Followers

30 April 2011

Penamat Aneh Semester 4

  Bismillah... Lama sungguh tidak melakar kata di blog ini. Alhamdulillah berakhir sudah peperiksaan akhir bagi semester keempat ku di UPSI. Semua teman sudah menjenguk kampung halaman, ada yang mungkin sedang berada di dalam bas menuju ke kampung halaman masing-masing.

 Daku masih setia menemani kesunyian kolej yang telah ditinggalkan pendiamnya. Agak tersentak bila baru menyedari rupanya semester telah berakhir apabila ditinggalkan bersendirian. Alangkah ruginya masa yg telah berlalu dibiarkan begitu saja! Manusia selalu begitu. Kejam dengan waktu!

  Untuk kesekian kalinya aku menghantar pemergian teman baik pulang ke kampung. Ramai yang menunggu bas dengan bagasi masing-masing, seolah-olah pesta menjual beg balik kampung (luggage)! Entah kenapa, kali ini perasaan aneh menyelubungi segenap ruang hati dan kepanasan mata mula menjalar, pijar mahu menitiskan air mata. Aneh! Dan pulangnya aku ke kamar, terpelenggong sendiri melihat rupa sekeliling. Kamar, ruang tamu, kemudian melihat ruang bawah dari tingkat 6: Kosong! Bukan cuma kosong ruang fizikalnya, tapi jua kosong segalanya. Kosong. Aneh. Kosong. Aneh!

  Lalu hati mahu segera beredar dari keresahan ini, segera menjejakkan kaki ke desa. Akan  dikhabarkan pada semua, bahawa aku telah membazirkan masa yg teramat berharga dan mustahil untuk dilalui semula. Perasaan aneh sekali lagi menyentap tangkai hati, bila rasa sesal dan yakin bercampur baur ! Oh Tuhan, perasaan aneh apakah ini?! Ianya sangat menyakitkan! Sesal tapi yakin, bukankah pelik perasaan itu?

  Dalam kekosongan ini, masihku bersyukur kerana Allah menemaniku. Sayup azan dari ruang Ar-Rashidin mengingatkanku kembali, aku tidak sendiri! Allah sedang menjagaku! Ampuni aku Kekasihku!

  Mulai hari ini hingga ke bulan September, aku akan terpisah sementara dengan teman-teman. Semua TEMAN SEPERJUANGAN. Semester ini terlalu banyak peristiwa. Peristiwa mendapat sesuatu yang berharga, juga peristiwa kehilangan sesuatu yang berharga! Bila keresahan begini, lalu yakin kepada Allah akan janji-Nya segera merawat penyakit was-was yang syaitan datangkan.

  Setelah segalanya berlaku, telah aku tahu segala kelemahan dan kekuatanku. Semuanya harusku baiki untuk kebahagiaan hidup sendiri, juga orang-orang lain. Akhir kalam saat azan Subuh memecah sunyi, moga keanehan ini cepat pergi dan beredar. Aku tidak mahu kehilangan sesuatu yang berharga, sekali lagi! Amiin....

  Daku memohon ampun, hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala perbuatanku yang menyakitkan hati sesiapa. Aku terpaksa. Aku terpaksa...

Dan Johor, nantikan kepulangan anak jatimu! 
SELAMAT BERCUTI SEMUA! 

Senyum selalu! (^^) Wassalam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...