team debat edisi keamanan 2011~ |
Seronoknya dengan debat kali ini ialah bilangan kecil pendebatnya. Memanglah nampak kurang meriah seperti Debat Diraja atau debat parlimen yang lain, tapi bilangan yang kecil ini memungkinkan saya untuk berkomunikasi (dalam erti kata mesra) dengan pendebat universiti lain. Edisi debat kali ini, pertama kali saya berbual (biarpun sekejap) dgn Kak Zam, Kak Aleeya UiTM, Irham USIM, Afifah UNISZA, Qamar UMP dan lain-lain. Saya tak pandai nak tegur orang, selalu sangat mengharap agar orang lain yang memulakan perhubungan. Nah, bila dah kenal, mula lah banyak mulut. Yup, thats the real me, sila kesali.
Perkara kedua ialah, sepanjang berada di sini telah 3 kali kami berkunjung ke kedai sate. Nah, ambik kau. Selalunya saya dan teman-teman hanya dapat menikmati Sate Kajang Haji Samuri di Restoran Jejantas Sg. Buluh saja, disebabkan kekerapan ke Kajang yang terlalu rendah. Kali ni berpeluang ke HQ. Malangnya rasa sate di sana tak lah sedap sangat pun, mungkin di Sg. Buluh lebih sedap rasanya (bagi saya, sate Tanjung Malim juga yg paling sedap).
satu di HQ, satu di branch~ |
Unisza, Upsi & Usim~ Sate Kajang |
Akhir kalam, sangat seronok berada dalam komuniti debat ini. Pertarungan hanyalah dalam gelanggang persidangan, bukan di luar. Terima kasih buat semua, tahniah juga buat UPNM yang gigih melaksanakan debat presiden yang pertama tahun ini.
Upsi vs Upnm: saringan akhir |
saya dan afifah adilah yg comel~ |
p/s: bimbang kenaikan berat badan? not yet.
** terima kasih Amirul Ridzuan dan Noraini Ahmad. Muahh, sayang kamu berdua.
3 comments:
sedapnya sate.
cuba utk menegur di lain masa..
thanks afzal:)
Post a Comment