Assalamualaikum. Doa saya agar semua sahabat berada dalam rahmat dan lindungan Allah, juga ceria-ceria selalu.
Setiap kali melayari internet, pasti kita semua akan menggunakan enjin carian seperti Yahoo, Bing, AOL, Ask, Google, dan sebagainya. Enjin-enjin carian tersebut akan menyenaraikan seberapa banyak result daripada keyword yang telah kita taip. Teknologi yang dihidangkan benar-benar memberi kemudahan dan kesenangan kepada kita! Syaratnya, kita memanfaatkannya sebaik mungkin dan elakkan diri daripada melakukan penyalahgunaan teknologi!
Anda semua harus ketahui, teknologi yang dicipta untuk memudahkan manusia sebenarnya telah membenihkan kebimbangan yang serius kepada saya. Kenapa? Lihat ni!
Tempohari, saya cuba menggunakan Google untuk melakukan carian terhadap keyword Fonem Suprasegmental (untuk exam Fonetik). Di sebelah kiri (yang berhigh light hijau), itu ialah result yang keluar, terima kasih Google. Malangnya, lihatlah result yang turut tertera di sebelah kanan (high light merah). Antara iklan tambahan yang ada:
:: Cara menggugurkan kandungan ... (bla bla bla)
:: Cara melihat password facebook orang lain
What the ...?!
Bukan setakat itu, pernah juga saya terbuka laman internet yang menawarkan khidmat seks (soo stupid!), juga mendapat kiriman e-mel daripada kawan-kawan yang menawarkan penjualan kondom, ubat-ubatan yang pelik dan sebagainya. Kalau nak buka You Tube ada bahayanya, bimbang-bimbang terbuka video 18SX. Choinyaa! Sekarang ni, buka facebook pun kena tengok kanan kiri, bimbang tiba-tiba terkeluar gambar perempuan yang mengghairahkan! (malu nak taip perkataan tu, huh)
Mujurlah 'kesucian' saya masih terpelihara dan tidak terbuka nafsu untuk meng'exlpore' perkara-perkara sedemikian (jauhkanlah). Tapi bagaimana dengan insan-insan lain? Adik-adik yang baru nak mengenal teknologi pula? Ah, saya memang cukup-cukup risau, kalau-kalau kita jadi HAMBA TEKNOLOGI. Sedangkan sepatutnya, teknologi menjadi hamba manusia!
Duduk-duduk di depan laptop begini pun, boleh membuatkan kita mendapat dosa besar! Aduh, dunia semakin lama semakin sukar! Jaga diri tau kawan-kawan semua :')
p/s: Bukan saja-saja berlagak suci, tapi dalam dunia hari ini kita perlu berhati-hati. Sifat terbuka ada batasnya. Nak pegang tangan saya? Silakan! dan anda akan makan penumbuk sulung saya. Mahu?
JOM, MUHASABAH CINTA DIRI
SENYUM SELALU! (^_^)
5 comments:
salam..
teknologi memang baik..cuma kita yang merosakkannya...
kolorasi teknologi dengan pegang tangan? tiba-tiba jah. ahaha~
FB: simbol sosialisasi akibat harmness of technology. (takde soalan lain nk tanye ek? adoyai)
guna firefox.
pasang plugin adblock.
tak nampak satu iklan pun.
pakaijew paerental control.. laman any 18sx punyer laman web trus block..huhuhuhu
Post a Comment