Followers

07 August 2010

Moga Istiqamah

          Pada perkiraan saya, semua orang pasti mahu mempersembahkan yang terbaik dalam tugasan yang akan diserahkan kepada pensyarah untuk dinilai. Pastinya tugasan yang baik itu memerlukan kajian yang menyeluruh dan teliti, persembahan yang kemas, dan penggunaan bahasa yang tepat.

          Pada awalnya, saya merasakan agak ‘tiada jiwa’ dan ‘berat otak’ untuk belajar sastera, apatah lagi menghasilkan tugasan. Setelah beberapa ketika meneliti kajian, saya kira teori dan kritikan sastera agak menarik untuk dikaji, biarpun saya hanya mampu mendalaminya surface-surface sahaja, lantaran tiada masa dan kekurangan bahan. Moga istiqamah untuk terus mengkaji dan mendalaminya.

TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN MELAYU
Hasilkan ringkasan kajian-kajian (ijazah pertama hingga Ph.D) yang dilakukan berasaskan teori-teori berikut:
1.    Puitika Sastera Melayu
2.    Takmilah
3.    Teksdealisme
4.    Pengkaedahan Baru
5.    Persuratan Baru
6.    Rasa-Fenomenolgi
7.    SPB4L
8.    Konseptual Kata Kunci
9.    Sastera Warisan
10. Anjakan Makna
11. Hermenutik Kerohanian


Oh, ada lagi 7 kajian belum dibaca (ada yg belum dapat kajiannya pun).
Kalau ada sesiapa yang terjumpa kajian yang belum dipotong tu, tolong beritahu ya! Bila dah siap tugasan ni, bolehlah tumpukan pada yang lain pula!


p/s: Indahnya cinta bila disulami kecintaan kepada ilmu dan Allah. Moga thabat berjihad di jalan Allah.

2 comments:

NoRMaziRa BiNti Md ALi.. said...

salam...susah gak ek tjok nora..indi dah start buat ke?? kite x tau nk mle dr mane..

Cahaya Mataku said...

agak mencabar la..
baru siap ringkasan tu dalam 25%..
tgh mencari bahan lg, agak susah nk cari bahan tu sbenarnya..
cayok2 mazira....!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...