Followers

26 August 2010

Pakcik Tayar Pancit



          Satu hari, saya ternampak iklan yang menawarkan perkhidmatan membaiki tayar pancit. Tanpa segan silu, saya menyimpan nombor tersebut di dalam telefon bimbit, biarpun saya dan semua orang tahu, saya tidak punya motokar di universiti. Kaki pemberian Tuhan dan bas UPSI menjadi wahana pergerakan saya sepanjang pengajian di universiti. Terima Kasih buat kawan2 yang sudi menumpangkan motor dan kereta utk saya! :")

          Biarpun begitu, berkat menyimpan nombor telefon Pakcik Tayar Pancit (yang sebenarnya merupakan pelajar semester 7 Pengajian Malaysia), saya telah membantu dua orang sahabat yang kebuntuan apabila tayar motor mereka kepancitan dan kebocoran. Pertama ialah Fatihah dan kedua ialah Shahiha atau Seha atau nama sebenarnya Shaiha Sulaiman. Bayangkan tayar motor pancit di tengah jalan raya yang kanan kirinya hutan, jam 12 tengah malam pulak tu! Pak Polisi yang sedang meronda pula bertindak bijak, dengan cuma bertanya itu ini. Saya terfikir, dengan setakat bertanya itu ini, tayar motor tu boleh baik macam asal kah incik? Aduhai Pak Polisi, cubalah ikhtiarkan sesuatu! Mujur nombor yang saya simpan ni dpt membantu!

Saya bukan ALONG, saya cuma nak TOLONG.

Teringat kata2 Pakcik @ Abang Tayar Pancit tempohari, "saya ni dah tak kisah pasal aktiviti2 universiti. Yang saya fikir sekarang ni, cari duit untuk sara hidup masa depan. Sebab tu saya duduk di luar, boleh buat kerja macam-macam. Baiki tayar motor, baiki kereta, baiki komputer, blablabla." Kagumnya dgn mamat nih. Bravo. Jadi , oleh sebab saya rasa kagum kepada Pakcik @ Abang Tayar pancit, saya iklankan no. telefon beliau, bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya. No commision. Moga murah rezeki beliau nanti.
012-9544142

p/s: Abang yang baiki tayar tu tak marah walaupun kami panggil beliau pakcik. Kalau anda simpan nombor beliau dengan nama Tayar Pancit macam yang saya buat, beliau takkan marah pun :")

1 comment:

japierah said...

hahaha..sy nk no pk cik perut buncit bleyh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...