Followers

05 May 2011

Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Semoga semuanya sihat-sihat selalu!

Hari ini sudah masuk hari ke-5 saya bercuti di rumah setelah selesai peperiksaan akhir semester. Apalah agaknya khabar teman-teman yg jauh di mata! Harap-harap semuanya sihat, gembira dan ceria selalu! (Saya rindu awak-awak semua tau :( )

Tentang saya, senang rasanya dapat membuat kerja rutin tanpa perlu tergesa-gesa: membaca, membuat kerja rumah, memasak, dan beribadah selama mana yg saya mahu. Tidak berkejar dengan masa yg terlalu pantas dan manusia yg selalu mendesak. Saya tahu situasi ini tidak datang selalu, cukuplah untuk saya menghargainya dengan sebaik mungkin, insya-Allah! (><)

Teringat saya akan situasi yang baru terjadi tadi. Sedang saya melipat baju sambil menonton Mantera Anjasmoro di TV3, tiba-tiba saya teringat akan Ayat 1000 Dinar yang diletak di dinding ruang tamu rumah. Saya tanyakan kepada adik saya yang berusia 8 tahun, "Aim hafal tak Ayat 1000 Dinar?". Jawabnya, "Adik tak hafal tapi adik tahu lah ayat tu ada kat depan (ruang tamu)." Aduh, jawapan si kecil ini selalu membuatkan saya menepuk dahi dan menggelengkan kepala.

Lalu saya bacakan Ayat 1000 Dinar itu untuk adik, "Wamai yattaqillah.... qad ja'alallaha liqulli syai'in qadra". Soal adik padaku, "Kak, kenapa ayat dia ada satu je? Bukan ke nama dia 1000?". Hah! Soalan dia membuat saya tersentap! Nak jawab apa ni? Yang saya tahu, ayat 1000 Dinar ini merupakan sepotong ayat yang boleh meluaskan pintu rezeki dan banyak ganjaran bagi sesiapa yang membacanya usai solat mahupun sebelum tidur. Jawab saya, "Sebab ayat ni banyak kebaikannya. 1000 dinar tu kan banyak. Sama la macam kebaikan yg kita dapat kalau baca ayat ni..." Moga-moga jawapan itu dapatlah menjawab soalan adik kecilku itu. Oh terbatas dan ceteknya ilmuku Ya Wahhab! Ampuni aku (T_T)

Lantas saya mencari khidmat Cik Google untuk mendapatkan pengetahuan! 
Klik SINI ---> Asal Usul Nama Ayat 1000 Dinar
Klik SINI ---> Kelebihan dan Sejarah ayat 1000 Dinar

Ayat Seribu Dinar
Alhamdulillah, bertambahlah sedikit ilmu saya malam ini. Teringat saya akan seorang senior di asrama dahulu,  Kak Hajah Firazalia Abdul Latif namanya, dia memang pelajar cemerlang di sekolah ketika PMR dan SPM. Antara rahsia yang Kak Hajah amalkan ialah membaca Ayat 1000 Dinar sebelum tidur. Jadi kawan-kawan semua, baiklah kiranya kita amalkan potongan surah At-Talaq ini, semoga menjadi beroleh manfaat dan berkat. Bacalah dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, sesungguhnya Dialah sebaik-baik Penguasa Alam ini. 

Saya pun nak lelap ni, doakan malam saya dihiasi kerdipan rahmat dan cinta pada Ilahi. Semoga Allah menemukan saya dan teman-teman dalam khusyuk, istiqamah dan tawaduk ibadah. Saya sayang semua kerana Allah!
Senyum Selalu! (^^)


p/s: Kakak Garang sedang berblogging :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...