Followers

14 August 2010

Saya dan Jerawat Comel

          Tanda tibanya zaman remaja seseorang selain kehadiran haid (bagi si gadis) dan ihtilam (bagi si jejaka) ialah wujudnya bintik-bintik di muka yang kita panggil sebagai jerawat atau pimple. Maknanya, bila seseorang yang masih dalam lingkungan remaja (13-21 tahun) ditumbuhi jerawat, keadaan ini ialah satu perkara yang biasa. Oleh sebab jerawat merupakan perkara yang normal bagi remaja, maka remaja tidak perlu berasa malu atau rendah diri bila ada jerawat di muka. Bukannya jerawat tu mengeluarkan bau busuk pun kan.


Namun, kehadiran jerawat itu akan membuatkan anda rimas dan risau bila (Sila take note):
1) Kawan lelaki anda tersenyum kambing sambil memegang pipinya, sebagai simbol mengejek jerawat di pipi anda.
2) Kawan anda (juga seorang lelaki) menegur, "Eh, semalam ada satu, kenapa sekarang ada dua?". Membuktikan jerawat itu kian membuat rumah di pipi anda.
3) Cikgu silat anda memanggil anda dengan nama Umairah (walhal anda bukan Umairah) gara-gara merahnya jerawat di pipi anda itu.
4) Sahabat-sahabat anda mula mengenakan anda di dalam facebook, dan membuat hipotesis awal berkaitan kewujudan jerawat itu (Kuat berangan, miang, dah nak sampai jodoh, etc).
5) Tiba-tiba, kawan anda membuat entri di dalam blog berkaitan anda dan jerawat anda...! Oh apakah? Kawan blog yang kukenali sejak tingkatan 6, ko takde keje lain ke, selain tulis pasai jerawat aku ni, hah?! Huh...!


          Apa pun, jika anda menghadapi sindrom tertekan akibat jerawat, jangan bersedih. Pujuklah diri anda dengan berkata, "Oh saya masih remaja, sebab itu saya mempunyai jerawat."


Nasihat: Jangan sesekali memicit jerawat itu dengan tangan (terutamanya tangan yang kotor). Kemungkinan bakteria yang ada di tangan anda akan membiakkan lagi jerawat itu. Jadi, biarkan sahaja. Dah bosan nanti, nyahlah jerawat itu dari muka anda. Lagipun, kan cantik ada aksesori tambahan tu.
Saya boleh lakukan. Anda, bagaimana?


YAKINLAH JERAWAT ITU MENJADIKAN ANDA SEMAKIN MENAWAN!
Jom berfikiran positif
Sila fokus pada Kuih Melaka itu ya, bukan pada jehrahwhat ituh


p/s: Nak pergi kedai, beli OXY10. Bubbye!


*Ihtilam: Tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki-mimpi-...

7 comments:

duta_illuzm said...

maaf...tetap terfokus pada jehrahwhat itu...kuih melaka kurang menyerlah...hihi...

buzzy said...

setuju dgn komen diatas..hehe

andai jalan bersebelahan,agak2 sape yg dipanggil kakak dan sape dipanggil abang?.teka teki ni..hihihi

Cahaya Mataku said...

abg taro: jerawat itu nampak menyerlah krn beliau singgah di pipi saya, wink~ Landing baik punya...

abg zaini: saya kakak, awak adik. bukan sebab jerawat, tapi sebab keting***n =)

buzzy said...

ye ke ketinggian.nnt ukur balik ye..hehe

jgn smp org tu dipanggil makcik sudah..lalalala

An-Nur Farhah Amanina said...

haha~ aduh, nora!
sengal-sengal otot pipi aku sebab terlebih gelak.
hahahaha (tak habis gelak lagi nih).
Hehe~ tak boleh blah betul dengan ayat yang Azli gunakan.
Jerawat menunjukkan kematangan atau jerawat tanda kuat berangan? hik3~
Jerawat miang + carijodoh.net.
= memang sesuaiii~ :)

Cahaya Mataku said...

Abg Zaini: Entah kenapa lately ni sy rasa ketinggian diri makin bertambah =) (ketinggian fizikal).

Nina: Tarik nafasss, lepass. Tarik nafas, lepassss...
Ni tandanya matang (harap2 mental juga matang).
=)

HaZiMaH H.M.J said...

huhuhu..bce sal jerawat comel...last2 tumbuh pulak dh aih....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...