Followers

12 December 2009

Mengumpat budak debat: Konsep mengumpat haruslah difahami seisi dewan ya! :")

Teringat kata2 abg kadir masa bedah siasat debat diraja hari tu…

‘hm, maklumlah, budak2 kecik mmg senang nak ikut cakap kan… dah beso2 nanti jgn x dengo cakap sudahlah….” (kata2 ini merujuk kepada junior debat)

Betul kata abg kadir, masa junior ni memang kami dengar cakap, disuruh x membantah (yeke?)…

Walaupun akan datang kami memegang title budak besar (besar sikit je) dalam kelab debat, harap2 kami akan terus jadi budak baik mcm ni… dan juga tidak mencetuskan kontroversi yang kelak memakan diri sendiri…

Ini kali terakhir kelab debat bersama dengan kakak2 & abang2 sem 7.. Aku doakan agar kalian menjalani praktikum dengan jayanya!

Abg kamaruddin: Saya suka dialek Sabah abg kama, bunyinya sangat menepati laras bahasa standard! Tona suara juga sedap, mcm Ning Baizura (tiru cakap Ahmad Fetdri Yahya, hihi :”P). Semoga pesona abg kama seperti seorang bapa yg baik dapat menambat hati pelajar . Thanks untuk semuanya & ampun kalu ada salah silap ya!

Abg Johan: Kata semua orang, abg joe ini kacak orangnya (benarkah?). Di mana letaknya kekacakan cikgu matematik produk upsi ini? Di matakah? Di hidungkah? Atau di giginya kah? Haha, walau apa jua jawapannya, saya akan belajar untuk menjadi 1st (pm@kp) yg baik seperti abg joe. Cool & slumber. Sorry kalau sy ada jahat2 dgn abg joe eh, semuanya gurauan semata2.

Kak bib: Semua org maklum bhw kakak kita yg seorang ini amat hebat dalam lapangan pengucapan awam kan? Bagi lah dia teks apa pun, pasti dia dapat sampaikan dgn baik. Hm, kecantikan juga menjadi satu aset penarik buat kak bib (ini pujian ikhlas, x minta agar pujian ini dibalas, haha). Semoga kak bib berjaya dalam hidup & menjadi cikgu bm yg baik.

Untuk geng2 pengiring yang vouge, terima kasih banyak2! Terharu sgt masa korang semua bertungkus-lumus buat approach, cari makna literal dan beri sokongan moral kepada kami! Thanks sangat2 kak nad (miss pres kami yg caring), ain fathihah yg nakal, abg kadir-abg faizal-abg razi (motif 3 bidadara), dan ustaz syazwan (belum jd ustaz lg koooot!) yg banyak berdoa untuk kami. Kredit utk anda semua!

Seniorku abg baihaqie, kesungguhan anda amat2 dihargai! Teringat lagi mesej abg bae untuk amir masa kami pulang ke kg untuk raya haji:

“Okeh..bro sat2 g br btlak..jgn lp blth sorg2, analisa video..pas ry nk tgk kejutan team jr ckt”.

Huu~~ walaupun tengah ada masalah masa tu, abg bae tetap beri sokongan! hm, title 'internet bergerak' mmg sesuai dgn abg bae, sbb memorinya boleh menyimpan banyak info (termasuk yang kuning, haha!).

Senior2 yg lain, kak aini, abg fawiz, kak zack, abg suhaimi: team anda mmg berpotensi. Kekalahan bukan tanda anda ini tidak hebat. Tapi mungkin sebagai satu batu aras utk penambahbaikan dan pembetulan. Masalah dalaman (atau luaran sekalipun) tidak menafikan bahawa anda boleh!. Congrates utk pendebat terbaik team ini, kak zack (motif teka teki) dan abg fawiz (“kapan bila???”), hihihi~ Kak Aini dan Abg Suhaimi juga yang terbaik!

Untuk biha, amir dan madi: anda team pertamaku. Maaf kalau aku terlalu banyak membuang masa dalam perbincangan 30 minit dan mendesak biha mencari fakta untuk hujah aku (aku akui ini kesilapan major aku!)… Ampun……. Aku mmg x pandai buat propa! Semoga selepas ini kita dapat mencapai lebih banyak persefahaman dan keserasian. Tanam kata2 abg kadir tadi tu dalam kepala otak! Ok, terima kasih untuk semuanya.

Secara rangkumannya, untuk penambahbaikan team debat akan datang, beberapa usul mohon dipertimbangkan oleh diriku sendiri:

1) Bak kata abg razi: jangan buat latihan main2! Berlatih sungguh2!

2) Tingkatkan ilmu pengetahuan untuk wujudkan perbincangan yg lebih berilmiah. Banyakkan membaca. Kalau boleh baca surat khabar sebelum mandi pagi (mcm abg bae,haha!).

3) Berusaha untuk buang kemanisan maksiat & berusaha ke arah halawatul iman.

4) Tingkatkan kebergantungan kepada Allah! Tidak ada gunanya bergantung kepada Allah tapi pada masa yg sama masih melakukan maksiat (tidak kira lah maksiat mata, hati, mahupun lisan sekalipun).

Ok, dah puas mengomel. Semoga entri ini dijauhkan dari syaitan yang direjam. Sebelum tu, nak posing kejap, hehe….

Tata, assalamualaikum! p/s: mlm ni nk ke penang, daa~

5 comments:

F.Aminurrashidd said...

kapan bila?? hahaha~~ takleh tahan nak gelak ngan frasa 'masalah dalaman dan luaran team' itu..

heheh.. erm, kekalahan dan kemenangan semuanya rezeki Allah Taala.. Redha jer lah... anyway congratz for Nora coz dpt title best speaker ya.. luper nak wish ari tue.. hehehe.. =)

cahaya mataku said...

asal nk gelak pulak?
hm, sama2 lah kita perbaiki diri k!
thanks abg fawiz!
:"P

HaImi SuHAiMI said...

"kapan bile?" frasa lewah ya disitu...akakaka!!!! bgs2...respect si fawiz..anywre pengalaman mengajar kiter erti kematangan...wahhh gitu...

F.Aminurrashidd said...

to Nora: hahaha.. sajer nak terr gelak.. sebab cam kelakar jer..

anyway, usul dalam entry itu banyak gak kebaikan.. maybe akan naik ke bilik meeting nanti.. hehehe..

pst: Si Bae bukan internet bergerak laa, tapi pendrive bergerak.. hahaha~~~~

cahaya mataku said...

abg suhaimi: wah gitu...mcm cikgu bm pulak yea...

abg fawiz: ok, sila buat laporan entry saya ya! erm, pendrive bergerak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...