bersemangat mengisi dada mujahidin dgn ilmu di dada.

PASTI AN-NUR di hati selamanya.

P/S: Nasib baik abah boleh bertolak ansur dalam hal menyekolahkan anak2. Tidak semestinya ideologi sebagai pro-kerajaan menidakkan kita utk mendapatkan pendidikan yg dirasakan terbaik untuk anak2.

4 comments:

ninim said...

erm...pendidikan sgt penting kalau asyik nak mendahulukan ideologi politik takut2 perkara penting yang terkorban

F.Aminurrashidd said...

dulu kiter pun sekolah PASTI, abg2 dulu pun pi Taski, adik pun samer laa tadika ABIM.. adik no 4 jer lepas pi PRA Sekolah kerajaan..

belajar kat saner memang best.. belajar doa, nasyid, jawi.. paling takleh lupa, pakai baju ijau ngan kopiah.. hahaha.. comel..

Nuraini Munawar said...

kak ninim: betul 2, dalam aspek memberi pendidikan, kita perlu lah bertolak ansur. Nanti nak sekolahkan anak kat PASTI, hehe.

F.Aminurrashidd: Whooa kita anak didikan Pasti lah, so kena lah jadi bodak baik! mmg comel kan pakai baju hijau, dulu pakai jubah hijau dgn anak tudung putih, heee~~~~

bint hamdi said...

noraaaa!!
rindu PASTI sangat2!!
rindu ustazah..
y masih cekal mengajar sehingga ke hari ini...utk mendidik anak2 demi agama, bangsa dan negara..
kt c2la kte dapat pndidkn awl secara formal...

PASTI tetap di hati kita semua ok <3

kalau boleh..nk sangat majukan skolah kite dlu..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...