Followers

02 February 2010

La Haula Wa La Quwwata Illa Billah

Iblis itu dicipta dari kalangan jin. Sesungguhnya ia telah memohon kepada Allah agar ditangguhkan pembalasan di akhirat akibat tidak mahu tunduk kepada Adam. Dan ia telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam hingga hari kiamat.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan keturunan kita dari iblis, syaitan dan jin. 

Bismillahillazi la yadurru ma'as mihi syaiun fil ardhi, wa la fi sama'i, wahua sami'ul alim...


"Dan aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku... "

Allah... Allah... Allah...

P/S: Lagi berkenaan syaitan dan jin.

2 comments:

ninim said...

secara halusnya jika difikirkan sebenarnya manusia seringkali menggunakan jin untuk memusnahkan sesama saudara

malah banyak jua syaitan bertopengkan manusia


rangkumannya manusia telah memudahkan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia2 yang lain

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...