Followers

11 January 2011

Ujian

Assalamualaikum dan salam ceria semua!
Dua minggu terasa lama, seperti sudah dua bulan dijalani. Banyak sungguh perkara yang dilalui sepanjang dua minggu ini. Pastinya rasa gembira itu ada, bila dikelilingi sahabat yang tak pernah berhenti menasihati, bila melihat semangat dan wajah ceria sahabat-sahabat yang dicintai. Oh bahagia.
Sedih, juga ada. Bila kita tersedar, segala yang kita punyai rupanya cuma sementara, harta dunia. Bila ada insan yang cuba menoktah perjuangan. Bila ada insan yang cuba meragut kebebasan. Ah, kesal!

UJIAN ini, Allah turunkan buat kami (aku dan sahabat-sahabat yang kucintai) untuk menguji kesatupaduan dan kekuatan hati kami. Semoga ujian ini bukan penghalang untuk kami terus merasai bahagianya berada dalam dunia ini. Biarpun ada MEREKA yang cuba meragut kebebasan kami. Kami akan terus kuat, bertahan, dan terus bertahan!

Yakinlah, Allah bersama kita! Hayya ilal Jihad, fi sabilillah, ya Allah.

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut; 2)



p/s: aku masih setia... (Saya tidak takut)

1 comment:

~LaDaYaNa~ said...

yupp...moga terus kuat, bertahan dan bertahan..AMIN..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...