Followers

10 December 2009

Pengembaraan Media

Rindunya nak balik kampung!!!

Sepatutnya lepas habis debat royal, terus je balik. Tp ada Eksplorasi Media yang dah lama dirancang (kalau x silap, sebelum cuti semester). Oleh itu memandangkan aku x dpt buat gerak kerja lantaran sibuk dengan debat dan sebagainya (aku x tahu knp aku rasa segan untuk masuk ke bilik media!), maka aku hadirlah ke aktiviti kali ini. Lagipun, kan bagus dapat tambah ilmu. Pengetua KHAR, Prof. Dr. Ahmad Zaidi & felo penasihat En. Ghazali pun bersama dalam eksplorasi ni.

Hm, pagi2 bergerak dari banglo (hihihi) kak nad ke kolej kesayanganku ini. Sedih juga x dpt hantar abg kamaruddin ke KLIA, tp x apa lah, yg penting aku doakan dia sampai ke Sabah dengan selamat. SELAMAT BERCUTI ABG KAMA!

Dalam bas, kak aini kirim mesej kpd aku>>

Jaga diri tau.. jgn ngorat mamat2 ensem je keje.amik ilmu drpd eksplorasi tu.. kami xpala, menyantap mata tgk pramugara..

Amboi2 kakak2 ku sayang…….. dalam nasihat, ada juga menyentap ye……

Tempat pertama yg kami kunjungi, balai berita NSTP Shah Alam. Sebenarnya balai berita ni hanya menjalankan aktiviti printing shj (bhg central), selain di kawasan Ajil, Senai, dan Seberang Perai. Rugi x dpt tgk mesin2 tu berfungsi sbb cetakan hanya bermula selepas pukul 6 petang. Pada sesi briefing tu, tercetus tawa semua org sbb abg Isam (Exco Akademik & Kerjaya) tanya jumlah gaji wartawan. Kesian pegawai (maaflah, aku lupa namanya) tu nk jwb soalan abg Isam. Seingat aku, pegawai tu x jawab pun soalan abg Isam, x boleh beritahu kpd orang awam agaknya.

Kami jalan2 sekeliling balai berita, tempat filem, & semua lah! Aku agak bosan sebab tiada sesiapa yg rapat dgn aku (sebab tu lah aku agak pasif di sini!)…

Sebagai pemerhati, aku lihat banyak benda. Gelagat kak Priya dgn keterujaannya mmg membuatkan keadaan meriah!

Terdengar kata2 abg Rosdi, “macam mana lah otak orang yg buat mesin canggih ni agaknya ya”… Lantas aku pun terfikir perkara yang sama. Kagum sangat.

Ok, ini gambar2 kami di NSTP Shah Alam.

Perut lapar. Tapi dah lambat untuk ke TV3, maka waktu makan tengah hari ditangguhkan! Sabar………

Kat Sri Pentas TV3, huuuuu semua orang macam dah mencapai tahap keghairahan yg klimaks sbb nak dengar info2 dr pegawai TV3, abg damian. Nasib baik abg damian x lemas kena serbu dgn semua! Mcm kanak2 sekolah yg pergi lawatan sambil belajar juga lah, bezanya cuma saiz badan je. Kesimpulannya, di Sri Pentas TV3 kami pergi ke studio B dan C (teringat pulak masa datang ke MHI dulu, sembang dgn Ally Iskandar & Abby Fana). Kiranya, ini kali kedua aku berkunjung ke Sri Pentas, bezanya kedatangan kali pertama dulu lebih eksklusif, that’s all.

Banyak2 cerita pun x best kn, apa lg, tgk gambar je lah………………………..

Itu sahaja laporan Eksplorasi Media (Rexco penerbitan & informasi) untuk hari ini. Kesimpulannya, setiap pekerjaan, x kira apa jua pekerjaan memerlukan ketelitian yg tinggi. Dan menyedari betapa aku ini miskin ilmu, maka banyakkanlah membaca! Ada faham Noraini?????!!!! waSSaLam~

2 comments:

Unknown said...

bagus..banyak kan membaca :)

Nuraini Munawar said...

thanks ye, insyaAllah! :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...