Followers

02 January 2010

Tidak Ada Azam Tahun Baru

LAZIMNYA, semua orang mesti berazam untuk mencapai sesuatu apabila tibanya tahun baru. Antara azam tahun baru yang selalu org nk capai:

1. Nak belajar sungguh2.

2. Nak balas pengorbanan mak dan ayah.

3. Nak kumpul duit beli sesuatu yg diidamkan sebelum berakhirnya tahun berkenaan (kereta, rumah, barang mahal).

4. Nak menggiatkan amal ibadah.

5. Nak tambah kualiti diri (soft skills).

6. Nak kurus & kurangkan berat badan.

Hm... Masalah aku setiap kali tibanya tahun baru ialah, aku tidak tahu apa yang perlu diazamkan. Setiap tahun asyik azam yg sama je! Bukannya sama sebab tak tercapai (ada orang yg azam tahun barunya sama sebab azam tahun lepas tak pass lg), tapi azam aku ialah untuk menjadi orang yang lebih baik. Aku tidak tahu cara untuk mengukur tahap sama ada aku ini sudah menjadi lebih baik atau tidak. Oleh itu, aku tidak tahu, adakah azam aku ini sudah berjaya? Melalui pembacaan anda setakat ini, adakah sy@aku ini dikategorikan sebagai orang yg bermasalah?

Hmm, dengan harapan agar dilema ini dapat dirungkaikan, aku pergi ke ceramah 3M: Minggu Mesra Mahasiswa (bukan dengan harapan utk dpt sticker ya!), tajuknya AZAM TAHUN BARUKU.

AKU bawa tangan dan pena untuk mencatat. Bawa telinga untuk mendengar. Bawa mata untuk melihat. Malangnya, input drpd Ustaz Fauzi masih belum dapat menyelesaikan kekusutan ini. Mungkin sebab aku gagal mencerap dengan baik agaknya (aku dah usaha untuk mencari resolusi permasalahan ini, namun ceramah ini mungkin bukan platformnya). Antara isu yg dibawakan ustaz: hijrah nabi Muhammad, kisah Imam Syafie, kehebatan tamadun China, kisah remaja zaman sekarang, dll. Seperkara yg aku ingat tentang pesanan ustaz: rajin2lah tunaikan solat dhuha, baca surah al-mulq dan bersolat witirlah sebelum tidur.

Setelah mata terkebil-kebil, otak berpusing-pusing merungkai dilema ini. Aku membuat satu keputusan, muktamad. AKU TIDAK AKAN PUNYA AZAM TAHUN BARU LAGI. Tidak kiralah sama ada tahun baru sudah mula atau tahun hampir berakhir, aku hanya mahu menjadi orang yang lebih baik, itu sahaja. Setiap perkara yg baik harusnya aku cedok untuk aku timbangkan dan praktikkan. Tidak perlu tunggu tahun baru, baru nak fikirkan azam. Ok, lepas ini tak perlu tanya aku tentang azam tahun baruku. Titik.

P/S: Kalau nak kahwin dalam tahun yg berkenaan, itu perlu dikira sebagai azam tahun baru juga kah? Kelakar pulak.

2 comments:

ninim said...

kakak
berazamlah untuk mengangkat nama Universiti, bangsa Jawa dan akademik

Nuraini Munawar said...

wah!!!
insyaAllah...
Demi UPSI yg kucintai...
:")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...