Followers

15 December 2011

Yakin atasi segalanya!

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat blogger tersayang!
Saya doakan kalian semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Sibuk? Bersyukurlah. Sedih? Bersyukurlah juga. Semoga nikmat hidup, iman & Islam masih di dada, insya-Allah :)

Beberapa hari yang lalu, saya ada tulis entri berkenaan kisah saya berbasikal bersama kawan-kawan, dan saya juga ada bilang, esoknya kami ada plan baik, bukan? (Baca SINI). Jadi, kali ni saya nak sambung kisah plan baik kami-percutian hujung minggu!

Pada mulanya kami bercadang nak ke Fraser Hill. Tapi disebabkan salah seorang daripada kami injured akibat penat berbasikal, maka kami pun cari alternatif ke tempat lain. Kami pun google saja lah mana-mana saja tempat yang boleh dituju. At last, kami decide ke Teluk Batik, Lumut. Juru pandu? Ouh, sebenarnya kami semua tak tahu jalan, hehe! Tapi google maps kan ada! Kami tawakal saja lah. Seronok juga explore-explore begini! Yang penting, YAKIN dan PERCAYA dgn pertolongan Allah!

Perjalanan TM-Teluk Batik. Google Maps said it will take
2 hours 30 minutes.
Mujurlah teman baik saya yang empat orang tu (Zurin, Ain, Fatin, Dayah), semuanya gila gila-gila seperti saya juga. Jadi, tak kisahlah kalau tak tahu jalan pun. Sama-sama tengok sign board & google maps, mmg kecoh satu kereta. Rasa bebas semua tekanan di Tg. Malim (TM) nun! 

Bawa saja daku ke mana kau mahu!
Untuk pengetahuan semua, semasa di hi-way, sepatutnya kami exit Teluk Intan. Tapi biasa lah, kalau dah tak tahu jalan, memang pasti akan ada salah jalan punya! Tapi kami steady je beb, relax itu penting. Lalu saya minta Dayah google maps jalan ke Kellie's Castle. So, kami pun terus tukar plan asal: Kita ke Kellie's Castle! Yibba!

Apakah Kellie's Castle?
Kellies's Castle ni merupakan binaan rumah seorang peladang British iaitu William Kellie Smith yang telah dibina pada 1910 di Batu Gajah, Perak. Bangunan ni dicatatkan sebagai bangunan paling unik di seluruh Timur Jauh dalam London Financer. Rumah ini mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah, terowong rahsia dan sebuah lif yang dipercayai sebagai lif pertama dibina di Tanah Melayu. Namun malangnya sebelum bangunan ni siap, William Smith mati di Lisbon pada 1926. Kellie's Castle ini pernah dijadikan tapak penggambaran Anna & The King.
Bagunan utama Kellie's Castle
So, no wonder lah Kellie's Castle ni nampak agak haunted. Siap ada note dalam satu bilik tu, roh anak Kellie pernah dilihat berkeliaran di bilik tersebut dalam berkeadaan berjubah putih! Haha. Memang kecut perut kott.
Bahagian tengah Rumah William Kellie
Lif pertama di Tanah Melayu
Tangga menuju ke Tingkat 1
Kellie's Castle ni sangat cantik binaannya. Sudah tentulah ada stail Inggeris dalam pembuatannya kan. Tapi ada certain-certain tempat tu, bangunannya macam di India pula. Ala-ala Istana Moghul gitu. Ramai pelawat datang ke sini. Mostly bawa kamera DSLR, kami cuma bawa kemera kompak aja. Hehe, yang penting kami jakun dan hepi, hehehe! At least, perjalanan kami ni berilmu dan bermanfaat juga lah kan, dapat juga kenal sejarah tempat orang!

Meniti jambatan Sungai Kinta untuk ke Kellie's Castle
Dah puas round satu bangunan tu, kami pun teruskan perjalanan ke Teluk Batik pula. Untuk ke sana, kami tak patah semula ke Bidor, tapi kami lalui jalan Tronoh pula. 
Batu Gajah-Teluk Batik. Here we go!
Sampai di Teluk Batik, kami terus cari tempat dan hampar tikar! Ouch, lapar bukan main! Apa lagi, baca doa dan terus makan tanpa hiraukan orang sekeliling, hehe!
Tak tengok kanan kiri dah!
Bagi manja sikit dengan AJK Makanan, hihi :)

Special sandwich :)
Comel tak topi baru kami?
Seronoknya duduk di Teluk Batik ni! Rasa mcm tak mahu balik! Kami sempat naik bot di sebahagian pantai Teluk Batik. Memang sangat menakutkan bila bot yg kami naiki habis minyak di tengah laut, lepas tu kena tukar naik speed boat pula! Memang lawak tak hengat. Basah lencun baju kami! Hampeh betul abg yg bawa bot tuh, huh! (Best sebenarnya, hehe). Last-last, kami pun mainlah air di gigi pantai. Cukup sekadar merasa sapaan angin pantai yang amat jarang kami jumpai. 
Budak ni bab posing memang menang!
Sebelum basah senyum lebar...
Lepas basah pun senyum lebar juga! :)
Ucapan hari lahir utk Sofuan Saadon
Sebelum Maghrib, kami pun ambil keputusan pulang ke TM. Tapi disebabkan baju kami basah dan badan pun dah melekit, kami pun singgah di masjid di Manjung, mandi dan solat. Lepas Maghrib, kami terus pulang ke TM melalui Sitiawan. Sekali lagi abang google maps membantu juga. Hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Kali ni kami memang tak guna hi-way, lalu jalan biasa je. Terbaiklah pilot malam tu, nasib baik dah tak injured, hehe. Save cost!

Sekitar jam 10.45 malam, kami sampai di kolej, alhamdulillah. Balik tu kami sambung semula makan makanan yang banyak tak habis, tak mahu membazir! Malam tu tidur agak awal juga sebab pagi-pagi nak kena hadiri program untuk pelajar KPM.

Apa pun, perjalanan yang singkat ini bagi saya sangat bermakna. Banyak sebenarnya yang saya tak cerita dalam entri ni. Biarlah ianya menjadi kenangan terindah bagi kami semua!

Terima kasih Allah kerana memudahkan laluan kami dan berikan ketenangan atas tiap cabaran yg Kau hidangkan. Terima kasih buat sahabat tersayang sebab sudi spent masa bersama saya sepanjang hari tu. ILY! Untuk Lia & Nina sayang, nanti kita cari masa lagi utk keluar bertujuh pula ya. Ada plan baru lepas ni :)

p/s: Banyak betul ilmu yang saya perolehi dalam perjalanan kali ini. JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN & PENGALAMAN.

2 comments:

. said...

seronoknya berjalan.

Nuraini Munawar said...

Memang seronok, terutamanya bila salah jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...