Followers

20 June 2011

Muzium Pendidikan Nasional: Muzium kita

Assalamualaikum dan salam ceria semua!

Hari ini saya nak promosi sikit berkenaan universiti tempat saya belajar sekarang! 19 Julai 2011 ini akan diadakan Perasmian Muzium Pendidikan Nasional oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Berdasarkan pengetahuan saya, muzium UPSI yang berpusat di Bangunan Suluh Budiman telah lama wujud sejak zaman MPSI lagi. Kiranya, majlis pada 19 hari bulan nanti baru termaktub secara rasmi Bangunan Suluh Budiman (BSB) digazetkan sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Selain BSB, ada beberapa bangunan lain yang juga digazetkan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan seperti Rumah Tamu, SKTM, Tadahan Utara, dan Tadahan Selatan (bangunan berhantu memang mudah jadi harta warisan, hihi).

Kalau tak silap saya, kurator dan pegawai-pegawai yang menguruskan muzium ini berpangkalan di Rumah Tamu (berhadapan dengan Tadahan Selatan). Bukan senang nak masuk ke dalam bangunan-bangunan warisan ni. Saya dan kawan-kawan pernah masuk ke Rumah Tamu untuk bertemu dengan kurator ketika mempromosikan UPSI dalam program ARISE. Itu pun cuma sekali berpeluang masuk ke sana.

Oleh itu, seruan saya kepada semua warga UPSI, berbanggalah dengan adanya muzium ini. Dalam pelbagai kekurangan, masalah dan kekangan yang kita hadapi di bumi tercinta ini, muzium ini mungkin sedikit sebanyak dapat merawat duka di hati (*_^). Siapa lagi yang akan berbangga dan memanfaatkan sepenuhnya warisan ini jika bukan kita, kan?
Inilah BSB kebanggaan kami, sejak 1922 teguh berdiri
Untuk pembacaan lanjut berkenaan UPSI dan muziumnya, klik SINI.
p/s: Saya CINTA UPSI!

1 comment:

. said...

bangunan baru pun agak berhantu jua. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...