Bila tidak sihat begini,
badan meragam segala bagai.
Seram sejuk tapi berpeluh.
Mula rasa mahu ibu di sisi menemani.
Barulah kini terasa diri ini memang sangat manja.
Semuanya dibuat ibu.
Demam panas dulu,
Ibu yang tuamkan dahi.
Ibu yang urutkan badan yang kesakitan.
Ibu yang bawakan ubat ke dlm bilik.
Ibu yang paksa ke klinik.
Ibu yang ...
Ibu yang ...
Sampai nak muntah pun,
ibu yg ambilkan bekas! sebab tak larat ke tandas
Memang sangat manja.
Tapi itu dulu...
Sekarang bila sakit sendiri.
Semuanya perlu diusahakan sendiri.
Cari ubat sendiri.
Urut badan sendiri.
Tuam dahi sendiri.
.......... sendiri.
.......... sendiri.
.......... sendiri.
Sampai
Mulalah bertanya dalam hati, kenapalah sakit di sini, bukan di rumah?
Alhamdulillah demam kebah setelah sehari semalam bersakit-sakitan. Biarpun tak sepenuhnya, kudrat dah mencukupi untuk teruskan hidup dan kerja yang terbengkalai. Malunya bila mengenangkan semalam tersedu-sedu menangis sewaktu ibu menelefon. Bukan tak mahu beritahu, cuma tak mahu ibu risau.
Sekarang perlu jaga diri sendiri, esok-esok kena jaga suami & anak2 pula.
Mampukah saya?
p/s: Saya bukan tak mahu beritahu awak, cuma tak mahu mengganggu :'(
3 comments:
ala,manja2 comel..>,^
ala tomei budak tu nak kena cubit, meh meh sayang..... haha~
hurm...
sekadar berkongsi rasa
jangan sampai ada yang panjat tingkat 9
sudeh~~
hehehhe~
Post a Comment