Followers

19 November 2010

Bosan.Belum.Parah

12 Zulhijjah, terasa agak bosan.
Tiada sesiapa lagi di rumah, semua teman serumah belum habis beraya di kampung. Jadi, malam ini bersendirian lagi. Atau mungkin bermalam di rumah teman, di kamar sesiapa yang sudi menumpangkan saya, hihi.


Waktu pagi hari Jumaat, seperti orang lain juga, merebut pahala sunat. Kemudian membelek buku dan membuat sedikit nota, sambil mendengar radio.


Tiba waktu petang, Buku masih di hadapan, tapi fikiran sudah di awangan. Ah, mengelamun lagi!
.
.
.
.
Terpandang kamera, dan... aha! snap-snap gambar sekejap. Lagipun, dah masuk waktu Asar ni. Tak elok sangat membaca. Waktu-waktu begini pun, hafiz dan hafizah berhenti menghafaz, beri laluan kepada waktu riadah.
Lihat di luar... Langit sedang menangis.
Allahumma sayyiban nafi'an, amiin insya-Allah...
Hujan membawa rahmat sekelian umat.
[pemandangan dari balkoni 1-9-8 Kolej Harun Aminurrashid-
di sini selalu dapat lihat pelangi indah, subhanallah...]

Masuk dalam pulak. Tengok tu, dengar lagu Maher Zain sajorh. "I praised Allah for sending you my love... uh..."
Sorry meja bersepah!

Kita sambung ulangkaji lepas Maghrib ya!
Insya-Allah beroleh kefahaman!

Tata, Assalamualaikum!

motif: B.O.S.A.N, tapi belum parah.

p/s: Malam ni Kak Aini, Abg Fawiz & Dayah tiba di Tg.Malim. Huuu seronoknya!

5 comments:

Anonymous said...

kite dah sampai :)

Nuraini Munawar said...

Alhamdulillah... nanti kita jumpa yep!

F.Aminurrashidd said...

touching! hahaha

P/s: kerusi bilik anda tu beli sendiri kah? awat lain ngan kitorang punya? lalala

Nuraini Munawar said...

Disaster! hahaha

Yup, semua orang kat blok 1 beli kerusi sama macam tu, hehe.

. said...

dah sampai jua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...