Followers

13 January 2011

Sekolah Tinggi

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Hari jumaat yang menenangkan, fikiran saya tertancap pada kenangan di Sekolah Tinggi dulu. Ya, Sekolah Tinggi Batu Pahat @ High School. Sekolah budak lelaki jahat yang cuma ada beberapa wajah comel gadis sebagai penuntutnya. HS yang usianya kini 81 tahun (sejak zaman Jepun) meninggalkan pelbagai kenangan kepada saya. Jika sebelum bersekolah di HS, saya banyak menghabiskan masa dengan gadis-gadis dalam team nasyid di STA (sekolah gadis comel), debat, KRS dan lain-lain; di HS saya turut melakukan hal yang sama. Cumanya di sini saya lebih banyak mengerti akan perilaku dan sikap sahabat-sahabat yang kebanyakannya lelaki. Sangat janggal pada awalnya berada dalam lingkungan pelajar lelaki. Setelah beberapa purnama, barulah saya dapat menerima kondisi berada dalam kalangan mereka. Saya sedar saya perlu mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. Perlu bercakap, belajar dan berurusan dengan insan yang namanya lelaki.

Keluarga Nasyid Al-Ikhwan>> Atas kapasiti saya sebagai ex-almunawwarah, mereka dengan penuh keterujaan mengambil setiap ilmu yang saya kongsikan. Saya guna ilmu yang tidak seberapa, menghasilkan lagu dan lirik untuk disesuaikan dgn kepakaran berbeza yang ada pada mereka. Rasa gembira bila mereka perform dengan baik di Festival Nasyid. Akhirnya merasa juga mereka untuk mengambil hadiah di pentas! Terima kasih kalian! Rasa puas ini bukan hanya hadir ketika kalian berada di pentas. Menghabiskan masa setiap petang dan hujung minggu bersama kalian juga sudah cukup menggembirakan. Korang memang terbaik!
Kak Long merinduimu!
Sharul Izwan (Parut), Tap, Faiq, Beyla, Bang Long (Hazim), Yasin, Shafiq Kosmin,  Syafiq,  Ucu (Hanif Fahmi), Ude (Faizal Ismail)

* Pic edit: Beyla
Al-Ikhwan, team nasyid di HS
Exco Pengawas>>mengajar saya bahawa peraturan dicipta untuk memudahkan, bukan menyusahkan (saya hanya akan melanggar peraturan jika ianya memberi kebaikan kepada saya dan tidak menyusahkan orang lain).

Lembaga Pengawas

Debat>> Dua tahun bersama kalian. Gembira menghabiskan masa dengan kalian yang gila-gila! Hafiz, Beyla, Wan; Dalam kekalutan kita mampu bergelar juara! Semuanya rezeki Allah, kan?
Pendebat HS

     
Teman sekelas-Zurin Fatin
Tidak lokek mengajar ilmu dan pelajaran yang saya ketinggalan setiap kali ponteng tidak hadir ke kelas. Mereka teman untuk  bersaing, sahabat untuk menemani hari-hari suka dan duka (Juga kawan ketika meronggeng ^^)

Inilah saya! Budak HS yang comel ^^

Saya pasti akan menjejakkan semula kaki di bekas kubu penjajah ini. Rindu yang teramat sangat! Mana tahu, suatu hari nanti saya akan menjadi guru di HS, kan? Cikgu Nora. wow!

High School, nantikan kedatanganku.

p/s: teringat dulu, kantoi bawa handphone ke sekolah. ehe.

4 comments:

fieza said...

nora..aku ingat lagi kantoi henset tuh..hahaha.
kantoi ngan budak hazwan tu kan?
jaki dulu mula2 ngn die kan sbb kantoikan enset tu..hahaha.
dan akhirnya bersahabat juga kamu berdua..kekeke.

F.Aminurrashidd said...

ehem, sila bernasyid jap XD

Faizal Ismail said...

wahh , kak nora...
bile nak rec lagu terbit mentari ni..
:)
rindu al-ikhwan

Nuraini Munawar said...

Fieza: lawak betul zaman jahiliah tu kan! tak sangka aku boleh kamceng dgn budak hazwan tu. ekeke (hazwan jgn marah weh)

F.Aminurrashid: sepohon kayu daunnya rimbun. lalala~

melakarpelangi: tak tahu lah faizal, masa belum mengizinkan. faizal jelah rec dgn bangzim, nanti bg kat akak ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...