Hujung minggu yang dinanti, akhirnya kunjung tiba (walau tak tahu apa motifnya menunggu hari minggu ini). Kerja masih banyak, impian juga masih belum terlaksana. Mungkin hari pertama dalam minggu kuliah ke-7 ini dinanti kerana persepsi yang telah terbina, bahawa hari Ahad ialah hari untuk bersantai-santai. Ops, mungkin tidak bagi bakal-bakal Majlis Perwakilan Pelajar. Hari ini ialah hari terakhir untuk mereka meraih dan merayu undi para mahasiswa. All the best guys. Let the best man win!
Kembali pada fokus utama (hari minggu), pastinya agenda utama ialah untuk memperbaharui iman dan taqwa (sangat banyak caranya!), juga merancang pelan strategik (frasa ini agak familiar kebelakangan ini) untuk meningkatkan kualiti diri.
Oh ya, hujung minggu ini manis rasanya bila dapat merasa kek batik buatan bunda. Uhhh berkongsi bersama teman (makan sorang tak habis kott!), nikmat rasanya. Terima kasih ibu.
complete my day: with Nyanyi Sunyi "Begitu kita merancangkan Belum pasti hadirnya kebahagiaan Fahamlah apa itu takdir Akan berseri hidup yang ditadbir" |
Saya mahu bersiram dahulu. Daaa~
Pesanan untuk blogger yang disayangi semua, selamat berhujung minggu. Dan jangan lupa, masa LAPANG sebelum SEMPIT. Manfaatkanlah sebaiknya.
p/s: Vitalstatistic belum siap! Belajar juga ilmu baru semalam, vitalstatistic, Terima kasih Encik Nizam!
Vitalstatistic= Statistics concerning the important events in human life, such as births, deaths, marriages, and migrations.
(SENYUM SELALU ^^)
4 comments:
Kek batik tuh nmpk sedap.. huhu. Teringin..
Alamak Faezah, terlambat sudah!
InsyaAllah jika diizinkannya, bila ada lagi kek tu, kamu yg akan saya cari dulu.
nak kek bati...btw yang akak tahu juz plastik...vitaltikk...(ape ntah)...tak tahu..
Heee~ okai! ^^,
Post a Comment