Followers

09 December 2011

My Besties and My Bicycle

Salam alaik sahabat blogger semua!

Beberapa minggu lepas, saya dan besties, Hidayah, meronda-ronda sekitar kolej menaiki basikal. Sambil-sambil berbasikal, dapat juga skodeng orang berdating! Keh keh keh. Sebenarnya, selain menyihatkan badan, berbasikal juga sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan. Dah lama tak beriadah mcm ni, seronok pula rasa. Niat riadah tu penting! Skodeng orang berdating? Oh, itu sekadar faedah sampingan! :)

Bila besties saya yg lagi seorang (Ain) dapat tahu kami berbasikal tempohari, dia pun duk meroyan-royan nak naik basikal juga! Jd, kami pun rancang berbasikal petang-petang Jumaat ni? Ke mana? Meh saya cerita!

Oleh sebab Cik Zurin pada awalnya nak ke Maybank, jadi saya pun cadangkan kami ke pekan dengan berbasikal! Hah, mula lah si Ain & Zurin ragu-ragu, larat ke nak berbasikal ni? Kang tak sampai! Oleh sebab sayalah wirawati antara mereka (tipu), jd saya pun yakinkan mereka, "Kita mampulah, girls! Aku escot belakang, Zurin depan, ok?". Jadi kami pun gigihlah naik basikal ke pekan. Naik jalan negeri lg uols! Mampu?!

Nah, ambik. Termengah-mengah kami naik basikal! Lepas meredah lebih 1km, sampailah kami di pekan Tg. Malim. Syukur, sampai dgn selamat!

Lokasi pertama yang kami serbu ialah kedai bubble tea. Hah, baru tahu dahaga. Kami berhenti sekejap supaya tak mati kehausan. Rasa bubble tea ni sama je dgn Cool Blog yg ada kat mall tu, hehe. Dan bubble tea ni ialah kegemaran si budak Ain our besties.
Tiada apa yg lebih memuaskan selain bubble tea bila dahaga
 begini, kan Zurin? :)
Melepak di luar kedai bubble tea. Melepas lelah bentar!
Lokasi seterusnya ialah Tebing Sungai Bernam. Sebenarnya kawasan ni ialah kawasan rekreasi untuk penghuni Rumah Rehat Tg. Malim. Lokasi ini saya ketahui ketika menyertai Bengkel Fasilitator Muda Siri Pertama tahun lepas, kami bergotong-royong di sini.

Ceh, macam fitness trainer jah iols! 
Beriadah petang-petang pun syiokkk :)
"U see, i kuatkan kaki! Depa kuatkan elbow! "
-  Ain
Waktu untuk pulang, KTM komuter melambai kami! Tren menuju
ke Rawang mungkin.
Gadis dan basikal! Kita gerak ke tempat lain pula. Mari!
Lepas beriadah di Tebing Sungai Bernam, hajat di hati nak balik terus ke kolej. Untuk pulang, kami ambil keputusan untuk melalui jalan lain pula: jalan Balai Polis Hulu Bernam, Selangor. Tiba-tiba kami ternampak seorang pakcik menjual rambutan & durian (FYI, sekarang sedang musim buah-buahan di Tg. Malim). Niat cuma nak beli buah-buahan, tapi menjadi lawatan ke dusun buah-buahan pula!

BFF saya sedang melihat apa ya?
Cantik? Tu nama dia pokok langsuir! Haha! pucat muka budak
bertiga ni bila saya jawab mcm tu!
Tebal tak tebal dusun yg kami lawat ni!
Oleh sebab my besties Ain sgt minat makan buah pulasan,
teruja amatlah dia jumpa pokok ni!
Tapi takut nak ambil  tanpa kebenaran, haram!
Hah, senyum lebar! Tuan punya dusun tolong petik untuk
Ain... Rezeki rezeki...
Kami dapat 5 biji durian percuma. Thanks pak cik!
Gigih bawa balik durian yg berat tu dgn basikal! 
Okay, cucu tuan punya dusun ini sangat gigih ok!
Tolong atuk kutip manggis!
Bekalan rambutan untuk dibawa pulang.
Guess what? Toyota Camry dalam dusun. Milik siapakah?
See! Pondok di belakang tu bagi saya melengkapkan
kecantikan dusun ni. Serius, teruja.
Semasa di dusun ni, kami jumpa seorang pak cik yang sangat hebat. Dia nasihat kami jangan duk ke hulu ke hilir dgn boyfriend, belajar rajin-rajin (siap suruh capai 4 flat lagi!), dan nasihatkan kami supaya jadi cikgu yg baik. Saya syak pak cik ini 'somebody', tp kami tak tahu siapa dia sebenarnya. Siap deklamasikan kami sebuah puisi! Terlongo melihat dia berpuisi. Sungguh, sungguh saya kagum! Bait puisinya melankolik, lebih kurang begini bunyinya...

"andai ku punya mata, akan ku tangisi
andai ku punya hati, akan ku serahkan
dan sesungguhnya aku
bagi kau cuma persinggahan"

Sy harap dpt ketemu pak cik lagi!
Alhamdulillah, murah rezeki kami hari ini. Bukan saja dapat durian free, dapat tonton deklamasi puisi mempesona lagi! Sungguh, kami sangat gembira tak terkata.

Lepas habis round jalan dusun, kami pun balik ke kolej. Oh, perjalanan belum berakhir! Kami berbasikal pula ke ladang sawit berdekatan Taman Bahtera, hingga ke SJK (T) Ladang Escot. Belum puas lagi walaupun kaki mcm dah nak cramp!

Depa nyanyi 'seiring dan sejalan'. Ceh!
Di Izwaniz, beli apa yg patut.
Lokasi terakhir kami, Kedai Runcit Izwaniz. Beli apa? Ohoooi, rahsialah! Esok ada plan baik. Nantikan laporan bergambar seterusnya! (Aku syak berat badan dah turun 2kg sekarang, haha)

Untuk pengalaman ini, terima kasih, Allah. Dan buat sahabat sekalian, jaga diri baik-baik ya! 

Ikhlas, Gadis Biasa.

p/s: Hari ni belum sentuh nasi lagi. So, nak pi makan nasi lemak berempah yg dibeli di KHAR Town tadi. Mari!

3 comments:

Nadiaz Namikaze said...

sonoknye..rindu student life..*sigh*

Nuraini Munawar said...

Awak sambunglah belajar balik...

Nadiaz Namikaze said...

insyaAllah klu ade rezeki..tp konpem la rasenya tak sama mcm dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...