Followers

29 December 2009

Episod Baru!

Semester baru bermula! Segala yg baik di semester lama, panjangkan ke semester baru. Yang buruk, tinggalkan jauh2. Urm, bunyinya mudah, semudah itu juga kah nak aplikasi?

Senarai semak semester ll:

List out yang buruk aja lah, yg baik simpan dlm kepala otak (itu pun kalau ada yg baik lah)

Lambat turun foyer untuk pergi ke kelas.

Ko igt, ko bayar gaji kat dayah, ain, zurin, fatin & lia untuk tunggu ko bersiap ke nora?

Malas update nota.

Takkan dah hampir exam baru nak sibuk update nota kot?

Belajar last minute.

Tak bolehkah balik terus revise semula syllabus hari berkenaan?

Tunggu bakul hampir penuh baru nk cuci baju.

Tak bolehkah basuh hari2? (sila fikirkan balik jika anda anggap saya ini budak rajin)

Buat kerja luar mesti kena ada kawan.

Kenapa mesti begini? Berdikari lah! Mengada2 sangat, nak kawan lah, ape lah!

Lecturer sibuk bersyarah, sibuk jg ko nk bersyarah di belakang ye?

Tggu jadi pensyarahlah baru boleh bersyarah, huh!

Ok nora, jangan cakap tak serupa bikin. Betulkan apa yg tidak betul.

Episod baru, cerita baru, rutin baru, rumah baru. Semangat juga harus baru. Mulakan episod baru dgn kalamullah. Hayya ilal jihad!

Kata harus dikota, janji harus dilaksana. Chow Cincau. Wassalam.

2 comments:

ninim said...

tau pun..bagusnya ada motivasi..jangan tunggu sampai basi udah ler..huhuhuhuhu..selamat maju jaya

Nuraini Munawar said...

insyaAllah, harap2 cam 2 ah..
tengkiu, kak ninim pun sama!
majulah noraini ahmad untuk negara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...