Followers

29 December 2009

Air Oh Air

Ada seorang sahabat mengucapkan tahniah kerana aku ditempatkan di tingkat 8 untuk semester ini. Terima kasih untuk ucapan tahniah itu. Kamu juga tahniah kerana duduk di tingkat 7 :”) pangkat saya lebih tinggi daripada kamu, tahu? Alhamdulillah permohonan seniorku kak ros agar kami ditempatkan lagi di rumah yang sama, diterima. Cuma perubahan drastik berlaku, dulu tingkat 3, sekarang tingkat 8. Keadaan tidak berubah, kak aini bersama kak ida, kak ros bersama kak yati, aku bersama fatimah yang selalu dengan dunianya sendiri (hehe sori tim sayang!), dan nana pula dapat roommate baru, fiza. Sekarang nana x tidur sorang2 lagi, jadi x perlu takut ya! :”) So, apa kaitan tajuk dengan entri ini?

Jawapannya, water supply yg lembab macam siput babi atau nama saintifiknya pqrstuvwxyz (haha, aku tak tahu lah!). Maklumlah, air tu kena lalu tingkat 1 dulu, kemudian tingkat 2, tingkat 3, sampailah tingkat 7. Penghuni2 di tgkt bawah dah ambik air tu dulu. Atau mungkin sebab tekanan air rendah agaknya. Aduh, seksa betul pakai air kecik aja. Keluar macam nak tak nak! Sabar nora, sabar... baru 2 hari ini, ada lg 151 hari. Penghuni tgkt 9 pasti merasai keperitannya lebih lagi berbanding kamu! Tak baik merungut...

Bercerita pasal masalah air ni, teringat pula kehidupan kat asrama puteri tun aminah dulu. Maklumlah sekolah perempuan yg semuanya gadis2 cute (perlu ke? haha), mandi pun nak guna air banyak2. Bila tak ada air, tak bolehlah guna shower. Masa ni, bergunanyalah baldi tu kepada semua orang. SAJ (syarikat air johor) pun datanglah ala2 rescue team dengan lori tangki yang sarat dengan air milo (sori, air mutlaklah) untuk menyelamatkan gadis2 agar mereka dapat bersuci dan mengelakkan bau hapak. Masa ni lah ada yg hilang baldi, hilang gayung... hei... macam2...

Zaman ketiadaan air di asputa sudah berlalu, masalah di tingkat 8 pulak bertandang. Hm, fikir positif. Mungkin ada hikmahnya kan? Entah2 masa kat tingkat 3 dulu aku selalu membazir air kot? Sebab tu lah Allah balas. Ok, bagus juga Allah bagi cash :”)

Hm, apa pun, bersyukur sebab masih ada air yang bersih untuk digunakan. Terima kasih ya Allah.

p/s: kalu betul2 tak ada air, bolehlah aplikasi ilmu bertayamum, tak gitu?

6 comments:

F.Aminurrashidd said...

sangat sentap yerr... hahaha.. walau pun pangkat rendah sedikit, namun air dalam rumah tu kuat lorr.. sila jeles. heh

Nuraini Munawar said...

perasan pulak ye? :") orang cakap pasal org lain lah :")

ninim said...

hahaha..kakak dan fawiz yang sangat motip...hahah...tulehsan atas tu serabot

bint hamdi said...

btolla 2 nora...2pn kalau satu negeri perak 2 xde langsung air brula boleh aplikasikan ilmu tayammum 2..klu takat kat blok ko je y xde...lu pk r sendiri...haha

ape2 pn...btol 2 setiap org ade ujiannye sndri...so..ni bru ckt beb..lg pn bukannye xd air langsung kn..so cool beb!!..chill!!
n control ayu sentiasa!!

MISS N LUV YA!!

ninim said...

kakak..tangki air bukan di tingkat 9 ker...hahaha..maknanya ir tu dari atas ke bawah la

Nuraini Munawar said...

ala x kisah la 2, dari atas ke, bawah ke, yg penting mmg lambat.. :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...