Followers

06 June 2010

Perempuan Penggoda

Kata orang, wanita ialah hiasan dunia.
Dunia akan suram tanpa suara, sentuhan, belaian dan magis yang ada pada wanita.
Lelaki juga pasti hambar hidupnya, jika tiada wanita di sisi.
Wanita membuat dunia 'hidup' dgn keceriaan dan kegembiraan.
'Hidup' dengan kelembutan dan kasih sayang.

Tapi orang kata, wanita juga racun.
Punya noda nafsu pada materi dan keinginan untuk  mempunyai.
Wanita punya daya sensual, yang bisa membuat lelaki lupa segala-galanya.
Insan berakal sembilan lupa pada isteri dan anak-anak di rumah.
Melupakan wanita, untuk wanita yang lain.
Oh wanita...
Jangan goda lelaki di luar sana,
godalah suamimu di rumah.

p/s: Teringat cerita seorang pemandu Perdana V6 universiti yang terlewat bangun Subuh sebab kaki isterinya menindih pahanya, aduh penangan wanita... Sampai suami terpaksa qada' solat akibat termakan godaan kamu.


2 comments:

japierah said...

kih3..nsihat yg baik tuh..

Cahaya Mataku said...

nasihat tu untuk wanita yang sudah bersuami.
Yang belum bersuami ni jgn mengada2 menggoda pulak, hihi~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...