Followers

18 January 2010

Usrah: Terima Kasih Kak Husni

Usai Debat Piala Pengetua KHAR, aku rasa kepenatan yang teramat sangat. Kepala pusing. Mcm nak muntah. Lepas balik, tidur sebentar, kemas bilik dan buku2 setelah ditinggalkan selama 2 hari tanpa disentuh. Tugasan pula melambak. Huh! Esok ada kelas jam 8!

Malamnya sebelum isya', barulah aku teringat. Ya Allah ada usrah (Rakan Penggerak Ad-Din) malam ini! Berkira2 untuk pergi atau tidak. Lalu mengambil keputusan untuk pergi sbb minggu lepas terpaksa keluar halaqah lebih awal (ada meeting). Lagipun, ada kemusykilan yg harus aku tanyakan kpd naqibahku Kak Husni, sbb skrg aku dlm dilema.

Pengisian minggu ini, Kak Husni mulakan semula dgn ta'aruf sbb masih ada ukhti yg baru. Yang aku ingat, Ajoy, Adik Eni, Adik Miza, Ain, Azreen, Fiqa dan Dalila (maaf kalau ada yg tertinggal). Minggu ini Awin tak datang sebab balik kampung. Sebelum Kak Husni mula dgn muzakarah, dia minta kami lakarkan sesuatu di atas kertas.


Hah, nampak jelas tujuan sebenar hidup aku. JIHAD. Jihad sughra mahupun kubra, kedua-duanya pun Jihad. Ke arah mencapai jihad itu, harusnya aku aulakan ibadah, ilmu, muamalah dan harta. Namun sekarang, baik dari segi ibadah, ilmu, muamalah mahupun harta, aku serba-sebi kekurangan. Senang cerita, AKU MEMANG MISKIN.

Sepanjang usia 21 tahun,
Berapakah masa yang aku peruntukkan untuk beribadah?
Cukupkah aku dgn ilmu?
Sempurnakah muamalahku dgn Allah, rasul, dan semua makhluk-Nya?
Sudah cukupkah harta yang aku punya sekarang?

Terima kasih Kak Husni sbb ingatkan kami ttg tujuan sebenar hidup ini. Saya akan tampal peringatan ini di bilik untuk menjadi muhasabah diri serta mengisi kekuatan jiwa dan rohani.

Sekarang ini belum ada masa untuk membelek APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM. Insya-Allah, ada kelapangan nanti akan aku baca dan kelek buku itu ke sana ke mari. Seingat aku Kak Husni bercerita tentang erti sebenar hidup kita sebagai muslim. Adakah Islam yg kita anuti ini hanya kerana kita dilahirkan secara automatik terus menjadi Islam, atau kerana kita benar-benar berpegang pada agama Allah? Sebaik-baik umat Islam ialah yang melestarikan agama Allah yang diwarisi dari kedua ibu bapanya. Bukan hanya Islam atas nama warisan.

Hari ini umat Islam menjalani kehidupan berlandaskan sistem sekularisme. Selalunya kita akan memisahkan antara kehidupan seharian dengan kehidupan beragama. Lihat sahaja sistem pendidikan dan ekonomi kita, semuanya berasaskan sekular. Memang benar kita beribadah, cukup solat, tunai zakat, berpuasa dan lain2, tp adakah itu semua mampu membantu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran? Sedangkan Allah ada menyebut Inna solata tanha anil fahsya'i wal munkar (Surah Al-Ankabut: 45). Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Jika solat pun tak mampu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran, apakah ertinya solat dan ibadah yang kita lakukan???

Masya-Allah.........

Adik Eni pula bercerita ttg kisah Mohammed Fadzil @ Fatine yang takut nak balik ke Malaysia sebab melakukan pembedahan tukar jantina dan berkahwin dengan lelaki Britain. Dia takut mak ayahnya tak dapat terima dan memikirkan keselamatannya jika rakyat Malaysia menyelar tindakannya. Inilah padahnya kalau umat Islam sendiri yang memisahkan hidup dengan agama. Menerima kebenaran agama tapi tidak mengaplikasikannya dalam hidup. Kita doakanlah agar dia mendapat hidayah Allah dan kembali menjadi seorang Islam yang benar.


SEMOGA KITA TIDAK MENJADI ISLAM UMAT YANG TOLOL DAN BUTA HATI.

Alhamdulillah keraguan dan kemusykilanku sudah dirungkai oleh Kak Husni. Thanks kak.
Minggu depan kena present tentang aurat dan pemakaian, semoga aku dapat beri input yg berguna kpd ukhti yg lain agar mereka dapat hasilkan output yang bagus. Maklumlah, sekarang umat Islam (An-nisa terutamanya) pakai baju tak cukup kain. Kalau nak keluar rumah seharusnya kita titik beratkan sama ada pakaian itu cukup menutup aurat atau tidak, bukannya cukup cantik atau tidak.
Ahhh, aku tak layak cakap lebih2 pasal aurat sebab aku sendiri tidak berjilbab labuh (pernah berbuat begitu tapi tidak istiqamah) dan selalu juga pakai t-shirt sederhana labuh aja.

Semoga Allah terangkan hati2 kita, berikan kita semua hidayah dan jauhkan kita dari kebatilan.
Amiin Ya Rabb.
Ok lah, esok2 sambung lagi. Back to tugasan yang berlambaks-lambaks.


P/S: Kak Nad bilang sekarang aku makin lahar, aduh tak perasan! Rasanya aku cuma mahu bergurau saja.... Maaflah kalau ada sesiapa yg tersinggung dgn kelaharanku, maklumlah kerana mulut badan binasa kan.
Astaghfirullahalazim....

5 comments:

bint hamdi said...

em..ko sangat beruntungla nora cz de je buat usrah kate sane..
aku kat cni..susah nk buat..
kalau buat pun under ISIUKM..n itu pun jarang2..nk buat kat kolej..
jangan harap..memang xde..
sdeyla..rindu nk berusrah mcm dulu2 mase sek men. n mase kat mj..
n aku syukur sangat2 walaupun mcm 2..
aku masih tetap pendirian..takut jugak dgn kurangnye xtvt kerohanian mcm dulu..aku takut aku akn tergelincir dari landasan..n Alhamdulillah aku masih ade sahabat2 yang selalu nasihat aku,termasuk ko..thanks beb..n syukur jugak mungkin ngn pengaruh ayah aku yang betol2 memberi kesan ke ats aku..syukur..

em..berbalik kpd entry ko ni..
mmg xdinafikan org Islam sekarang hanya 'menumpang' nama Islam je..tp mrk xaplikasikan Islam 2 dlm kehidupan seharian..sdey tgk kwn2 kt ukm, nme je berhijab tp masih berdua2an dgn laki, huh...
secara xlangsung mrk dah mmburukkn imej wanita bertudung..
aku pn xberani nk ckp lebih2 cz aku ni pn bukanla baik sangat, masih banyak yang kurang..

semoga kita semua ikhlaskan diri dalam beribadah, ilmu n ibadah mestilah seiring..semoga kita semua tergolong dalam golongan "ULUL ALBAB"..salam mujahadah ya ukhti mahbubah..tetapkan hatimu, sesungguhnya "inna dina 'indaAllahi ISLAM"

"sesungguhnya orang2 mu'min yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. mereka itulah orang2 yang benar" (49:15)
sodaqaAllahul'azim...

ninim said...

itu hanyalah gurauan saja daripada kak nad

Ibu Ammar said...

bagusnya join usrah...teringat zaman skola asrama dulu..

Amir Batrisya~ said...

wanita hiasan dunia...

seindah hiasan adalah wanita

solehah~

Nuraini Munawar said...

IZZAT89: Buat halaQah dalam rumah pun boleh kan.. insyaAllah kita semua tetap berada di landasan Allah. Semoga dia x pesongkan kita setelah Dia berikan kita hidayah. Selalulah menasihati dan mengingatkan aku.

KAK NINIM: Gurauan juga boleh dijadikan teguran. Utk kebaikan apa salahnya =)

MENJEJAK DEWASA: Semoga beroleh isteri solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...