Followers

02 January 2010

s.e.r.o.n.o.k

SERONOK SEBAB keluar pekan dengan Lia, Fatin, Zurin dan Nieyna. Lupa seorang lagi, Wak Lut a.k.a Hamka Nizam (kalu bukan sbb wak lut yg ajak kluar, mmg aku tak pegi, kesian kat wak lut...). Buat pengetahuan semua, Wak Lut ini budak semester 1 (juniorku, haha) Sains Kejurulatihan Kolej Zaba. Wak Lut tak berubah, sama berhati kering mcm dulu juga. Terbit rasa kagum juga dgn Wak Lut sbb boleh adapt diri kat sini w’pun dh biasa hidup di bandar dan melepak dgn geng2 kesayangan. Harap ngko tak mati kutu lah di Tanjong Malim nan indah ni ye Wak Lut.

SERONOK SEBAB ramai budak semester 2 dah mula nak join KDBM. Zurin, Azli, Yati, Lasmi, Faizzudin, Akhwar, dll. Sekarang nak tarik Shifa pulak. Semoga korang cepat2 belajar & boleh cepat maju nanti. Kita pun nak belajar sama. Malu jugak dengan kakak2 & abang2 sebab aku tandus ilmu pengetahuan...... Aduh... Kak Aini kata jgn dok melagha. OK, terus ingatkan sy kak, sy mmg mudah lupa.

SERONOK SEBAB tercapai juga hasrat nak belajar silat. Geram juga bila ada sahabat yg gelakkan sebab aku nak belajar silat. Saya bagi awak juring dan pancung sekuat hati baru awak tahu...! Hmm, cikgu Khalid kata, sesiapa yang drop subjek UKK 1201 ini, jgn mengaku sebagai orang Melayu. Apatah lagi orang Jawa (saya pure javanese okay). Hmm, belajar silat ni mcm belajar bunga tarian pun ada. Kata cikgu, dalam gelanggang harus buang sifat kewanitaan dan jadilah lelaki. Yezza, aku suka itu, hehe... Keluar gelanggang, jadilah wanita semula, jgn risau, haha. Setakat ini sepuluh jurus dah dipelajari, 14 minggu dalam semester ini haruslah menguasai 85 jurus. Jenuh juga nak mengingat. Seperkara yang aku suka pada awal pembukaan gelanggang, cikgu kata, silat bukan diguna untuk bergaduh. Tapi silat digunakan ketika fikiran waras dan stabil, malah boleh membantu kehidupan kita. Membantu kestabilan fikiran dan kecergasan tubuh. Yang penting, buka gelanggang baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tidak ada ritual lain.

P/S: Saya sedang menghayati kehidupan ini.

5 comments:

F.Aminurrashidd said...

Azam xperlu di tahun baru pun.. dalam setiap perkara kiter nak wat, sedar atau tidak akan ader azam.. sama ada kamu mahu menyiapkan perkara itu ataupun sebaliknya, x gitu cikgu nora? =)

ninim said...

kakak

kalau seronok kan buatlah macam kak aini buat tu

wah!!!

Amir Batrisya~ said...

wah...
bersilat pacak lah nora pasni~
gelanggang perdebatan dibuka dengan bunga persilatan...
teruskan perjuangan k!!...
all d'bez~

Nuraini Munawar said...

F.Aminurrashidd> setuju bangat, terima kasih.

kak ninim> beres.. hihi.

adikku menjejak dewasa> haha, boleh je. cuma takut ada yg kena sekeh je nanti, hik3.

Fiezajamari said...

ko mentionkan sahabat yg gelakkan ko tu aku ker???
huhuhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...