Followers

22 December 2011

Ikhlas Buat 'I'

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta kepada Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Aminah Qutb

2 comments:

TINI said...

Nur syg... pastinya ada CINTA untuk kamu... Luv U... Ceria Selalu!!!!

Nuraini Munawar said...

Terima kasih Puan Tini, sudi singgah dan menceriakan hariku :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...