Followers

23 September 2010

Entri 100: Tak special pun

Jumaat 15 Syawal 2010

Entri saya yang ke 100 tidak istimewa seperti orang lain.

Dengan rasa rendah hati, saya mohon ampun dan maaf kepada semua sahabat yang pernah bekerjasama dgn saya dalam apa-apa jua kerja, sama ada tugasan hakiki kuliah mahupun bukan. Maaf jika kerja2 yang saya lakukan tidak memuaskan hati dan menepati kehendak anda. Juga maaf kerana kadangkala agak emosi bila melakukan tugas yang sama berulang kali akibat kesilapan sesetengah pihak di mana-mana. Sesungguhnya saya menyedari anda tidak boleh menjadi sempurna, sama juga seperti saya yang serba kekurangan. Lantaran itu, saya maafkan semua dan saya doakan agar semua perkara yang berlaku hujung minggu ini berjalan dengan baik dan lancar.

Semoga berjaya kepada sahabat2 sem 3 yang akan menjayakan Malam Interaksi pada 25 Sept ini. Buat sehabis baik. Kepada yang terlibat sebagai 'orang besar', jgn lupa bahawa tugas yang diberikan kepada anda itu hukumnya fardu ain. Janganlah membebankan kawan anda dengan tugas anda, lebih2 lagi jika anda seorang lelaki, jgn bebankannya kepada perempuan. Bukan tak boleh minta tolong, tapi berpada-padalah.

Itu lah sahaja, dengan rasa diri yg sangat kerdil ini, maaf sekali lagi. Saya tidak sempurna, saya cuma cuba melakukan yang terbaik. Gadis Biasa Tak Punya Apa-apa.

p/s: Doakan agar perkhemahan Bengkel Fasilitator Muda siri III di Sg. Syiling berjalan lancar dan selamat. Sekejap lagi kami akan bertolak.

Pesanan untuk Sayang saya: Doakan kami baik-baik saja. Awak jaga diri elok-elok, jangan nakal-nakal tau. May Allah watch over you. Buat yang terbaik mlm ini, semoga berjaya. Gonna miss u ^__^

2 comments:

F.Aminurrashidd said...

saye pun x tau sape lelaki tu. tp kalo anda raser emo sebab terpaksa buat kerja berulang kali semase kite bekerjasame, saye mintak maaf juge yep. keadaan di luar kawalan saye sekarang yep. saye tak tahu nak kate ape lagik yep. itu jep.

ninim said...

~ Adik ~

Semoga aawak dan awak awak gumbira selalu~

thanks sebab selalu tulun saya, teman saya dan selalu bersosah payah sebab saya!sobs...

drama : walaupun kita miskin~ tapi kita kena sabar ( thanks pengelaman yang best kat sg.chiling ~)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...