Followers

30 November 2010

Salah Istilah


Assalamualaikum dan salam ceria semua.


Sebelum bercerita lebih lanjut, berikut merupakan tatacara penggunaan Kata Ganti Diri (KGD) Pertama , AKU dan KITA.

Aku: digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
Kita: digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Maknanya, apabila saya (Nuraini Munawar) bercakap dengan teman serumah, teman sekelas dan teman biasa, saya perlu menggunakan KGD 'aku' bagi memaknai diri saya seorang. Namun disebabkan kebiasaan sejak kecil, saya memilih untuk menggunakan KGD 'kita' bagi mewakili diri saya apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali. Ada sesetengah orang berpendapat, Johorean memang suka menggunakan KGD 'kita' walaupun sebenarnya penggunaan itu salah (sopan kononnya). Contoh:

Yang selalu saya gunakan         : Enie, kite tutup suis lampu sekarang, boleh?  (SALAH)
Yang sepatutnya saya gunakan : Enie, aku tutup suis lampu sekarang, boleh?  (BETUL)

Dalam konteks di atas, KGD 'kita' tidak boleh digunakan kerana saya ingin mewakili diri saya sendiri sahaja. Jika saya menggunakan KGD 'kita' juga, seolah-olah saya dan Enie bersama-sama memetik suis untuk mematikan lampu (cuba bayangkan). Faham kan?

>> Situasinya sekarang, oleh sebab saya menggelarkan diri sebagai 'kita' di rumah KHAR, maka sekarang semua orang di rumah 1-9-8 mula tersasul-sasul menggelarkan diri mereka sebagai 'kita' apabila bercakap dengan saya. Kejap saya-aku-kita. Nampak riak serba salah mereka apabila 'ter'guna KGD 'aku' apabila bercakap dengan saya. Ishk! Kesian mereka! Untuk teman serumah: Tak apa la kalau nak guna 'aku' pun, kita tak kisah!


Hm, begitulah kisahnya. Jadi, walaupun saya pantang apabila ada sesetengah orang yang menggunakan penggunaan istilah atau tatabahasa yang salah, saya tak boleh marah, sebab,


KITE PUN SALAH JUGEK!


p/s: jangan lupa tengok sidebar blog ini: SAYA, AKU, atau KITA. Semuanya insan yang sama. Tiada beza.
SENYUM SELALU! (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...