Entri kali ini cuma mahu berkongsi salah sebuah lagu kegemaran saya sejak sekolah menengah. Saya minat pada melodi, juga lirik lagu ini. Bila terdengar lagu tu sekarang, saya akan teringat betapa gigihnya dahulu saya mencari CD Robbie Williams di kedai. Gabungan mantap gaya di pentas beserta vokalnya buat saya terbuai seketika (kalau dengan orkestra? saya takkan berganjak dari depan TV!). Penyanyinya? Em, sejujurnya saya tak berapa tahu tentang Robbie Williams. Mungkin sebab Robbie Williams sudah berusia empat puluhan, maka dia tidak berapa popular lewat kebelakangan ini. Nampak agak comel raut wajahnya, nak kata kacak pun, bolehlah...
Bagi sesetengah golongan yang meminati lagu rancak, mungkin Better Man bukan pilihan anda.
Apa pun, layan lah lagu ni. Semoga kita semua mampu, menjadi BETTER MAN.
"I am doing all I can,
to be a betterman..."
3 comments:
I like :)
suka lagu ni juga.tapi dulu tak mampu beli cd.beli kaset aje.
mus: layan...
encik nizam: cari je, bukan beli pun. pernah sekali berangan nak beli CD Michael Learns to Rock, sekali tengok harga RM50, terus tak jadi beli!
Post a Comment