Followers

05 August 2010

Pelajaran Paling Bernilai

        Menjelang tarikh ini (6 Ogos 2010), genap 2 bulan saya tidak pulang menjenguk kampung halaman. Oleh sebab kekangan waktu, dan cubaan melatih diri untuk tidak selalu homesick. Tambahan pula, pada waktu minggu kuliah begini, masa tidak mengizinkan saya untuk melunaskan rasa rindu ini. Ya lah, hari Sabtu saya perlu menghadiri kokurikulum silat. Kalau nak balik ke rumah pun, hari Ahad sahaja yang boleh sebab Isnin ada kuliah semula jam 9 pagi. Bagi saya, tak berbaloi balik ke rumah sehari saja (sebab rumah saya jauh), tak tahulah anda bagaimana. Kalau balik kampung dalam masa sehari, pasti homesick lebih menjadi-jadi sebab tak puas duduk di rumah, betul tak?

        Dulu bila kakak senior beri cadangan untuk memohon menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK), saya menolak dengan alasan takut tak boleh balik rumah. Hurm... hampeh. Akhirnya, JMK yang lebih banyak balik ke rumah berbanding saya. Reda saja lah, Saya yang memilih jalan ini, maka saya tidak boleh mengeluh, dan rela atas semua risiko.

Ini aktiviti saya sepanjang cuti semester yang lalu 
(selepas saya tamat semester 2):
20-24 Mei 2010          Pertandingan Debat Terbuka Arau (UiTM Arau)
28 Mei 2010              PETAH-Pesta Intelek dan Hujah-Debat 111 jam (PWTC)
29 Mei-6 Jun 2010      Di desa tercinta
8-11 Jun 2010           ARISE-Program BHKA (UPSI)
12-15 Jun 2010         Jubli Berlian SK Temoh (Temoh, Perak)
20 Jun-3 Julai 2010     Bengkel Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 2010/2011
4-8 Julai 2010            Minggu Suai Kenal Ambilan Julai 2010/2011

        Sepanjang menyertai semua aktiviti di atas ini, terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Suka untuk saya senaraikan pelajaran yang tak mungkin saya dapati dalam dewan kuliah:
- Kekukuhan ukhwah yang menjadi tunggak sesebuah organisasi.
- Kerjasama erat yang memungkinkan sebuah kejayaan.
- Kegembiraan bersama keluarga angkat yang tak mungkin dilupakan.
- Menjadi kakak yang merangsang semangat belajar adik-adik (sewaktu di Temoh).
- Belajar untuk sentiasa merendah diri, buat kerja di belakang (tidak expose kerja yang dibuat).
- Menerima arahan ketua dengan hati terbuka.
- Kerja sehabis baik.
- Yang paling penting, keyakinan diri mulai bertambah. Saya menyedari perubahan ini ketika pembentangan subjek Fonetik dan Fonologi tempohari.

        Ini cuma sebahagian perkara yang saya perolehi sepanjang cuti yang lalu, banyak lagi, yang tak mampu saya huraikan kesemuanya. Melihat ragam orang yang pelbagai, menyedarkan betapa saya perlu bersyukur, kerana dikurniakan nilai-nilai yang telah sedia ada dalam diri. Sebab apa? Memang lumrah dan hasil didikan di rumah. Masya-Allah, moga tidak banyak amarah dalam diri saya. Saya takut hati jadi hitam dan kotor. Kufur dengan nikmat, nauzubillahi min zalik.

       Memandangkan 1 Ramadan ditakdirkan pada hari Rabu, tiada ruang dan peluang untuk balik, maka saya berniat untuk mengqada'kan saja tarikh pulang ke kampung kepada 3 September 2010 (Jumaat). Alhamdulillah, sempat juga saya beli tiket sebelum tiket tersebut habis keesokan harinya.

        Hmm.. Layan duduk di kolej lama-lama macam ni, membuatkan saya rasa bersyukur sebab pelajar Sabah & Sarawak pasti merasa lebih hebatnya rindu berbanding saya. Maha Suci Allah, titipkan rindu dan al-fatihah buat keluargaku di kampung. Semoga sejahtera mereka di bawah lindungan rahmat-Mu Ya Rabbi.

p/s: Buat sahabat tersayang, ingatkan dan tegurlah saya jika anda lihat saya mulai leka dan alpa. Moga saya lidak hanyut dibuai keasyikan tika melayari mayapada ini, insya-Allah!

2 comments:

::Cikgu Akim:: said...

lama tak jenguk blog nora...sabar ya..nanti kat rumah gunakan masa sebaik mungkin bersama ibu bapa n adik2 tu...

Cahaya Mataku said...

xpe, cikgu akim kita ni kan sibuk sokmo :)
apatah lagi bila tgh bahagia dgn si dia yg tersayang ni kan :)
InsyaAllah! Moga kerinduan ini memungkinkan kita untuk menghadiahkan sebuah kejayaan buat meraka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...