… bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila’/ kacang ful, kacang adas, ba’ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.Ahlan Wasahlan 10 Muharram. Pastinya ramai yang berpuasa sunat hari ini. Tentunya ramai juga yang menyambung puasa semalam, 9 Muharram. Seronoknya kalau dapat berbuka dengan bubur asyura. Macam kisah di atas, bubur asyura diriwayatkan dalam Nihayatuz Zain (kena baca ni), bermula ketika berlabuhnya bahtera Nabi Nuh.
Kalau di rumah, bubur asyura bukan sahaja dimasak ketika 10 Muharram. Bila-bila rasa tekak mahu menikmati bubur yang enak, bubur asyura akan menjadi hidangan (terutamanya ketika Ramadan). Tambah jagung dan daging, rasanya pasti kick!
Apa pun, niatlah menjamu keluarga dan jiran-jiran dengan bubur asyura sebagai tanda mengeratkan hubungan silaturrahim dan bersedekah, menyucikan harta yang diberi. Memetik kata-kata sahabat blogger ini, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
p/s: Mohon maaf kepada semua. Rasa rendah diri kerana terlalu miskin akan ilmu T_T
Ampuni hamba-Mu ini ya Allah...
S.E.S.A.L.AN.K.U
[kejap, cuba untuk senyum ^_^]
No comments:
Post a Comment