Menangis dalam sepi
Memandang langit
Meratap pada dunia
Diri kecil merasa hiba
Tafsiran mereka rupanya berbeda
Luar nampak macam sama
Ulit dalam tak serupa
Dunia maafkan aku
Andai ini salah diriku
Kononnya mahu menjadi bidadari
Berwatak putih berbudi pekerti
Rupanya salahku begini
Khilaf orang dicanang
Khilaf sendiri tak mahu dikenang
Rupanya salahku begini
Mahu mengajar orang sekeliling
Tak sedar rupanya orang menjeling
Rupanya salahku begini
Meminta orang mengingat Tuhan
Hati sendiri kotor bercendawan
Dunia maafkan aku
Biarlah begini akhirnya
Mengalah pada mereka
Norma yang beralah itu salah
Bukan lagi pegangan kita
Dunia kini aku tekad
Biarlah kemaafan yang kuhulur dahulu
Istimewa buat mereka
Moga dalam kalbu
Punya secebis rasa manusia
Menilai dengan mata hati
Ikhlas dalam kemaafan
Yang diberi
p/s: Bukan persis anjing menyalak bukit. Tiada berguna.
3 comments:
memohon kemaafan adalah terbaik biarpun lagi terang n bersuluh bkn salah kita..biarlah kita mengalah demi persahabatan yg indah...mengalah xpernah bererti kita salah...mengalah menunjukkan kita insan istimewa yg pnya hati yg luhur....
Betul Kak Nad.. Terima Kasih..... =)
Bagi sy, dlm sesetengah keadaan, berdebat itu lebih mudah daripada meminta maaf... =)
lawa betol la akak nora ni. hehe :)
nak sainnnnnnnnn!
Post a Comment