Followers

27 July 2011

Bersatu dalam Kepelbagaian (Debat Perpaduan antara IPT)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat-sihat belaka.

Semasa cuti semester ini, untuk kali keduanya, saya dan teman-teman menyertai Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional. Jika dulu saya dan Hisyam bekerja bersama Kak Faz dan Ter Hong Boon dalam satu pasukan, untuk tahun ini perjuangan kami berdua ditemani pula oleh bintang baru UPSI, Din dan Idris (Moris).

Sejujurnya saya tidak dapat menyiapkan diri sebaik-baiknya untuk debat ini kerana terlibat dengan komitmen lain seminggu sebelum pertandingan. Mujurlah teman sepasukan dan research team banyak membantu saya. Biarpun latihan kita tak seberapa, sparring pun cuma beberapa kali, namun kita tetap gagahkan jua diri untuk bertanding.

Pertandingan di UTP sangat best (selain catuan makanan). Tahniah untuk penganjuran UTP yang saya kira berjaya. Tahniah juga untuk UTP atas kemenangan di pentas final.

Perjuangan kami berempat ditemani oleh Kak Ikin, Musfirah, Kak Aini dan K.A. (Khairil Azhar). Terima kasih sebab sudi menjadi pembakar semangat kami. Kak Nora sayang semua! Sila baca ini untuk laporan versi Syam dan klik sini untuk laporan versi Musfirah. Dahlah tu, kita tengok gambar pula.

Timbalan saya yg setia, Hisyam.
Langkah kamu baru bermula, Ihtifazuddin!
Terlalu banyak jasa kamu kepada saya. Moris, kelass~

Kamilah produk UPSI yang terbaik. Terima kasih kalian!
Maaf atas segala salah dan silap saya terhadap kalian.
Teman seperjuangan saya ketika di tingkatan satu, kini berjuang dalam dunia yg sama.
Farha Ilyana: IPG Tengku Ampuan Afzan. Sayang kamu Pa'a!
Terima Kasih Allah kerana memberi saya peluang berada dalam kelompok ini.
Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan laluan kami untuk terus berada dlm ranking Top 5. Walaupun tidak berezeki melangkah ke separuh akhir, saya tetap gembira. Kurniaan Allah ini sangat banyak jika dibandingkan dengan usaha kami yg tak seberapa. Apa pun, saya seronok dapat berkenalan dengan teman-teman pelbagai kaum dan agama. Terasa sedikit sebanyak debat ini memupuk kasih sayang antara kami. Terima kasih sahabat semua, Beyla, Fiza, Hajar, Jushua, Lisa, Vella, Natalia, Efa, dan semua! Semoga ada rezeki ketemu lagi. Nah. Saya muat naik video pertandingan akhir untuk tatapan semua. Semoga bermanfaat.


Sekian, ila liqa', ma'as salamah.
Ibtisam Daiman, Wassalam ^^

p/s: terima kasih atas doa semua. Terima kasih juga kepada bos kami Amirul Ridzuan dan Encik Nizamuddin Alias sebab sudi hadir memberikan sokongan.

6 comments:

ariffredzuan said...

tahniah! best2~

Cikgu Zahora said...

tahniah syg.. ;p

. said...

hebat.
tahniah.

Fawiz Bakri said...

Alhamdulillah.. Tahniah ya ;)

Amir Batrisya~ said...

Tahniah! =)

Nuraini Munawar said...

terima kasih kalian! Allah yang beri semua ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...