Followers

26 January 2010

KENAPA?

1) Kenapa perlu bercakap berasap berapi berdegar-degar kalau dah ada mikrofon yg sensitif bunyi di depan? Mahu audience pekak kah? Kamu ingat dengan bercakap begitu, orang akan mempercayai kamu? Setakat cakap berapi-api tidak membuktikan apa-apa.  Harusnya kamu tenang, tarik nafas, cakap dengan lantang (bukan menjerit!) dan bercakap benar, bukan memperkatakan sesuatu yg membolehkan orang tidak hormat kamu.

2) Kenapa perlu melemahkan orang lain untuk memperlihatkan kekuatan sendiri? Kamu ini memang kelakar! Kalau beginilah cara kamu, tak ada orang akan mempercayai kamu. Jangan memperlekehkan org lain, kelak kamu pula akan diperlekeh. BEWARE!

3) Kenapa kamu kata org tidak hormat kamu sedangkan kamu sendiri tidak hormat org? Orang mcm kamu inilah yg akan membuatkan dunia kucar-kacir dan kacau bilau. Sepatutnya kamu hormat org lain jika mahu diri kamu dihormati, ada faham?

3) Kenapa perlu bersikap angkuh dan bercakap besar? Sah-sahlah org tak akan respect kamu secara automatik (ini bukan pembuktian automatik tp berdasarkan analisis lengkap) memandangkan sikap kamu yg jelek! Kamu ingat dengan bercakap besar akan membuatkan org percaya akan kamu? Jangan harap! Sila cepat-cepat sedar diri sebelum anda mati disambar petir.

P/S: Memilih ialah satu kewajipan. Memilih dengan bijak pula satu kemestian. Jika tersalah pilih, salahkan diri kamu sendiri. Nilai dengan mata hati, bukan dengan lutut dan kaki.

3 comments:

ninim said...

semoga ALLAH betulkan hati kita untuk menjadi pemilih yang baik..dan semoga yang benar terus benar

F.Aminurrashidd said...

kakak, kita nak taw sapa org itu nanti yer..

nadianarzaray said...

nii kes pilihan raya laa niii....hehehhe...biasa laa...nk raih undi..cam raih ikan gak..hehehhe..undi jgn x undi...
pilih yg blh wat kojo..jgn tgk paras rupa bak kata pawez...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...