Followers

20 November 2010

Az-Zikr

"Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
    Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran."

>> Penat mengulangkaji? Berhenti sebentar dan marilah berzikir.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
p/s: [20 November] Hari ini hari lahir adik kesayangan saya, Muhammad Nurzikri. 
Dialah zikirku, ingatanku.

3 comments:

Amir Batrisya~ said...

subhanallah!!

hanya dengan mengingati ALLAH,
hati akan menjadi tenang~

Nuraini Munawar said...

ala bizikrillahi taqmainnul qulub.

cayok2 amir!

Cikgu Akim said...

jom kita berzikir~

pss;selamat hari lahir kepada Nurzikri..nama adik loqman pon Zikri..Mohd zikri Hakim..(^_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...