Followers

08 December 2011

Saya Pemalu. Anda?

Salam Jumaat, sahabat blogger semua. Saya doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Sedang bersedih? Oh, senyumlah sedikit! Tuhan sedang menjentik sikit saja bahagian hati anda. Tak salah bersedih, cuma jangan terlalu, nanti melarat jadi penyakit pula. Jadi, senyum lebar-lebar ya! Untung nasib, kuranglah sikit rasa sedih :)

Sebelum itu, mohon kiriman al-Fatihah buat ibu kepada sahabat saya (Nurul Shifa) yang kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allah menempatkan allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, insya-Allah, amiin. Kuatkan hati, Shifa sahabatku! Setiap yang hidup pasti menemui kematian dan masa kita akan sampai jua suatu hari nanti.

Baiklah. Hari ini saya nak cakap tentang malu. Semua orang punyai rasa malu. Sampai ada satu tahap, seorang sahabat saya pernah confess di depan rakan-rakan "AKU LELAKI PEMALU". Walaupun masih meragui tahap pemalu sahabat saya tu (kalau betul pemalu, kenapa tak malu pula nak cakap kat depan orang yg awak tu pemalu, poodah), tapi perlu juga diakui, dia pasti ada juga rasa malu itu!

Bagi saya, malu setiap orang itu boleh berlaku dalam dua perkara. Pertama, malu yang semula jadi. Sejak lahir lagi memang si polan dilahirkan dengan perasaan malu yg lebih daripada orang lain. Misalnya malu nak bercakap di depan orang, malu nak tenung mata orang, atau bila berjalan ramai-ramai, si polan akan berjalan di belakang sekali sebab malu.

Kedua ialah malu yang responsif. Maksud saya, malu yang hadir disebabkan telah terjadinya perkara-perkara tertentu. Contohnya, si polan tak sengaja pakai baju terbalik, tertumpahkan makanan dalam majlis, dan malu yg responsif ini juga boleh berlaku kalau seseorang itu telah melakukan kesalahan.

Bagi saya, tak salah menjadi orang pemalu. Cuma syaratnya, perlu MALU BERTEMPAT. Bukankan Islam sendiri menganjurkan kita meletakkan sesuatu pada tempatnya yg betul. Jadi, kalau nak malu tu, biarlah pada tempat dan situasi yang sesuai.

Tapi................. Tak dinafikan juga kadangkala saya juga malu tak bertempat. Contohnya, sewaktu di sekolah dulu, kalau nak jumpa rakan bukan sekelas, dan ada cikgu dalam kelas rakan tu, saya TAKKAN sekali-kali masuk dan minta kebenaran cikgu untuk jumpa dgn rakan tu. Entah kenapa, saya rasa semua budak dalam kelas tu akan tengok muka saya dan saya akan rasa kebas kat muka. Ohoooi... Malu! Walhal sekolah saya semua perempuan je, adoi pun... Jadi, saya akan tunggu sampai cikgu tu keluar, atau saya paksa rakan lain untuk minta kebenaran dgn cikgu tu. See, malu tak bertempat.

Saya juga seolah-olah mengharamkan diri saya untuk menyanyi, berlakon atau berpuisi di hadapan orang ramai. Bagi saya, mempersembahkan sesuatu yang memerlukan luahan perasaan itu memerlukan keberanian yg sangat tinggi. Oh, malang sekali saya tiada kapasiti untuk itu! Sebab itu, saya prefer untuk menyanyi dalam kumpulan saja seperti koir atau nasyid, mudah bukan? Sebab saya takkan jadi perhatian! See, malu tak bertempat lagi!

Walaupun sejak kecil, banyak kali saya menceburi bidang pengucapan awam, tapi malu untuk berdepan khalayak masih tak berjaya saya kawal dengan baik. Akibatnya, bila lecturer minta bercakap di depan kawan-kawan sekali pun, saya masih rasa menggeletar, muka kebas, dan seram sejuk. Akibatnya (lagi), walaupun banyak idea dalam fikiran, semuanya akan hilang begitu saja, ucapan dan pendapat pula menjadi pendek dan tidak bernas sama sekali. Ini sangat tidak bagus!

Setelah dianalisis dan dikira-kira, perangai buruk saya ini disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah dan rasa tidak yakin itu pula datang daripada satu perkara, iaitu KURANG ILMU! Andai padat ilmu di dada dan penuh idea di minda, pastinya rasa malu akan berkurang dan kalau malu sekali pun, MALU YANG BERTEMPAT.

Oh, baru-baru ini saya ada menyertai sayembara puisi tradisional: saya jadi berani (dan tak malu) sebab terpaksa. Dan berlakon drama pula, juga sebab terpaksa. Pernah suatu ketika, saya sangat berharap saya menjadi orang yang sporting untuk buat apa saja, sebab malu itu kadang-kadang menghalang saya menjadi outstanding.

Pernah abah nasihatkan kepada saya "kalau malu biarlah bertempat". Jadi selepas ini, saya akan pastikan, MALU SAYA BERTEMPAT. Bukankah malu itu pakaian diri?

p/s: Malu buat dosa :)

2 comments:

. said...

Innalillah.
Takziah.


Saya pun pemalu orangnya.

Nuraini Munawar said...

Encik Nizam memang pemalu, saya tahu tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...