Followers

10 December 2009

Hari Ketiga-Kelima: PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA 2009 universiti malaya

Kita berdebat demi integriti, bukan dengan iri hati.

Kita berdebat demi semangat nasional, bukan berdebat dengan emosional.

Kita berdebat dengan setia kawan, demi mencari kebaikan bersama.

motip kn intro ni???

Hari ketiga (5/12/2009)aku mulakan dengan semangat baru, moga Allah membantu kami.

Pada awalnya aku tidak bersemangat hari ini sebab di kampung, mak usu sedang melangsungkan perkahwinannya… [kita minta maaf maksu, ini mmg x dpt dielakkan! Apa pun, kita doakan maksu & uncle fahmi diberikan kemudahan dalam membina keluarga yang sakinah, mahabbah, mawaddah, dan rahmah! amiin]. Baiklah, tinggalkan aku dgn kegundahan.

Persidangan keempat dengan umt utama 2, usul>> keselamatan laluan perdagangan: kita tidak bersatu. Alhamdulillah Allah permudahkan permulaan hari kami!

Persidangan kelima dengan unimas utama 1, usul>> bioteknologi menjana ekonomi negara. Hm, siapa kata kita x boleh kan?

Persidangan terakhir, dengan ump muda 1, usul>>bank bayi perlu diwujudkan. Harapan aku agar perdebatan terakhir dalam royal ini berlangsung secara ilmiah tidak kesampaian. Pengetahuan aku tentang usul ini ZERO! Ingatkan ‘sperm bank’ ke apa, rupa2nya tempat bayi2 terbuang yang kemudiannya dijadikan anak angkat. Syukurlah usul DITOLAK! Alhamdulillah hari ini mmg rezeki kita kan?

Malamnya, kami ke Dewan Tuanku Canselor… makan2, main2 dan balik!

Hm, hari kempat (6/12/2009) kami menyaksikan pasukan2 yang layak ke suku akhir sahaja. Final kategori muda, usim mengalahkan utp. Usul>> krisis pemanasan global: dunia sudah terlambat. Tahniah usim muda 1!

Malamnya, MEREKA ke midvalley (kita tinggalkan mereka dengan cerita2 menarik) kecuali aku, kak aini, biha, madi , abg kamaruddin dan abg johan.

Hari terakhir (7/12/2009), menyaksikan persidangan final kategori tua (maksudnya kategori utama) antara uthm dgn ukm. Usul>> pembinaan negara bangsa lebih penting. ukm menang (dah rezeki diaorang, nak buat macam mana kan)…

Malamnya, balik ke tanjung malim tercinta (cinta kah aku akan dia?)…

Gambar lagi………….

thanks atiqa! runner superb kami~jasamu dikenang!
saya sayang kamu semua! SELAMAT TINGGAL UM................ lagi entri tentang DEBAT ROYAL! ain fathihah, abg suhaimi, abg fawiz, abg fawiz (entri sungai samak), kak nad, kak aini, amir...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...