Followers

07 June 2010

Cerita Artis Klise

Klise secara literalnya ditakrifkan sebagai ungkapan yang sering digunakan sehingga tidak mempunyai keaslian dan keistimewaannya lagi. Maknanya, kalau asyik ulang-ulang jawapan yg sama, tu kira klise lah, kan?
Okay, sekarang kita tgk, manusia-manusia ni klise atau tidak:

Artis:
- "Oh, saya cuba menjadi diri sendiri..." (padahal dia mmg meniru artis lain pun-gaya pakaian, cara menyanyi, dsb).
- "Saya akan cuba lakukan yang terbaik, untuk peminat-peminat saya!" (padahal untuk diri sendiri).
- "Kalah atau menang bukan point, yg penting sy mahu buat yg terbaik" (takut malu lah tu kalau kalah).
- "Saya berkahwin dgn dia bukan sebab harta atau title yg dia ada, tp sebab sy mencintai dia" (esok-esok bercerai).

Kalau jawapan tu klise tapi menjawab soalan tak mengapalah. Ini, lain ditanya, lain pula yg dijawab. Macam dalam skrip, awal-awal dah rancang jawapan. Kalau jawab kertas peperiksaan mcm tu, jangan haraplah nak dapat markah!

Pesanan saya buat semua artis di Malaysia, tugas anda sebagai penghibur juga perlukan ilmu. Tidak semestinya anda menggenggam segulung ijazah baru dikatakan artis berilmu. Tapi sekurang-kurangnya anda bijak menjawab soalan, bijak mengawal emosi, dan juga bijak menghormati orang lain.

Saya suka dengan jawapan Dayang Nurfaizah dalam satu rancangan temu bual, katanya dia hadir dalam industri seni untuk menjual bakat, bukan menjual populariti.
Contohilah Dayang. Lama bertahan dalam industri seni sebab bersih dari cerita murahan yg sengaja dijaja wartawan.

Jadilah macam P.Ramlee dan Sudirman, bijak mengktitik dan menegur masyarakat secara halus lewat seni yang diperjuangkan.
Yang paling penting, mereka berdua TIDAK KLISE. 
Tak standardlah PLAY SAFE kan!

p/s: Motif malam-malam ni mood cerita pasal artis? Bukan apa, cuma rasa muak dan meluat saja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...