PENERIMAAN TANPA SYARAT
Dalam sebuah hubungan percintaan (maksudnya perkahwinan), seseorang haruslah menerima pasangannya seadanya. Jangan pernah membandingkan kekayaan, kepandaian, dan kesempurnaannya dengan orang lain. Kalaulah begitu, kita takkan pernah puas dengan pasangan yg kita miliki. Kekayaan atau kecantikan fizikal itu BUKAN UKURAN CINTA yg sebenar. Penerimaan tanpa syarat menunjukkan betapa kita mencintai seseorang dgn tulus. Kalaulah setiap org yg bercinta ada nilai penerimaan tanpa syarat dalam diri, maka insya-Allah bahagialah kehidupan semua pasangan di muka bumi ini.
CINTA MEMBUTAKAN MATA
Memanglah kita perlu menerima pasangan kita seadanya. Tapi jgn lupa bahawa kita memilih pasangan untuk hidup bersama sehingga hari tua. Nilai berkompromi, bertolak ansur, dan bersabar akan wujud apabila ada ketidakserasian dan kelemahan antara seseorang dengan pasangannya. Namun apabila sampai ke jinjang pelamin, kompromi hilang, sabar pun tiada. Berhati-hatilah, kerana cinta selalu membutakan mata.
Jelas perbezaan antara kedua-duanya. Penerimaan tanpa syarat wujud lantaran keikhlasan cinta dan keinginan untuk memiliki demi mendapatkan keredaan Allah, dan mengharapkan bahagia dalam sesebuah perhubungan. Cinta yang membutakan mata pula wujud akibat keterpaksaan disebabkan terlanjur mencintai dan tidak berusaha untuk menghindari.
Maka kita perlu REALISTIK DENGAN HIDUP, bukan HIDUP DALAM BAHAGIA BAYANG-BAYANG.
Saya, bukan doktor cinta. Cuma mahu cinta seperti cinta Anna Althafunnisa :')
p/s: Oh Tuhan, akukah yang bersalah? Akukah punca masalah?
Bimbing daku di jalan-Mu, Ya Rabbi.
i ♥ and need to be alone.
Saya bukan hipokrit, saya benci hipokrit.
i ♥ and need to be alone.
Saya bukan hipokrit, saya benci hipokrit.
2 comments:
jelas perbezaannya
buzzy~
konsep asas bagi kaunselor~
belajar untuk sentiasa menerima klien
penerimaan tanpa syarat~
berusaha ke arah itu
insyaALLAH
Post a Comment