Followers

15 December 2011

Daftar Kursus? Huh!

Assalamualaikum sahabat blogger semua!

Di UPSI ni, setiap kali nak masuk semester baru, ada 1 perkara yang saya tak berapa gemar, iaitu menyusun jadual dan mendaftar kursus secara talian (online registration).

Dulu masa kecik-kecik (sem 2& 3), gigih betul saya dan kawan-kawan. Setiap kali nak daftar kursus, mesti kami akan berjaga malam, duduk di satu tempat semata-mata supaya jadual yg dah disusun dapat didaftarkan, dan yang paling penting, dapat sekelas dengan kawan baik!

Pernah 1 semester tu, kami tak tidur sebab MySIS (tapak pendaftaran) tak boleh tembus. Lambat sikit je, kelas dah penuh dan terpaksa arrange jadual semula. Memang stress! Masa ni lah ramai yang mula maki-maki wifi, maki sistem, dan ada juga yang maki si pembuat jadual! Haha, memang kecoh habis!

Sambil-sambil online MySIS tu, sempat juga online Facebook. Kira FB ni macam escapism daripada MySIS yang memberi tekanan tu lah!
Yang dah selesai tu, bolehlah tarik nafas lega...
Macam Encik Buju Zul tuuu.
Ni pula kata-kata pemilik Ubat Sofuan.
Kes pedajal member ka bro? Hehe.
Ni pula ada yang baik hati :) Thanks bro!

Tapi entah kenapa semester ni saya dah tak gigih mcm dulu dah (mungkin sebab dah senior, hihi). Jadual pun personal assistant saya yg tolong arrange, hehe. Malam tadi tepat jam 12 sepatutnya saya dah bergigih duduk depan laptop supaya dapat tembus line MySIS.

DAN, malam tadi memang memalukan. Saya tertidur depan laptop sebab wifi buat perangai baik punya. Try-try online tak dapat, tertidurlah jawabnya. Tengah-tengah tidur tu, ramai pulak yang miss call + hantar mesej, tanya registration saya dah settle ke belum (thanks sebab prihatin, hehe).

Mujurlah ada kawan-kawan yang sangat baik hati tu, tolong register untuk saya. Heehe. Malu betul kalian tahu rahsia saya tertidur depan laptop. Saya janji lain kali tak buat lagi! Promise! Swear!

Apa pun terima kasih daun keladi untuk Hidayah & suami, Zurin & Fatin sebab take care kat kita. Hehe. Terharu betul. Kalau kalian tak tolong add, haru birulah hidup kita jawabnya. Terima kasih awakkk!!! (Kalau boleh jerit kat KHAR ni dah lama kita jerit tau). Semoga Allah membalas tiap jasa kalian kepada saya.

p/s: Seronok sebab 'dah nak' senior, tak payah berebut kelas dengan senior last sem dah. Lega :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...